Selasa, 25 November 2014

lembaga hitam (my life)

 
Lembaga hitam (My life)
Jika ku katakan aku sering dapat melihat  wajah-wajah misteri. Bolehkah orang percaya? Sepanjang  perjalanan hidupku yang melewati setengah abad. Aku telah melalui banyak pekara misteri dan sering diserempakkan  dengan berbagai wajah yang aku tahu pasti bukan wajah manusia biarpun ianya seakan sama.
Sewaktu tinggal diasrama puteri semasa bersekolah menengah beberapa kali aku melihat lembaga hitam seakan bentuk tubuh manusia. Pertama kali diwaktu malam. Menjadi kebiasaan diasrama lampu bilik ditutup. Lampu korido( kaki lima) terpasang. Jika ada orang berjalan akan nampak jelas bayang dari dalam bilik kerana tingkap bilik dari kaca( Tingkap Naco).
 Aku tidur disebelah atas  katil ku hanya angaran sekaki dari  dinding. Tengah malam aku tiba-tiba tersedar, sebaik aku membuka mata aku terlihat lembaga berbentuk saorang lelaki besar dan hitam sedang berdiri dikaki lima mengadap kearah ku. Lembaga hitam membuka  tingkap  naco berdiri seolah-olah sedang memerhatikan aku.
Tidak dapat ku gambarkan bertapa takutnya aku waktu itu.  Aku gagahkan diri bergerak perlahan menjauh kearah tepi katil. Aku tahu pasti jika aku berada disisi katil  arah tingkap aku    tubuh ku dapat digapai  oleh orang yang berdiri diluar tingkap(dikaki lima asrama). Entah dengan  alasan apa,aku tidak pasti.Aku seolah-olah berpura-pura aku yang tidak nampak lembaga tersebut. Aku pejamkan mata , namun dari celahan kelopak yang hamper tertutup aku terus memandang arah tubuh hitam gelap diluar bilik.
 Sekiranya  lembaga itu berjaya membuka tingkap dan Cuma menyentuh aku. Aku akan menjerit  dan terjun dari katil, biar semua kekawan sebilik ku yang lain tersedar. Aku diam kaku dalam selimut nipis.  Aku pejam mata.Berdoa agar lembga hitam itu pergi. Biar terlalu takut aku masih mahu melihat lembaga hitam.
Apa yang aku lihat ialah seolah bayang  susuk tubuh manusia lelaki  badan hitam pekat.Jelas susuk tubuh badan yang tidak disaluti oleh pakaian. Kepala bulatnya tidak menampakkan bayangan  kepala orang  yang ada rambut.
Bilik ku berada ditingkat  tiga bangunan asrama puteri. Dikaki lima asrama diterangi oleh lampu Kalimantan panjang. Rasanya cahaya itu cukup terang. Dari dalam bilik masih boleh melihat jelas wajah orang yang berada diluar. Sebelum tingkap ditutup waktu malam, Dari atas katil ku, aku  boleh melihat wajah pelajar lain  yang lalu lalang dikaki lima dimana lembaga hitam itu berdiri.
Aku terus mendiamkan diri diatas katil dan memejamkan mata. Aku tersedar  suasana bilik asrama telah riuh rendah oleh suara  pelajar-pelajar lain yang sedang  menyiapkan diri untuk kesekolah. Aku bangun  dan terus  pandang  kearah tingkap dimana aku melihat lembaga hitam malam tadi. Tingkap naco  terbuka luas sedang yang lain masih tertutup rapat dan berkunci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan