Ini bukan cerita yang aku reka-reka. Kalau
ada orang kata Hantu tidak Wujud, aku
pun mahu setuju. Tapi bila menginagatkan peristiwa yang pernah aku alami, Aku
jadi was-was dan bila ada orang
yang lain berkata pernah melihat hantu.
Aku menjawap Ya, aku pun pernah lihat hantu.
Aku rasa aku saorang yang kuat bekerja(Bagi
mencari rezeki) Dari awal subuh aku sudah bangun menyiapkan juadah untuk jualan
bagi sarapan pagi. Lewat malam baru aku menutup permis perniagaan selepas siap
berkemas baru aku masuk kebilik tidur.
Suatu seperti biasa, aku menutup permis
perniagaan lewat malam, mengemas bahagian kedai dan kamudian mengemas dalam
rumah.Suami dan anak-anak telah lama tidur.Bilik anak-anak bersebelahan bilik
ku.Waktu itu rumah ku ada tiga bilik. Dua bilik besar digunakan untuk bilik tidur. Satu bilik kecil
dekat Permis perniagaan untuk berehat ketika siang hari.
Malam itu, sewaktu aku berbaring, Aku
melihat sesuatu benda hitam melayang-layang diruang bilik tidur aku. Belum
sempat aku amati apakah benda itu. Benda
itu telah hinggap dikatil benar- benar dihujung kaki ku. Berbentuk kepala manusia dengan rambut panjang lebat hitam memenuhi
ruang pandangan. Aku dapat lihat bentuk
raut wajahnya yang
seperti saorang perempuan, Tidak menampakkan wajah tua, persis seperti wajah
manusia,tapi amat menakutkan, Mulutnya merah
melebar sedang mentertawakan aku, macam sedang ketawa mengejek ku rasanya.Aku dengar jelas bunyi
tawanya.
Kepala itu seolah merangkak kearahku
berjalan diatas selimut ku.Aku terlalu takut, ini lah kali pertama aku
berhadapan dengan pekara seperti ini. Terpaku gamam memandang kepala
manusia dengan wajah yang mengerikan. Dengan rekahan mulutnya yang
melebar, tertawa sinis didepan ku.Benar-benar didepan ku.Dihadapan wajah ku.Berlaku
didepan mata ku.
Suara pun tak mampu terkeluar dari
kerongkong oleh ketakutan melampau.Aku terlalu amat takut ketikaitu.Aku terpaku
tidak mampu berbuat apa. Hilang fikiran
untuk lakukan apa-apa. aku tidak tahu lagi apa yang terjadi pada ku selepas itu.
Mungkin aku telah pengsan ketakutan.Aku hanya tersedar keesokan harinya.
Mimpi?.AKu tahu pasti aku tidak
bermimpi.Apa yang aku alami malam itu, suatu yang nyata. Satu mahluk/hantu/jin
telah masuk kebilik ku dan menampakkan diri didepanku.Pengalaman ku berhadapan dengan Hantu.
Lama
kamudian baru aku ceritakan pada anak-anak ku. Pekara yang sama juga di
alami oleh anak-anak ku dimalam itu. Dua orang anak ku yang kebetulan terjaga
malam itu, melihat sendiri , Kepala
berambut panjang berjurai panjang
gentayangan dalam bilik mereka. Benda itu datang menghampiri mereka berdua.
Mereka dapat melihat rupa wajah yang mengerikan sebagaimana yang aku lihat. Mereka hanya menyorok dibawah selimut kerana takut.
Dilawati
hantu berupa Kepala terbang berambut
panjang berjurai, bergentayangan dibilik rumah menjadi pekara ngeri untuk diingati dan misteri yang tidak
terungkai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan