Sepihan batu Nesan dibadan (My life)
Aku diberitahu oleh sepupu ku. Ada saorang pengamal
Perubatan yang handal di suatu tempat.
Aku disarankan untuk pergi mencuba.Tanpa
banyak persoalan aku pergi ditemani suami,adik-adik dan ipar. Mula-mula
kerumah sepupuku dan kamudian barulah
kami dan keluarga sepupu saya pergi kerumah Pengamal perubatan itu.
Kami sampai dirumah Pengamal Perubatan
tersebut pada tengahari.Sepupu ku yang mengenali orang tersebut mengenalkan
kami dan menerangkan tujuan kami kerumahnya. Kami diberitahu dia hanya akan
menjalankan carapengubatan selepas waktu
zohor. Kami terpaksa menunggu lewat satu jam.
Kami menghabiskan masa lebih satu jam
dengan berbual-bual dihalaman rumah Pengamal Perubatan tersebut. Pemandangan
sekitar rumah nya menarik perhatian. Pokok buah-buahan tumbuh membesar bertemu daun/pucuk. Tanaman
subur sesaujana mata memandang.Halaman berhias dedaun pepokok yang gugur. Disudut
halaman dibuatkan bangku, sesuai untuk
berehat. Masa lebih satu jam terasa singkat. Maklumlah telah lama tidak
berjumpa sepupu, banyak cerita yang nak disampaikan.
Rasanya selepas waktu zohor baru kami
panggil masuk kerumah.Dalam rumah kami dipersilakan duduk dan dihidangkan
minuman.Setelah sama-sama memperkenalkan diri dan bercerita
sedikit-sebanyak.Kami menceritakan tujuan kami yang datang dari jauh
semata-mata untuk mendapatkan hikmatnya, membuang sakit misteri yang diidapi.
Aku diminta datang hampir dengan dia. Aku
duduk dihadapan nya dan dikeliling adik-beradik,Ipar dan keluarga sepupu. Aku
lihat dia mengeluarkan pisau lipat sepanjang angaran tiga atau empat inci panjangnya dan hujungnya
tersangat runcing/ tajam.
“Dimana awak rasa sakit?”Aku menunjukkan
bahagian badan ku yang terasa sakit.Bahagian kepala dikawasan tengah
dahi.Sebaik aku tunjukkan bahagian yang sakit.Ku lihat dia membaca sesuatu dan
menghembus arah dari ku. Dia mengarahkan mata pisau yang tajam tiu kearah yang
ku tunjukkan. Dia toreh kulit ku. Aku yang
melihat menjerit takut, ngeri dan seolah dia yang merasa sakiti.
Sedang aku tidak merasa apa-apa.Bekas yang
ditoreh dengan pisau tutup kuat dengan jari dan kamudian di menggunakan paip air anggaran sejengkal panjangnya diletakkan diatas tempat
yang ditorek dengan pisau.
Pengamal Perubatan tersebut menyedut
sesuatu.Serpihan batu kecil ditunjukkan pada ku.Katanya itu serpihan dari Batu
Nesan.Aku beritahu tujuh tempat dibadan ku yang aku sering rasa sakit. Dia
melakukan pekara yang sama. Melukakan kulit,menahan darah dari keluar, menyedut
keluar sesuatu dari dalam badan (dikatakan serpihan batu nesan) dan
menyembuhkan luka. Tujuh sepihan batu nesan
yang kecil dan tajam diambil dari tubuh ku.
Pengamal perubat ini tidak banyak bercakap
dengan kami.Cara rawatannya ringkas dan cepat.Tiada syarat dikenakan.Tiada
ketetapan bayaran diminta.Tiada pantang larang.Setelah mengucapkan terima kasih
dan bersalaman, kami bergerak pulang.
Aku masih lemah, tapi rasanya agak lega
kerana bahagian yang selalu ku rasa sakit
seperti tiada, agak ringan.Dalam perjalanan pulang aku banyak
menghabiskan masa dengan tidur sahaja.Aku mahu berehat.
Aku ingatkan setelah mendapat rawatan aku akan sihat, setapi sebaliknya aku
menjadi terlalu lemah dan tak berdaya, rasanya tiga empat hari aku terlantar dibilik
tidur. Bahagian dada arah jantung terasa
panas seakan terbakar.
Aku dibawa kehospital oleh suami. Aku dimasukkan kewad
kecemasan.Diperiksa oleh doctor, dimasukkan air kedalam badan. Aku perasan
waktu tu saorang demi saorang Doktor/
jururawat cuba merasa denyutan nadi ku
tangan, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku disambungkan kepada mesin
pemeriksaan jantung. Keputusan yang dilihat dari kertas yang keluar dari
mesin mengelirukan merekan.
Sekali lagi aku disambungkan kemesin
pemeriksaan jantung.Kali ini lebih lama.Kertas berjela-jela keluar dari mesin
menjadi perhati semua yang ada disitu. Ku lihat beberapa orang Doctor dan jururawat datang
berkumpul memerhati kertas yang keluar
dari mesin tersebut sambal membincangkan sesuatu.
Lebih tiga minggu aku terlantar
dihospital.Sebagaimana yang aku
diberitahu aku sakit kerana “Jantung Rosak”. Menjalani rawatan
dihospital,menjalani pemeriksaan moden, aku beransur sihat dan dibenarkan
pulang. Tapi dinasihatkan tidak melakukan kerja berat.Sebotol ubat “Sakit
Jantung” dibekalkan pada aku.Dinasihatkan sentiasa membawanya kemana pergi.
Jika terasa sakit dibahagian jantung,
Ubat itu perlu diambil dan letakkan dibawah lidah.
Aku diberitahu, Jantung ku rosak, dalam
tempuh tertentu Jantung ku akan berhenti berdenyut sebentar. Ini yang menghairan.
Berhenti berdenyut seperti tanda orang
mati.
Sepulang dari hospital aku masih lemah,
masih banyak menghabiskan masa dengan tidur dan berehat dikatil. Teringat akan
kata-kata Pengamal Perubatan “Jika apa yang dituju masuk keJantung orang itu
akan mati.” Aku teringat kali terakhir aku mendapat rawatan mistik/mesteri
Pengamal Perubatan itu. Bahagian luar jantung ditoreh dan dikeluarkan sepihan
batu tajam .
Satu pekara anih yang ku alami waktu itu.
Rasanya sebutir benda (mungkin juga
sepihan batu, ianya lebih besar dari pasir) Aku boleh rasa dan pegangnya berada
dalam salur darah bahagian lengan kanan ku. Lama baru hilang.
Untuk sekian lama aku dalam gelisah oleh
sakit jantung.Aku berhati-hati dalam melakukan kerja harian.Aku sentiasa
berbekalkan ubat “Sakit Jantung”.Secepat mungkin mendapatkan rawatan seandai
sakit.Aku penat merasa
seolah-olah maut bila-bila masa saja akan menjemputku. Hati sering merasa teramat hiba, sayu ,sedih,
pilu seolah-olah aku akan meninggalkan anak-anak ku dan mereka
akan jadi anak Yatim. Sudahlah ayah mereka
tidak diketahui dimana duduknya dan tidak pernah menghulurkan belanja,
selepas itu Ibu pula tiada. Benar-benar menyedihkan aku.
Dan akhirnya dalam
satu bulan itu aku dinasihatkan untuk mendapat rawatan dihospital. Minggu pertama
hasil pemeriksaan, jantung ku masih rosak,minggu kedua juga masih begitu dan beberapa hari selepas itu, aku
kehospital lagi untuk mendapat rawatan (Sakit yang tiada kaitan dengan
jantung). Doktor mengesahkan dengupan
Jantung ku kembali Normal.Menghairankan.Keajaiban yang aku alami dalam
perjalanan hidup.
Pengalaman hidup dengan Pengamal Perubatan
yang menyedut keluar Penyakit dalam
badan yang keluar terlihat seperti sepihan batu nesan. Sepihan batu boleh dirasa berada dalam salur darah
bahagian lengan. Dengupan jantung yang berhenti-henti kembali dan kerosakan
Jantung yang baik tiba-tiba.
Keajaiban yang tak tergapai fikiran ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan