Bertempa emas membuat gelang
bunga sejuntai disanggul goyang,
Sayang kerdil ilmunya kurang,
mohon dibelas diberi ruang.
Lebar sutera benang tenunan,
lembut beralun jadi pakaian,
Ilham tercurah sekadar tulisan,
jadi tatapan, jadi panduan.
alun lembut selendang dibahu,
bertekat emas hiasan cindai,
bukan terasa serba tahu,
bukan juga memandai mandai.
Berkilau-kilau cahaya permata,
indah lagi busana dewangga,
Mohon maaf terlancar kata,
Mohon didoa yang baik juga.
Kurung Pahang ternunan lingga,
jadi pakaian puteri raja,
terima kasih tidak terhingga,
moga ilham dijunjung jaya.
Pengenalan:
Tak tumbuh
tak melata,
Dihembus angin jauh melayang, Tak
kenal maka tak cinta,
semakin
dekat semakin sayang.
Biar
beremas dari bergangsa, cahaya bersinar sepanjang zaman
seni
budaya warisan bangsa, Islamagama dijadi pedoman
Janda Baik
sabuah perkampunganyang agak jauh terpisah dari kampung yang lain didaerah Bentong.
Penduduk yang berhijrah ke Janda Baik
dari kampung didaerah Bentong dan keluarga dari tanah
Seberang menjadi satu kelompok masyarakat dan kamudian percantuman dua budaya
menjadi satu. Seni budaya dari tanah seberang meninggalkan pengaruh kepada adat
istiadat perkahwinan diJanda Baik daisamping budaya setempat daerah Bentong.
Budaya adat
resam Perkahwinan Janda Baik
merupakan warisan budaya yang
unik, indah dan tersendiri.Adat resam majlis perkahwinan Janda Baik masih menjadi ikutan masyarakat setempat terutama keluarga asal kampung.
Warisan
adat resam perkahwinan Janda Baik
Merisik atau bertanya (“adat betanyo” dalam Bahasa kampung) Masyuarat keluarga atau kampung Meminang dan bertunang Syarat/janji Bertunang Hantar belanja Persiapan kenduri Masyuarat keluarga/kampung Berbalai/sabak Meminjam Hari buat kerisik dan kueh Hari membantai Hari kerja Berpawang Majlis tahlil/doa selamat/hajat Berandam /berinai pengantin perempuan Nikah Malam berinai Adat bersanding malam berinai Tari piring Potong Jambul pengantin Berarak Berjulang
silat Beras kunyit
Bersanding
Makan beradap
Mandi sampat
Hari memulang
Menyambut menanti
Menyalang
Merisik atau bertanya (“adat betanyo” dalam Bahasa kampung) Masyuarat keluarga atau kampung Meminang dan bertunang Syarat/janji Bertunang Hantar belanja Persiapan kenduri Masyuarat keluarga/kampung Berbalai/sabak Meminjam Hari buat kerisik dan kueh Hari membantai Hari kerja Berpawang Majlis tahlil/doa selamat/hajat Berandam /berinai pengantin perempuan Nikah Malam berinai Adat bersanding malam berinai Tari piring Potong Jambul pengantin Berarak Berjulang
silat Beras kunyit
Bersanding
Makan beradap
Mandi sampat
Hari memulang
Menyambut menanti
Menyalang
Merisik atau bertanya (“ adat Bertanyo” sebuatan logat
JandaBaik)
Merisik
merupakan langkah pertama usaha pihak
lelaki untuk bertemu jodoh. Merisik selalunya diwakilkan kepada keluarga terdekat atau orang yang boleh
dipercayai, (Tidak Ibubapa)untuk pergi bertanya kepada keluarga perempuan sama
ada perempuan itu sudah berpunya dan
apakah sudi dia dijodohkan dengan
yang berhajat.
Biasanya
orang yang diwakilkan untuk merisik akan
bertandang kerumah pihak perempuan. Memperkenalkan diri, memberitahu hajat dan
memberitahu seba sedikit latarbelakang lelaki “cincin tanda” kepada pihak
perempuan.
“Cincin
Tanda” “cincin Bertanya” Dalam adat merisik. Sebentuk cincin emas,biasanya
cincin yang digunakan cincin yang
dipanggil “belah rotan” disedikan oleh
pihak lelaki. Cincin ini diserahkan
kepada ibubapa pihak perempuan sebagai tanda pihak lelaki telah datang merisik
gadis yang dihajati.Cincin belah rotan yang sebentuk itu disebut juga sebagai
“Cincin merisik”.
Tempuh akan
diberikan kepada pihak perempuan untuk
membuat keputusan. Wakil pihak lelaki akan mensyaratkan jika pihak perempuan
bersetuju cincin itu akan diberikan kepada gadis yang dihajati. Jika sebaliknya
cincin itu perlu dikembalikan.
Dalam
tempuh yang ditetapkan itulah digunakan oleh pihak perempuan untuk menyiasat
latarbelakang lelaki dan keluarganya.Kalau ibubapa dan keluarga berkenan dengan
pihak lelaki dan tiada halangan gadis yang dirisik cincin akan diberikan kepada
gadis sebagai tanda telah dirisik. Jika
sebaliknya cincin akan disimpan dan
dikembalikan kepada wakil pihak lelaki sebagai kata tidak setuju.
Ditempuh
yang ditetapkan sekali lagi wakil pihak lelaki akan datang bertandang kerumah pihak perempuan untuk menjapatkan
jawapan. Jika pihak perempuan tidak setuju, “Cincin merisik” akan dikembalikan
kepada wakil pihak lelaki.
Jika
keluarga pihak perempuan bersetuju menerima
risikan pihak lelaki. Tiada halangan untuk menjodohkan lelaki yang
berhajat dengan anak gadis mereka. Wakil pihak lelaki akan mengkhabarkan pekara
tersebut kepada keluarga lelaki dan
langkah selanjutnya adalah Meminang dan Bertunang.
Menerima
“Cincin Merisik” tanda setuju untuk bertunang.
Masyuarat
keluarga/kampung. Untuk
langkah selanjutnya selepas keputusan
bersetuju menerima risikan dari pihak lelaki akan mengkhabarkan kepada ahli
keluarga ,jiran dan orang kampung yang bekenaan.Orang-orang yang
berkenaan,jiran-jiran terutama ahli keluarga pepermpuan akan berkumpul dan
berbincang tentang pekara-pekara yang perlu dilakukan seterusnya.
Dulu
penglibatan orang kampung sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan majlis
kenduri kawin.Tenaga kerja yang banyak diperlukan untuk menyediakan berbagai
pekara dari sebelum hingga selepas majlis. Semuanya akandibuat secara
gotong-royong oleh masyarakat setempat.
Peralatan
untuk majlis biasanya dipinjam dari jiran atau saudara mara. Masyarakat
setempat saling bantu-membantu dalam menjayakan majlis. Begitu juga dengan
bahan untuk juadah, telah menjadi kebiasaan masyarakat setempat, kalau ada
majlis, yang bertandang akan membawa gula,kopi ,susu, kueh mueh dan sebagainya.
Hasil kebun misalnya buah kelapa biasa
dijadikan sumbangan untuk yang membuat majlis kawin.
“Bilik
tidur “. Perhiasan untuk bilik perempuan juga akan diambil kira. Dahulu gadis
yang dipinang menunggu didalam bilik semasa majlis berlangsung dan keluarga
pihak lelaki akan masuk kebilik untuk menyarungkan cincin kejari gadis yang
bertunang.
Tapi
sekarang jauh lebih mudahdan ringkas. Mini pelamin disewa dibuat diruang tamu tempat majlis berlangsung
dan perempuan bertunang boleh
menyaksikan majlis. Makanan untuk jamuan boleh ditempah secara catering dan
peralatan bertunang boleh ditempah dan dibeli dari kedai. Upacara majlis juga
lebih ringkas.
Dalam
perbincangan pekara utama yang diputuskan adalah
Melantik wakil pihak perempuan (sebagai jurucakap pada hari majlis) menentukan tenaga kerja dan bahagian-bahagiannya
tarikh untuk majlis dipinang dan bertunang,
cara dan aturcara majlis,
Nilai wang belanja hangus
ketetapan cara memberi wang nilai maskawin
Barang hantaran (biasanya ditetapkan oleh pihak lelaki jumlahnya)
Jangka masa tempuh pertunangan
Syarat pembatalan bertunang
perbincangan keperluan untuk majlis seterusnya Keperluan peralatan memasak dan bahan untuk juadah hari majlis Kelengkapan peralatan adat majlis
Melantik wakil pihak perempuan (sebagai jurucakap pada hari majlis) menentukan tenaga kerja dan bahagian-bahagiannya
tarikh untuk majlis dipinang dan bertunang,
cara dan aturcara majlis,
Nilai wang belanja hangus
ketetapan cara memberi wang nilai maskawin
Barang hantaran (biasanya ditetapkan oleh pihak lelaki jumlahnya)
Jangka masa tempuh pertunangan
Syarat pembatalan bertunang
perbincangan keperluan untuk majlis seterusnya Keperluan peralatan memasak dan bahan untuk juadah hari majlis Kelengkapan peralatan adat majlis
Pekara
seperti diatas mudah untuk mendapat persetujuan kerana dalam masyarakat dan
keluarga telah ada pengatahuan dan pengalaman
kerana semua pekara telah menjadi
adat resam budaya kampung Janda Baik.
Adat resam
dan budaya perkahwinan biar tidak bertulis atau ditetapkan secara
undang-undang,namun menjadi ikutan dan
fahaman yang membawa kesepakatan kepada
masyarakat setempat. Memudahkan urusan
yang besar dan perlukan banyak tenaga.
Wakil pihak
perempuan yang dilantik dari kalangan yang mengenali keluarga pihak perempuan
dan kemahami dengan jelas kehendak keluarga tersebut agar tidak berlaku
sebarang kekeliruan.
Sementara
menunggu hari ditetapkan yang diberi tugas akan merancang dan melaksanakan tugas
masing-masing. Yang menguruskan
alat-alat memasak akan menyiapkan peralatan.
Yang menguruskan juadah akan menyediakan bahan diperlukan dan pekara berkaitan.Begitu
juga yang lain-lainnya.
Majlis-majlis
keraian Janda Baik menjadi meriah dan menggambarkan sikap kekeluargaan
kerana dibuat secara sepakat dengan bergotong-royong
dan mengikut budaya adat resam setempat.
Peredaran
masa dan penghijrahan ramai orang keJanda Baik mempengaruhi berbagai pekara dalam kehidupan dan adat
resam masyarakat Janda Baik. Biar cara pengendalian majlis mula berubah namun budaya adat istiadat Meninang dan bertunang
msih menjadi ikutan.
Meminang
dan bertunang
Meminang
dan Bertunang biasa diadakan dalam satu majlis keraian. Tidak timbul
pinangan akan ditolak kerana persetujuan menerima pinangan seperti telah
diputuskan sewaktu menerima risikan dan tidak memulangkan “cincin merisik”.
Mengikut
adat meminang, Pihak lelaki akan
memabawa rombongan meminang kerumah pihak perempuan pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
Perkhabaran tentang tarikh dan segala syarat
disampaikan kepada keluarga pihak
lelaki sebelum majlis. Pekara yang
berkaitan hal meminang dan bertunang telah ditetapkan sebelum majlia berlangsung.
Rombongan
keliarga lelaki dan keluarga pihak
perempuan akan berkumpul. Barangan hantaran yang dibawa lelaki akan diletakkan
ditengah ruang. Wakil yang bercakap bagi pihak lelaki dan wakil bagi pihak
perempuan akan duduk berdekat bagi
mempermudah percakapan.
Pihak
keluarga lelaki akan menyiapkan barang
hantaran dengan bilangan lebih dua dari yang diberikan oleh pihak lelaki. Tepak
Sireh yang siap berisi pinang,gambir,kapur sireh dan peralatan Dibungkus dengan
kain songket disediakan oleh pihak perempuan. Tepak yang berbungkus diletak
diantara dua wakil.
Pantun(dari
pihak perempuan)
Hendak
basah mandi disungai,
biar tak panas ditengahari membawa
barang datang beramai
apa lah hajat datang kemari
Balas
Sudah
gerahu cendana pula,
nyaring
sungguh bunyi reriang
sudah
tahu bertanya pula
kami datang hendak meminang
Pantun
(dari pihak lelaki)
sayup
bergema alun gemesik, tersebar jauh seluruh ruang,
Sudah
disimpan cincin merisik,
janji dituntut
untuk di tunang
Balas (dari
pihak pengantin perempuan)
Warna
pelangi berawalarat, batil emas namanya baldi, Janji diputus dibentang syarat,
syarat ditunai baru lah jadi
Pantun
(dari p[ihak perempuan)
Raja sehari
berhias sarat,
berandam lulur, celak bertaji Jika setuju memenuhi syarat,
sedia
juga menunai janji
Pantun
(dari pihak lelaki)
Urat sireh
tidak berduri,
bukan tempatnya didalam peti,
Syarat diberi sedia penuhi, asalkan
dapat hajat dihati.
Wakil pihak
pengantin lelaki akan menghulurkan bungkusan berisi tepak sireh kepada wakil
pihak lelaki perempuan dan wakil pihak perempuan akan membuka bungkusan tersebut
sebagai acara meminang dipersetujui. Kedua wakil akan makan sireh dari tepak
sirih. Tepak sireh akan diedar kepada semua tetamu.
Sireh ini
dipangil “Sireh tunang”.Dahulu tetamu
yang ada dimajlis tidak melepaskan peluang untuk makan “Sireh tunang”,
perihal untuk mendapat berkat agar cepat
mendapat jodoh bagi anak-anak gadis dan menyerikan wajah bagi yang telah
berkahwin.
Selesai
adat meminang dengan kata setuju dari pihak keluarga perempuan dan bermuala lah
pula adat seterusnya bertunang.
Adat
bertunang. Dalam
majlis bertunang, Wakil pihak perempuan dan wakil pihak lelaki yangdilantiklah
akan berbicara bagi menyampaikan apa
yang dihajati sedua belah pihak. Syarat tertentu semasa melangsungkan majlis bertunang dan hal-hal berkait
sebenarnya biasanya telah dibincang dan ditetapkan sebelum majlis dan diumunkan
pada hari majlis. Terdapat syarat yang mengikut
budaya adat resam dan ada syarat yang mengikut kemahuan keluarga
perempuan itu sendiri.
“Hantaran”
sebutan bagi barang hadiah kepada gadis yang
dipinang dan kamudian apa yang diberi akan dibalas dengan bilangan lebih dua.
Misalnya lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan pihak perempuan pula kena
membalas Sembilan dulang. Tiada had bilangan hantaran. Biasanya mengikut kehendak dan kemampuan kedua belah
pihak.
Barang
hantaran. Mengikut
adat istiadat barang yang mesti ada
sebagai hantaran tunang ialah “Sirih junjung”, bunga rampai, kain
pasang, yang lain biasanya yang menjadi barang hantaran ialah, manisan
(gula-gula, kueh. Coklat dll), tuala, Kek, buah-buahan dan berbagai barang
keperluan peribadi mengikut kemampuan dan kehendak kedua belah pihak.
“Cincin
Tunang”Mengikut
budaya adat resam alat yang sentiasa
digunakan sebagai symbol dalam mengikat janji tali pertungan adalah cincin
emas. Pihak lelaki perlu menyediakan sebentuk cincin (bentuk mengikut kemahuan
dan kemampuan sendiri).Cincin ini akan disarungkankejari manis perempuan
sebagai tanda dia telah ditunangkan.
Belanja
hangus biasanya
ditentukan oleh ahli keluarga mengikut keperluan, taraf kehidupan dan keadaan
semasa Pembincangan tentang syarat pertunangan, hantaran, belanja hangus,
hantaran dan lain-lain berkaitan biasanya diperbincangkan sebelum hari tunang.
Bila dan bagaiman cara penyerahannya
diumumkan oleh pihak pada hari bertunang supaya yang hadir menjadi saksi. Biasanya wang
belanja hangus diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan berbulan sebelum
majlis akad nikah. Duit belanja hangus digunakan untuk majlis kenduri kawin
pasangan.sebahagian wang diberikan kepada pihak perempuan pada waktu majlis bertunang (mengikut budi
bicara kedua belah pihak).
Wakil pihak
lelaki akan menunjukkan barang
hantaran seperti yang dikehendaki. Pihak perempuan juga akan menunjukkan barang
balasan kepada hantaran yang diberikan. Setelah kedua pihak berpuas hati. Barang yang dibawa akan ditunjukkan kepada
tetamu sebagai tanda telah menyasikan.
Pihak
lelaki akan menunjukkan cincin “Cincin Tunang” yang disediakan. Cincin tersebut
akan diedar kepada tetamu yang mahu melihatnya. Ibu, saudara terdekat lelaki
diiring keluarga perempuan untuk
masuk kebilik dan menemui gadis pilihan.
“Cincin Tunang” akan disarung kejari manis
gadis sebagai tanda gadis itu telah bertunang dan mengikat janji untuk
dijodohkan dengan lelaki yang datang meminang.
Adat resam
budaya masa bertunang. Tempuh masa
bertunang memberi peluang kepada gadis mengenali pasangan. JIka tiada
keserasian atau berubah hati kedua-dua nya boleh memutuskan
tali pertunangan degan sepertimana
syarat yang telah diberitahu sewaktu bertunang. Ia itu jika pihak lelaki
yang membuat keputusan untuk memutuskan
pertunangan. Segala pemberian yang telah diberi kepada pihak perempuan dikira
hangus. Tidak diminta semula. Sebaliknya jika pihak perempuan yang minta
diputuskan pertunangan. Pihak perempuan perlu memulangkan semua yang diberi
semasa bertunang dengan berganda. Misalnya wang hantaran telah diberi RM
10,000.00 maka pihak perempua perlu memulangkan sebanyak RM20,000.00. Apa-apa
pun tertakluk pada budi bicara dan perbincangan antara kedua keluarga dan
pasangan.
“Adat
menghantar belanja hangus” Kebiasaannya belanja
hangus diberikan sebahagian (mengikut budi bicara kedua belah pihak)
pada hari bertunang dan selebihnya sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis
dilangsungkan. (Mengikut budi bicara kedua belah pihak). Wakil kedua belah
pihak perlu menjadi saksi tentang pemberian ini. Atau sekurang-kurang
diberitahu, wang belanja hangus telah diterima.
Biasanya
jika wang belanja hangus tidak dilunaskan kepada pengantin perempuan, majlis
seterusnya akad nikah tidak akan dilangsungkan. (Mengikut budi bicara kedua belah pihak untuk
menentukan keputusan). Wang belanja
hangus biasanya yang digunakan untuk membeli kelengkapan dan membuat kenduri
kawin dirumah pengantin perempuan.
“Mengajak”.Adat resam mengundang atau mengajak kekenduri. Tuan
rumah perlu bertandang kerumah orang yang ingin diajak kemajlis kendurinya.
Cara cakap dan ayat mengajak ada adap yang tersendiri. Ajakan seperti akad
sebenarnya mengajak atau meminta. Ayat yang biasa digunakan. “Saya anak beranak
mengajak (sebut nama yang di undang/ajak) anak beranak datang kemajlis
kenduri mengawinkan anak pada (hari dan
Tarik ditetapkan) dan sekiranya mengajak untuk membuat kerja gotong royong,
perlu dijelaskan apa, hari dan waktu. “Saya mengajak ( nama yang diundang)
menolong saya buat Balai/meminjam/buat kerisik
pada (hari,tarikah dan waktu). Biasa juga disambung .
Akad
mengajak. Setiap
ajakan perlu dilafaz akad
seperti ayat diatas. Jika tidak dilafaz akad mengajak. Perasaan syak akan timbul dan yang
diajak mungkin tidak datang.
Melafazkan akad mengajak masih jadi ikutan hingga kini
disamping undangan melalui kad, telepon atau Enternet.
“Kena”.
Kata-kata yang bermakna diajak kemajlis kenduri.
Biasanya Bila pertanyaan berkenaan ajakan kekenduri kawin. Perkataan “kena”
maksudnya diajak tapi jika sebaliknya
disebut “Tak kena”.Maksudnya tidak dijemput.
Untuk
mengadakan majlis seterusnya, kesepakatan antara keluarga, jiran dan penduduk
setempat diperlukan bagi menjayakan majlis. Biasanya Berbulan sebelum kenduri
nikah kawin persiapan telah mula dibuat.
Berbagai aktiviti persiapan dilakukan untuk
hari majlis.
Berbalai/sabak Satu majlis gotong royong diadakan untuk membuat “balai”. “Balai” ialah Ruang untuk menempatkan para tetamu. Penduduk
kampung akan bergotong royong membina “Balai” yang keluasan dan bentuk bersesuaian dengan keadaan
dan kehendak tuan rumah.
Dulu Balai
dibina dari Buluh. Buluh ditebang dan dibawa kekawasan yang hendak dibuat
balai. Tiang Balai dibuat dari buluh besar bulat dan lurus. Gelegar dari
susunan buluh dibelah dua. Penyokong dan tiang lantai dari buluh sebatang.
Lantai dari belahan buluh yang dicincing
tanpa putus. Atap nya dari Zink. Dihari berbalai tuan rumah akan mengadakan
jamuan makan untuk pekerja gotong royong.
“Sabak”tempat khas
memasak didirikan. “Sabak” pondok yang
hanya beratap tanpa dinding. Akan
dibuatkan beberapa tungku untuk memasak
dengan kawah. Dahulu tungku untuk kawah dibuat dari tin minyak kelapa. Tin
minyak akan ditebuk atasnya,kamudian diisi tanah dengan padat. Tiga tin
diperlukan untuk membuat tunggu sabuah kawah. Jika hendak memasak dengan tiga
kawah, Sembilan tin diisi tanah padat digunakan.
Tak lengkap
binaan sabak tampa pangkin untuk meletak barang-barang memasak. Pangkin
dibina pada satu bahagian tepi sabak dengan ketinggian aras pinggang. Diatas
pangkin itu nanti tempat meletak bahan masakan
dan juga tempat orang-orang sabak berehat.
Tempat
membasuk pinggan mangkok. Balai tak sempurna tanpa membina satu tempat khas untuk tujuan membasuh
pinggan mangkok atau bahan masakan. Tempak basuh pinggan mangkok biasa dibuat
hampir dengan Sabak dan dibahagia hujung balai. Asas tiang dan lantai dari
buluh sebatang. Buluh bulat dijadikan gelegar. Disusun pula diatasnya kepingan
buluh yang belah empat ukuran dua ke tiga inci lebar, diletak melentang dengan
buluh sebatang dengan jarak anggaran satu kaki. Diatasnya pula disusunkan
belahan buluh anggaran dua ke tiga inci lebar dan dijalin menggunakan rotan yang telah dibelah dan diraut. Jalinan dibuat jarang-jarang. Tujuan supaya
air mudah mengalir.
Pangkin
tempat letak pinggan mangkok juga di bina dan lantainya sama
teknik buatannya dengan lantai tempat basuh pinggan. Cuma keluasannya jauh lebih
kecil dan dibuat bertingkat-tingkat . Pinggan mangkok kegunaan kenduri akan
diletakkan setempat.
Sekarang,
mengikut kemajuan dan perubahan cara hidup, walau pekara diatas masih dilakukan
tapi cara dan peralatan berbeza.
Kerja-kerja pembuatannya lebih mudah
dengan peralatan moden dan
peralatan siap yang dijual dikedai. Buluh diganti dengan kayu.Lantai dari papan. Pangkin-pangkin boleh
dibeli siap. Begitu juga tungku boleh dibeli siap yang dibuat dari besi.
Hari
meminjam. Pada masa
dahulu hari meminjam diadakan setiap kali hendak kenduri kahwin. Masyarakat
kampung diajak untuk datang membantu tuan rumah bagi membawa dan mendapatkan
barang keperluan dengan meminjam dari
orang-orang kampung. Di hari meminjam akan diadakan jamuan untuk orang-orang yang datang membantu.
Masyarakat kampung biasa melakukan dengan relahati.
Hari Buat
kerisik. Kerisik
merupakan salah satu bahan utama dalam menu masakan kenduri kawin. Tuan rumah akan mengajak jiran
tetangga bagi menyiapkan kerisik. Himpunan kelapa akan dikopek dengan tangan.
Kamudian di parut dengan kukur, digoreng dan kamudian ditumbuk dengan lesung
tangan. Prosesnya memakan masa dan tenaga. Jamuan akan diadakan oleh tuan rumah. Agaknya sebagai tanda terima
kasih atau sagu hati. Diwaktu masyarakat
kampung juga bersama-sama menyediakan juadah untuk hari kenduri seperti wajik “pulut manis”.
Pada masa
kini. Kerisik boleh dibeli terus dari pasar. Kueh mueh juga boleh dibeli.
Gotong royong membelah kelapa dan
membuat kerisik sudah tiada lagi. Malah lesung tangan yang digunakan suatu masa dulu sudah tiada
lagi didalam kampung.
“Berpawang”. Adat yang satu masa dulu satu kemestian bagi tuan rumah yang mahu mengadakan kenduri. Tok Pawang perlu dipanggil untuk
“membela” rumah bagi mengelak gangguan
yang tidak dijangkakan. Pawang kampung akan menggunakan kemahirannya.
Bahan yang biasa dilihat dalam adat berbawang, kemenyan dibakar dalam bekas,
bertih beras air tepung tawar dll. Ada sumber mengatakan ketokan gong sebagai petanda mula dan akhir adat berpawang.
Menyerah
kerja.
Maufakat menetapkan tugas-tugas yang
patut dilakukan pada hari kenduri. Contohnya Tuan rumah menyerah tugas untuk
memasak kepada Rahman. Rahman akan menguruskan tugas. Tuan rumah boleh lepas
tangan. Semua tugas dan urusan memasak menjadi tangjungjawap Rahman. Rahman juga perlu mengusahakan sendiri
mencari pembantunya dan bertanggung menangani segala masaalah bekenaan tugas.
Apa-apa pun masih merujuk budi bicara.
Ketua kerja biasa dipilih dari orang yang berpengalaman dalam
bidang dan mampu mencari pembantu nya,
disamping orang lain yang akan menolong secara suka rela. Ketua memasak di
panggil juga sebagai “ketua Sabak”. Ketua yang menjaga tetamu dipanggil “ketua Balai”. Yang menguruskan
pengantin perempuan Mak Andam. Bahagian tugasan lain seperti pengatur acara, pemuzik berarak, pemuzik tari
piring dan penari dan lain-lain.
Selepas
menyerahan tugas tuan. Kerja-kerja untuk
majlis kenduri diselenggarakan oleh
orang lain. Tuan rumah tidak boleh campur tangan. Tuan rumah tidak dibenarkan turun kedapur
atau kesabak atau membuat sebarang kerja.
Tuan rumah hanya perlu menyambut
kedatangan dan melayan tetamu yang hadir
sahaja.
Majlis
tahlil dan doa.
Majlis Tahlil dan doa biasa diadakan pada malam jumaat terakhir sebelum majlis
besar. Orang-orang kampung akan dijumput untuk menjayakan Majlis Tahlil dan
doa. Tuan rumah akan mengadakan satu
jamuan untuk orang-orang yang bertahlil,jiran-jiran, keluarga dan yang
datang membantu. Semua kerja-kerja dibuat secra gotong-royong.
Berandam. Dahulu bakal pengantin akan berlangir dan dimandikan “mandi bunga” bagi menaikkan seri
pengantin oleh Mak Andam. Berandam, bentuk bulu kening,cukur anak rambut dan cukur
bulu roma diwajahdilakukan oleh Mak Andam, supaya
pengantin kelihatan kemas,rapi
dan lebih menyerlah kecantikannya.
“Sireh
jampi”. Biasanya, Mak Andam dahulu akan
menyediakan sireh sekapur yang telah dijampi kepada bakal pengantin, tujuannya
supaya wajahnya pengantin perempuan
akan kelihatan cantik dan berseri-seri
wajah dihari menjadi raja sehari.
Mak Andam. Mak Andam orang penting dalam menjalankan adat
istiadat majlis perkahwinan. Tugas Mak andam bukan menghias dan mencantikkan
pengantin. Mak Andam dianggap sebagai penyambung adat istiadat perkahwianan.
Mak Andam biasanya yang mengawal perihal adat istiadat, mengatur majlis
perkahwinan, menyiapkan dan menyusun peralatan untuk majlis dan lain-lain lagi.
Peredaran zaman,kemajuan, perkembangan fikiran dan
kecanggihan peralatan cara mengandam pengantin mengalami perubahan.Kalau dulu
mengandam pengantin dengan alatan semula jadi kini berbagai pealatan moden
digunakan malah terdapat banyak pusat kecantikan dengan tenaga kerja yang
bertauliah menyediakan hikmad mencantikkan badan dan wajah untuk bakal
pengantin.
Kalau dulu
menghias wajah pengantin dengan celak dan gincu. Tapi sekarang berbagai pekara
dan benda dicipta untuk memudahkan dan menambahkan cantikkan wajah pengantin.
Kalau tahun tujuh puluhan mak andam hanya
menggunakan tangan untuk menyolek pengantin tapi sekarang make up “air brush” teknik semburan menjadi trand
.
Berinai. Berinai menjadi adat resam perkahwinan sejak
dahulu lagi. Sebelum majlis pengantin perempuan akan di inai jari. Bahan untuk membuat Inai pengantin, bahan utamanya
daun inai. Daun Inai dileraikan dari ranting dan ditumbuk atau digiling halus. Sedikit
nasi dilumatkan bersama daun inai. Nasi
bertindak sebagai gam. Untuk mendapatkan warna yang lebih cantik dicampurkan
sedikit dengan air asam jawa.
Bentuk
Inai. Semua hujung jari pengantin perempuan akan
ditepeknya (Dilekatkan) inai hingga kesendi pertama jari anggaran satu inci. Disendi jari seterusnya juga dilepekkan inai dalam
bentuk bulat atau membujur mengikut kesesuaian.Di bahagian tapak tangan pula.
Biasanya inai akan dibentukkan
bulatansebesar duit dua puluh sen dan bentuk bulat kecil memenuhi ruang
tapak tangan. Kesepuluh hujung jari kaki diinai. Biasa nya satu garisan inai akan dibuat mengeliling
tapak kaki.
Pengantin
lelaki juga juga akan diinaikan. Tapi tiga jari sahaja setiap sebelah tangan.
Biasa nya hanya jari kelingking, jari manis dan jari hantu saja yang diinai.
Tidak ketahui kenapa, tapai telah menjadi kebiasaan penduduk setempat berbuat
demikian kepada pengantin lelaki.
Bekembangnya
pengaruh Inai dari Negara luar ke Malaysia. Cara berinai
pengantin masa kini mengalami perubahan. Kalau dulu bahan utamanya dari
daun inai yang pokoknya tumbuh disekitar kampung, ditumbuk atau digiling lumat.
Sekarang Inai siap boleh didapati dikedai.Lakaran bentuk juga boleh dibeli
acuan nya. Bentuk dan cara berinai Nampak perubahannya. Malah jalan ringkas
,mudah dan cantik untuk berinai hanya
pergi kekedai atau butik yang menyediakan hikmat berinai.
“Hari membantai” dan “hari kerja” dilakukan serentak. Penduduk setempat memainkan peranan menjayakan hari
tersebut. “Hari membantai” memberi maksud hari menyembelih, mengorbankan ternakan lembu atau kerbau
untuk tujuan masjis kenduri kawin. Pada
“Hari kerja” penduduk kampung akan datang bergotong royong menyiang, memotong
daging, menyiapkan bahan untuk dimasak. Tuan rumah akan menyiapkan juadah untuk
mereka yang datang bergotong royong. Biasanya dibuat disebelah pagi sehari
sebelum kenduri.
Akad Nikah. Menjadi kebiasaan penduduk Janda Baik menetapkan
Nikah dibuat pada petang hari Membantai atau hari kerja. Pada waktu ini tidak
terlalu ramai tetamu. Sekali lagi pihak lelaki akan datang dengan barang
hantaran dan sebentuk cincin emas“Cincin nikah”, yang berkemampuan akan
menggantikan “cincin nikah” dengan “ emas” atau
“rantai emas”. Pihak perempuan akan membalasan hantaran pihak lelaki
dengan lebihan dua.
Hantaran
Nikah .Barang yang
biasa menjadi hantaran ialah baju pasang, peralatan wanita seperti barang
makeup, beg, kasut, tuala barang
yang dihantar oleh lelaki kepada pihak perempuan. Kain pelekat/samping , songkok, kasut, barang
peribadi seperti bedak, minyak wangi dan lain-lain di beri oleh pihak perempuan
untuk lelaki. Barang makan, kek, buah-buahan, bunga rampai, sirih junjung menjadi kebiasaan untuk dijadikan hantaran
kedua belah pihak. Kesemua barang hantaran dihias dengan bunga-bunga dan
diletak atas dulang tembaga.
Kekereatifan orang-orang
sekarang dan kemudahan yang ada
dalam berbagai macam bentuk,warna, kreativiti kraf tereka khas untuk keperluan
hiasan hantaran. Bunga-bunga tiruan dan peralatan moden mencantik dan
memudahkan urusan membuat hantaran. Malah banyak kedai pengantin yang menjual pakej untuk barang perhiasan hantaran.
Segalanya lebih baik dan lebih mudah diwaktu kini.
Mas kawin.Pihak lelaki wajib menyediakan wang “Mas kawin”. Wang mas kawin ini akan diserah pada pengantin
perempuan selepas akad nikah (Ijap Kabul). Nilai mas kawin negeri Pahang ada
lah dua puluh dua ringgit lima puluh sen. Sagu hati biasanya akan diberi pada
saksi dan Tok Kadi.
Adat Akad nikah mengikut rukun nikah dalam undang-undang islam. Bapa pengantin
perempuan adalah Wali untuk menikahkan
pengantin. Ayah pengantin perempuan juga boleh melantik jurunikah sebagai wakil Wali. Adat budaya
nikah mengikut rukun nikah agama islam. Pengantin lelaki dan pengantin
perempuan, juru nikah dan dua orang saksi. Wali minta izin menikahkan anaknya
perempuannya. Selepas selesai Ijap Kabul (Qabul), bacaan doa,Pengantin disarankan sembayang
sunat Nikah. Kamudian
Membatal
air sembahyang .Dahulu
pengantin perempuan hanya duduk didalam
bilik ketika ajab kabul dan lafaz taklik di buat. Pengantin lelaki akan masuk
kebilik pengantin perempuan untuk menyarungkan
“cincin nikah” kejari pengantin perempuan sebagai simbolik tanda batal
air sembahyang.
“Bilik
pengantin”. Menjadi
kemestian sabuah bilik khas akan disediakan untuk pasangan pengantin baru.
Sejak dulu lagi menyediakan perabut baru untuk bilik pengantin seperti suatu kemestian. Katil akan dihias cantik
dengan cadar dan sarung bantal baru.
Dihias bunga-bungaan. Diletakkankan wangi-wangian.
“Bunga
tekat”.Dulu
set Cadar pengantin biasanya dibuat dari kain baldu
yang coraknya bunganya berhias sulam
tekat dari benang emas. Set cadar
akan dibuat sedondon dengan lapik nikah dan kipas.
“Salam” selesai
acara batal air sembahyang. Menjadi kemestian Pengapit
membawa Pengantin permpuan dan
pengantin lelaki untuk bersalaman dengan tetamu yang hadir. Waktu ini pengantin
saling diperkenalkan ahli keluarga masing-masing. Selesai berkenalan dan
bersalaman tetamu dan keluarga pengantin
akan dijamu makan.
“Alas nikah
atau bantal nikah”.
Alas nikah adalah tempat duduk pengantin lelaki sewaktu membaca nikah. Angaran
ukuran tiga kali tiga kaki diperbuat dari kain baldu dengan sulam bunga tekat
disetiap penju. Sepasang dengan dua bantal kecil dan dua kipas kecil yang sama corak bunga tekat
dan warna. Alas nikah barang yang mesti ada untuk majlis akad nikah.
Corak dan
bentuk “bantal nikah”banyak berubah. Kalau dulu hanya
satu yang digunakan. sekarang kedua
pengantin lelaki dan perempuan
didudukkan diatas alas nikah berasingan bebeza dari dahulu. Bahan yang
digunakan, Bentuk, cara pembuatan dan penggunaannya juga berbeza. Adat duduk
diatas alas nikah masih diamalkan hinggan kini.
Mini
pelamin. Sekarang
pengantin perempuan berpeluang menyaksikan upacara adat Ijab dan lafaz taklik
yang dibuat oleh oleh wali dan pihak
lelaki. Mini pelamin akan dibuat disudut rumah
sebagai tempat pengantin perempuan
bersemayam. Acara membatal air sembahyang, Menyarung cincin dilakukan
diruang tamu dan disaksikan oleh sanak
saudara dan tetamu yang hadir.
Pelamin. Pelamin akan dibuat setiap kali majlis kawin.
Satu eleman penting dalam adat istiadat perkahwinan. Pelamin dijadikan tempat
semayam pengantin . Tiada bentuk khas untuk buat pelamin. Menjadi
kebiasaan pelamin perlu ada pentas,tempat duduk untuk kedua pengantin,
sama ada beralas lapik khas atau sepasang kerusi kerus. Tabir untuk hiasan belakang dan bunga-bunga.
Dahulu pelamin dibuat sendiri oleh keluarga pengantin perempuan dan hiasan
seadanya.
Pelamin
sekarang sarat
dengan hiasan ditambah dengan lampu-lampu dan deco yang berbagai mengikut
trand. Mudah. Tempah mengikut tema dan
kehendak deco pilihan dari butik-butik pengantin.Akan siap dipasang sebelum
majlis.
“Alat
merenjis”. Peralatan
merenjis benda penting
dalam adat istiadat perkahwinan. Bekas alat merenjis lazim nya dibuat dari tempaga. Biasanya
menggunakan tiga atau empat bekas tembaga bertutup
untuk memuatkan Bunga rampai ,
Ait tepung tawar (air dari tepung beras) Sehelai daun sireh untuk merenjis air
tepung tawar. dan inai yang telah digiling. (untuk majlis malam berinai) dan “
beras basuh”(beras yang direndam semalaman dengan sebuk kunyit, dibasuh dan
dikeringkan). Bekas air mawar. Semua bahan dan peralatan diletakkan didepan pelamin.
Bergambar satu pekara mesti. Pengantin dan keluarga biasanya
mahu mengabadikan kenangan dimajlis perkahwinan dalam bentuk gambar. Jurugambar
akan ditempah khas untuk mengambil
gambar, menyiapkan gambar dan segala
urusan berkaitan. Juru gambar perlu kreatif
bagi memperindah gambar yang terhasil untuk dijadikan koleksi tatapan dan kenang-kenangan.
Majlis
malam berinai/bertari piring. Salah satu adat resam budaya
majlis perkahwinan Janda Baik. Majlis
Malam biasanya dibuat pada malam hari selepas majlis akad nikah dan
sebelum majlis bersanding. Jamuan makan malam disediakan oleh Tuan rumah.
Selepas jamuan makan. Ketua Balai “Tok Balai” akan mengetok gong sebagai tanda
acara akan bermula. Pengantin lelaki akan dibawa naik kepelamin dan
disemayamkan diatas pelamin saorang diri.
Muzik
tradisonal kampung.
Alunan Muzik tari piring dimainkan oleh penduduk yang berkemahiran. Muzik
kampung hanya terdiri dari tiga jenis alat muzik sahaja. Rebana ibu dan anak
dan gong. Gong yang diperbuat dari besi
dikatakan lebih sesuai. Gabungan tiga
alat muzik ini membunyikan rentak tari piring.
Tari
Piring. Bertari
piring dimajlis malam berinai merupakan salah satu adat perkahwinan Janda Baik
yang masih menjadi ikutan hingga kini. Seni budaya Tari piring tercipta oleh gabungan pengaruh tempat asal
penduduk yang berhijrah ke Janda Baik. Tarian Piring untuk pengantin biasanya
di tarikan bersaorangan dan berpasangan.
“Rantai
Jala” Alat yang
perlua ada untuk tarian piring. Rantai jala yang tak digunakan lagi dipotong dijadikan cincin dilekatkan dihujung
jari telunjuk. Rantai jala ini, fungsi nya
untuk menghasilkan bunyi apabila diketuk pada piring. Bunyi ketukan
diselaraskan dengan bunyi muzik tari piring. Ianya sebagai tambahan bunyi-bunyian kepada muzik yang dimainkan.
Penari tari
piring akan
mengadakan tarian piring dihadapan pengantin. Penari akan memegang sepasang
piring ditapak tangan dan memakai rantai jala sebagai cincin. Sebelum menari
penari terlebih dahulu memberi sembah pada pengantin. Ada sumber menyatakan angkat sembah pengantin dibuat
tiga kali sebelum tarian dimulakan.
Gerak tari tarian piring pertama perlu duduk berlutut mengadap pengantin.
Mengangkat sembah dan kamudian akan
melakukan gerak tanpa menggunakan piring. Selesai gerak tangan tanpa piring sekali lagi penari akan mengangkat sembah disebut “sembah pengantin”.
Baru lah penari akan menari menggunakan
piring dan mengetuk piring yang dipegang dengan rantai jala.
Bunga tari
menggambarkan pegerakan tertentu.
Seperti gerak “Minta sikit” kedua tangan
duluruskan kesebelah kanan
digerakkan dari hadapan ke belakan. Gerak “Senduk nasi” tangan kiri
memegang pinggan dalam keadaan telentang dan tangan kanan di
digerakkan kearah tangan kiri tadi.
“lenggang mak dara”, “burung camar”, dan berbagai lagi. Dikatakan ada enam
belas lebih jenis gerakan ber tari piring.
Cara tari
piring pengantin. Penari akan menari bergilir melakukan gerak tari dari enam
belas gerak bunga tari tarian piring. Jika petama melakukan enam gerak, penari kedua akan menarikan lagi
enam gerak tari yang belum di lakukan begitu lah seterusnya penari ketiga akan
menarikan gerak tari yang belum digayakan oleh penari sebelumnya. Jika semuanya
sudah barulah diulang semula. Bertari piring dijadian hiburan kepada tetamu
yang hadir.
“Menginai”. Setelah berpuas hati dengan pertunjukan tarian
untuk pengantin lelaki, tarian piring dihentikan. Pengantin perempuan akan
dibawa keluar kepelamin. Sebelum duduk dipelamin, pengantin perempuan akan
melakukan adat ‘menginai pengantin”.
Dimula dengan bismillah. Pengantin
perempuan akan menabur “beras basuh”, menyerak bunga rampai, mencalit
air tepung tawar ke pengantin lelaki, merenjis air mawar dan meletakkan sedikit
inai ditapak tangan pengantin lelaki sebagai simbolik menginai. Setelah selesai
pengantin lelaki akan turun dari pelamin. Pengantin perempuan akan naik dan
duduk di pelamin. Pengantin lelaki pula akan membuat pekara yang sama kepada pengantin perempuan. Pengantin
bersalaman.
“Menginai
pengantin”
dimalam berinai bukan lah maksudnya menepeklan daun inai
untuk memerakkan jari. Ianyanya lebih
kepada upacara merenjis, memberi restu.
Semasa merenjis, sedikit Inai diletakkan
ditapak tangan pengantin, sebagai simbolik menginnai. Pengapit pengantin biasanya akan
cepat-cepat mengalihkan atau menyapukan
inai tersebut supaya tidak meninggalkan warna pada tangan. Supaya tidak
mencacatkan warna inai yang telah dibuat sebelumnya.
Ibubapa pengantin
keluarga kedua belah pihak dan tetamu malam itu diberi peluang untuk “menginai” pengantin. Oleh kerana pengantin tidak disandingkan sekali. Menjadi
kebiasaan keluarga pengantin lelaki akan diminta “ menginai” pengantin perempuan dan sebaliknya keluarga pengantin perempuan akan
menginai pengatin lelaki. Tetamu diberi
peluang untuk menginai sesiapa sahaja. Bunga telur biasanya akan
diberi sebagai saguhati kepada yang “menginai”
Pengantin
lelaki akan ditempatkan disatu sudut. Pengantin perempuan akan duduk diatas
pelamin. Tarian piring akan ditarikan sekali lagi. Biasanya setiap orang yang
menarikan tarian piring dengan gaya nya
yang tersendiri. Kadang-kala gaya tarian
dilakukan dalam keadaan melawak bagi menghibur tetamu dan pekerja yang bertugas pada malam tersebut.
“Bubur
cucur jambul”. “Bubur
tepung beras” Masakan tradisonal
masyarakat Janda Baik akan dibuat secara gotong royong pada malam berinai.
Bubur dari bancuhan Air panas,tepung
beras dicampur sedikit kapur makan. Tepung diadun lembut. Santan kelapa dimasak
dalam kawah. Santan dimasak bersama gula dan daun pandan hingga menggelegak.
Tepung akan ditekan diatas Acuan Khas (dibuat sendiri oleh penduduk kampung)
dan adunan akan jatuh kedalam santan menggelegak dalam kawah.
Bubur menjadi hidangan malam.
“Sop
kawah”. Menjadi
kebiasaan diJanda Baik setiap majlis kenduri kawin tuan rumah akan menyembelih kerbau atau lembu. Bahagian
tulang akan di buat sop. Dimasak didalam kawah dalam jangka masa melebihi lima
sehingga tulang dan daging hampir bercerai. Sop kawah menjadi hidangan tengah
malam, malam berinai.
Biar malam
berinai pengantin dan bertari piring telah selesai suasana rumah pengantin perempuan masih meriah. Disabak
ramai orang bergotong royong memasak juadah untuk hari sanding. Memasak daging
berkawah-kawah memakan masa yang agak lama.Masyarakat setempat bergilir-gilir
mengacau dan menjaga masakan yang sedang dimasak. Biasanya hingga keawal pagi
baru siap.
Menumasakan bagi majlis kenduri janda Baik selalunya terdiri dari rendang
danging,kari daging dengan kentang, Rendang kuning perut. Acar mentah. Kerabu
umbut kelapa. Kenduri biasanya mewah dengan danging. Semua masakan dibuat dan
dimasak secara gotong royong dengan diketuai oleh sesaorang yang berpelaman.
“Hari
besar”. Dalam
istilah kenduri kawin “hari besar” bermaksud hari melansungkan majlis
bersanding hari dimana paling ramai tetamu diajak untuk merai pengantin.
Berbagai acara diadakan pada majlis “Hari Besar”.
“ Majlis Potong
Jambul”.nama
yang diberi pada majlis . Yang dipotong bukanlah jambul atau rambut seperti
adat “ potong jambul bayi”. Sebagai simbolik
potong jambul. “Potong Jambul” merupakan salah satu adat istiadat
perkahwinan. Kedua pengantin dan kedua
belah pihak keluarga pengantin terlibat mengambil bahagian dalam aturcara “Potong
Jambul”.
“marhaban” akan didendangkan
beramai-ramai sepanang pagi diikuti berselawat . Dijanda Baik ramai orang-orang asal yang amat mahir dan merdu suaranya dalam
mengalunkan bacaan Marhaban. Mereka
–mereka lah yang sering menjayakan
majlis “Potong Jambul”. Sekarang terdapat
kumpulan yang bergerak iktif
untuk aktiviti Marhaban,selawat dan aktiviti agama islam.
Pengantin
yang telah disolek dan dipakaian pakaian pengantin akan dibawa keluar kedepan
pelamin. Pengantin dan pasangan akan berdiri bersama-sama orang yang
berselawat. Semua yang hadir akan sama-sama berselawat pada pengantin.
“Pengapit” adalah orang yang akan menemani pengantin, tugasnya
memberi keselesaan pada pengantin, tuklang kipas dan menjaga Pengantin.
Pengapit bertanggungjawa menjaga pengantin supaya terus kelihatan cantik dan
selesa. Sekiranya pengantin berpeluh,
pengapit perlu mengesat peluh pengantin. Jika rantai pengantin kelihatan
senget. Pengapit perlu membetulkannya.
“Cincin
emas” akan dikat
dengan benang hitam dalam kiraan ganjil dan diikat pula pada kain hitam untuk diikatkan di kepala pengantin.
Cincin emas akan berjuntaian di hadadapan wajah pengantin. Dalam adat “potong
Jambul” pengantin. Cincin yang di ikat bujuntai di depan wajah akan pengantin
akan dipotong, simbolik memotong rambut. Cincin akan dimasukkan kedalam buah
kelapa. Kebiasaannya cincin dipinjam dari ahli keluarga atau tetamu yang ada.
Bilangan juntaian cincin hendaklah ganjil.
Buah kelapa putih dipotong ziz zaz dan dibuang airnya. Air
tepung tawar dan sehelai daun sireh, Alat merenjis air mawar, beras basuh dan
bunga rampai akan diletakkan diatas dulang dipegang oleh salah saorang lagi
pengapit pengantin. Bahan-bahan tersebut alat yang perlu ada dalam upacra
potong jambul.Disamping gunting tajam berhias dan bereben, akan diguna untuk
memotong benang cincin. Setelah dipotong dimasukkan kedalam buah kelapa.
“Potong
jambul”Cincin cincin
akan dimulakan oleh bapa pengantin lelaki dan kamudian bapa pengantin perempuan
diikuti oleh ibu kedua belah pihak dan kamudian keluarga terdekat, barulah teman-teman dan tetamu yang hadir.Sebelum
potong jambul (cincin yang digantung), terlebih dahulu menabur beras basuh,
mencalikkan sedikit air tepung tawar pada pengantin, tabur bunga rampai,
merenjis dengan bekas renjis air mawar .
“Bunga
telur”
dihadiahkan Bungan telur kepada yang melakukan “potong jambul” kepada pengatin.
Bunga telur biasanya dibuat dari kertas bunga akan dibentuk menjadi kelopak bunga.
Biasanya bunga ros. Buluh racik kecil
sepanjang satu kaki akan dibuat
batang. Bentuk bunga kudup, Bunga kembang,
daun dan tampuk untuk
didilekatkan telor dilekatkan pada
batang dengan melilit dengan kertas bunga hijau dan digam. Telur akan
dilekatkan pada tampuk.
“Batang
pisang”dijadikan
asas untuk meletakkan bunga telur. Batang pisang diambil bahagian tengah yang agak lembut.
Dibalut dengan kertas bunga. Diikat kemas pada pahar. Pulut kuning akan
diletakkan pada pangkal batang pisang. Bunga telur yang telah siap akan
dicucukkan disekeliling batang pisang
menjadi jambak bunga pahar.
“Ibu Bunga” atau “ Bunga atas” dibuat bagi mencantikkan puncak “bunga telur”yang
dicacakkan dibatang pisang. Bentuk bunganya sama dengan bunga telur yang
dibuat. Tetapi dicubah dengan menggunakan banyak bunga. Sekuntum bunga akan
dijadikan puncak dan beberapa kuntum bunga digubah mengikut kesesuai
mengelilingi bunga puncak. “Ibu bunga” tidak dilekatkan telur . Selalunya Ibu
bunga menjadi rebutan kerana ia digubah cantik .
“Bunga
pahar” disebut
untuk bunga telur yang telah digubah diatas pahar. Bunga pahar satu eleman penting dalam majlis perkahwinan.
Majlis tidak lengkap tanpa bunga Pahar.
Bunga pahar biasanya dibuat sepasang. Diletakkan di kiri kanan pelamin.
Menjadi satu kemestian juga Bunga pahar
sebagai salah satu barang
hantaran Nikah. Sewaktu nikah pihak pengantin lelaki akan membawa sejambak
“bunga pahar”.
Doa akan dibacakan setelah tamat acara potong jambul.
Pengantin akan dibawa bersalaman dengan mereka yang mengambil bahagian dan
tetamu yang hadir pada masa itu. Sebagai tanda terima kasih dari tuan rumah
pengantin akan memberi bunga telur sebagai cenderahati.
“Cenderahati” seperti bunga telur, wang atau makan akan diberi kepada yang terlibat dalam
upacara “Potong Jambul”. Kebanyakan
orang dahulu mahir bermarhaban, Ianya merupakan salah satu aktiviti keagamaan dalam kampung.
Jika ada majlis “potong Jambul” orang-orang kampung dengan sendirinya akan
bersama-sama melibatkan diri. Upacara
berselawat juga dilakukan untuk upacara “berendoi” “ majlis naik buai bayi” dan majlis keagamaan.
Selesai
adat “Potong Jambul” Tetamu akan dijamu dengan
kueh mueh. Pengantin perempuan
akan dibawa masuk kebilik untuk bersiap bagi majlis berikutnya. Selepas
menikmati juadah Pengantin lelaki dan
rombongan akan balik kerumah semula kerumah singgah yang disedikakan oleh pihak pengantin perempuan.
“Rumah
singgah” sebagai
tempat rombongan keluarga lelaki
berehat, berkumpul dan
bersiap sebelum pergi kerumah pengantin perempuan. Biasanya “Rumah
singgah” rumah yang berdekatan rumah pengantin perempuan. Keluarga atau jiran
terdekat dipelawa untuk menompangkan
rombongan pengantin lelaki menginap dirumah mereka semasa majlis berlansung. Biasanya nya majlis
perkahwinan Janda Baik diadakan dua hari
satu malam.
“Dua hari
satu malam”majlis
berlangsung, Akan tetapi keluarga dan jiran pengantin perempuan telah berkumpul
lebih awal. Kadangkala lebih berminggu-minggu bagi menyiapkan berbagai
keperluan untuk majlis “hari besar”.Pelamin dibuat dan dihias dengan berbagai eleman,
bilik tidur dibentangkan kelambu berhias. Telur dilekatkan pada bunga telur,
menyiapkan bunga pahar dan sebagainya. Pemuzik
dan penari piring akan berlatih sebelum hari majlis.
“Bunga
mangga” alat yang perlu dalam istiadat perkahwinan Janda
Baik. Cara membuat “Bunga mangga”, Lidi
kelapa dipisahkan dari daunnya. Kertas bunga dipotong lebih kurang satu inci lebar, diracik halus
tidak putus. Kertas tadi akan digulung dari hujung lidi kelapa hingga kepanggal lidi. Bahagian hujung dan pangkal lidi akan digam agar tidak
terbuka. Batang buluh kecil anggaran
lebih enam kaki sebagai batang pemegang
. Betik muda digunakan sebagai tempat
mencucuk lidi yang telah berbalut
kertas bunga. Jambangan gubahan cacakan lidi berkertas bunga dibuah bertik dan
berbatang dipanggil “bunga mangga”.
“Berarak”Jika kedua belah pihak telah bersedia. Gong akan dibunyikan menandakan adat berarak akan dimulakan. Orang yang terlibat
akan segera berkumpul. Pengantin akan ditemani oleh “pengapit” mengipas dan
membantu pengantin . sepasang bunga
mangga dipegang disebelah kiri dan
kanan pengantin. Telah menjadi kebiasaan Sejambak sepahar bunga telur akan di
bawa seiring pengantin berarak.
“Payung Penagantin” Biasanya payung
pengantin dibuat dari payung kuning dan dihiaskan dengan
juntaian manik atau kepingan besi
yang berwarna emas . sepasang payung
pengantin digunakan dalam majlis
berarak satu untuk pengantin lelaki dan satu lagi untuk pengantin perempuan.
Seorang pengiring pengantin ditugaskan untuk memayungkan pengantin sepanjang
acara berarak.
“Kipas
pengantin” kipas
direka khas untuk kegunaan majlis perkahwinan. Biasanya kipas ini dahulu
diluarnya kain baldu yang bertekat benang emas. Sekarang kipas yang digunakan direka dengan berbagai
bentuk material,berbagai potongan dan saiz. Fungsinya sama untuk menjadi alat
dalam adat budaya perkahwinan .
“Muzik berarak” akan dimainkan mengiringi rombongan pengantin lelaki. Alat
muzik yang digunakan ialah “gendang panjang”ibu dan anak. Gendang Ibu dan anak akan digantung dengan tali khas kebahu.
Gendang tergantung diparas perus di palu mengikut rentak. “Gendang ibu dan
anak menjadi irama bunyi-bunyian
sewaktu berarak membawa
pengantin.
“Songket” jenis kain
bersesuaian untuk dijadikan pakaian
pengantin. Baju kebaya atau kurung
Pahang potongan baju pengantin
dan disiapkan dengan selendang songket dan layak untuk hiasan kepala. Pengantin
juga di kenakan hiasan Tiara dipanggil juga dengan nama “mahkota”,rantai,gelang, gelang kaki
besar, cincn dan kerongsang bersesuaian dengan baju.
“Cucuk
sanggul” biasanya
akan menjadikan hiasan dirambut pengantin. Terdapat berbagai jenis dan
corak cucuk sanggul. Ada yang berbentuk
sekeping dan tapaknya berukir halus awalarat, gambar daun atau bunga. Ada yang
dibuat berbentuk kelopak bunga dan batang digulung dan akan bergoyang bila digerakkan dipanggil “cucuk sanggu
goyang” . Ada yang dibuat berjuraian
“sanggul jurai”.
Rambut pengantin akan diikat dibahagian belakang kepala untuk diletakkan sanggul palsu. (bagi
yang rambutnya pendek) Rambut yang di bahagia atas dan depan akan disikat kemas
kearah ikatan. Jika rambut pengantin sedikit. Teknik mengusutkan rambut dan
merapikan dilapisan atasnya sahaja dapat menampakkan rambut lebih gebu dan tebal. Cucuk sanggul akan
diselitkan atau dicucukkan antara sanggul dan rambut sebenar.
Hiasan
kepala direka
bentuk berbagai rupa dari berbagai material dan olahan yang boleh disesesuaikan
dengan apa jua tema, pakaian dan
kehendak pengantin. Terlalu banyak pilihan dan gaya untuk hiasan kepala dan mudah untuk mendapatkan. Peredaran masa dan
kecanggihan kemodenan membawa perubahan yang ketara dalam dunia perhiasan
dan peralatan untuk majlis perkahwinan.
Pengantin
perempuan yang telah
siap berhias dan berpakaian pengantin akan di bawa keluar rumah. Biasanya
dihujung simpang rumah, menunggu
pengantin lelaki diarak datang. Mengikut adat membawa pengantin,
Pengantin perlu dipayungkan diiring. wajah pengantin perempuan ditutup dengan
kipas semasa menunggu pengantin lelaki sampai. Pengantin perempuan dilarang
memandang pengantin lelaki sebelum berarak bersama.
“Bunga
pegang” atau “Bunga Tangan”, Telah menjadi adat sejak dahulu lagi. Tidak lengkap pengantin
perempuan ketika adat berarak tanpa
membawa bunga sejambak . “Bunga tangan”
ialah cantuman bunga digubah sejambak
mengikut kesesuaian.. Bunga tangan
digubah bersesuaian untuk digenggam dengan tangan.
“Bunga
Pangku” dulu
disebut sebagai bunga Pangku,
“Bunga Lat
lat”. “ SIreh Lat Lat” Adat resam dahulu pengantin lelaki akan membawa sejambak bunga tangan
kecil. Bunga itu dipanggil bunga “Lat Lat”. Jambangan kecil bunga dengan
setangkai daun sireh dan bunga-bunga hidup. Jambangan ini dijampi menterakan. Ketika pengantin perempuan yang duduk
dipelamin. Bunga tersebut akan dipusingkan kewajah pengantin perempuan tiga
kali dan dijatuhkan keribanya. Khabarnya
Kedudukan tangkai sireh dianggap
dapat menentukan gadis yang dinikahi masih dara atau tidak.Adat ini sudah tidak
dipakai lagi. Ada pun ianya sebagai menurut adat sahaja.
“Berjulang”. Merupakan
salah satu adat yang menjadi ikutan masyarakat Janda Baik. Dua orang lelaki biasanya saudara terdekat pengantin
yang kuat dan tegap akan ditugaskan untuk mengusung pengantin. Tangan kiri
pengusung dalam keadaan mengenggam
lengan kanan dan tangan kanan
menggenggam lengan kiri pasangan dan pasangan akan membuat pekara yang
sama. Kedua pengantin akan dijulang dilengan
hingga ketengah lama.
Ditengah
laman akan disiapkan sepasang kerusi. Dahulu biasanya kerusi dialas dengan kain
batik. Pengantin disandingkan ditengah laman.
Bunga pahar yang dibawa lelaki akan diletak ditengah-tengah. Pemayung
terus memayung dan pengapit pengantin terus mengipas pengantin agar pengantin
selesa. Pemegang bunga mangga akan berdiri ditepi pengantin. Tikar benkuang
akan dibentang untuk upacara untuk
upacara Silat.
“Silat
pengantin”. Pengantin akan dipersembahkan dengan pencak Silat. Banyak cara pesilat mempersembahkan kebolehan silat.
Banyak kumpulan silat yang bergerak Aktif sekitar Janda Baik. Silat yang paling
populor dan biasa dipersembahkan untuk pengantin di panggil “silat
pengantin” pertunjukkan bunga silat dan
perlawanan olok-olok sahaja. Sebagai penglipur lara. Selesai acara pencak silat
pengantinakan di iring kepelamin.
“Beras
kunyit” akan ditaburkan sebaik pengantin
dan rombongan sampai didepan pintu. Pekara
itu merupakan salah satu adat sebagai merai kehadiran
pengantin. Beras kunyit ini biasanya akan ditabur kearah pengantin dan tetamu oleh ibu pengantin perempuan
dan saudara terdekat. Kamudian barulah
pasangan pengantin dan rombongan
lelaki dibawa kepelain.
Dahulu,
Pengantin perempuan akan duduk dibelamain dahulu. Pengantin perempuan
ditempatkan disebelah kiri pengantin
lelaki. Semasa pengantin
perempuan duduk dipelamin, Pengantin
lelaki akan membuat tiga pusingan bunga lat lat diwajah pengantin perempuan dan
menjatuhkan bunga lat-lat diatas riba pengantin perempuan. Tetapi sekarang
pekara tersebut sudah tidak diamatkan
lagi.
“Bersanding”. Adat istiadat bersanding yang dinantikan oleh
semua orang. Biasanya semua tetamu tidak
akan melepaskan peluang untuk melihat
pengatin bersanding.”bersanding” seperti upacara kemuncak dalam adat istiadak perkahwinan. Bagi kedua
pengantin adat bersanding menjadi sejarah kehidupan. Hari kegembiran
pengantin dan seluruh keluarga dalam adat istiadat menemukan jodoh.
“Doa” dibacakan
bagi memberkati hari bersejarah pengantin dan agar kedua pengantin
berbahagia berpanjangan dan dimermudahkan kehidupan hingga keanak cucu.
Biasanya akan dibacakan sebaik kedua pengantin duduk dipelamin atau pun Imam, lebai dan sesiapa yang
berkebolehan.
Semasa
bersanding Kata-kata usikan menjadi bekara biasa dan juga menjadi bahan hiburan
ketika pengantin bersanding. Suasana
dipenuhi dengan kegembiraan dan gelak tawa tetamu dan keluarga yang
menyaksikan pengantin bersanding.
“Merenjis”.
Adat perkahwinan yang masih menjadi ikutan hingga masa kini. Bapa pengantin
lelaki biasanya akan diminta memulakan majlis. Beras kunyit ditabur, air mawar
direnjis, bunga rampai ditabur dan air tepung tawar dioles kewajah pengantin.
Bersalaman dengan pengantin tanda memberi restu. Keluarga kedua belah pihak
dantetamu tidak melepaskan peluang untuk merenjis dan bersalaman dengan
pengantin. Bunga telur akan diberi pada yang melakukan upacara merenjis dan
bersalaman dengan pengantin.
“Makan
beradap”, dibuat didepan pelamin pada masa dahulu. Pengantin akan duduk
berganding diatas lantai. Pengantin lelaki duduk bersila dan pengantin
perempuan duduk bersimpul. Adat istiadat makan beradap sedikit sebanyak untuk
menggambarkan sikap baik bagaimana melayang suami atau istei ketika menjamu
selera. Hidangan pengantin akan dibawa dan disusun didepan pengantin.
“Lauk
pengantin” dibuat agak istimewa. Memasak dan menghias lauk penantin seperti
satu kemestian dalam majlis perkahwinan. Saprah cantik akan dibentang depan
pengantin. Nasi dan lauk akan dihidang dalam bekas, pinggan mangkok yang cantik
disusun diatas saprah. Lauk-pauknya berhias. Air minuman juga diletakkan dalam
bekas yang istimewa. Pendek kata semuanya dibuat supaya kelihatan cantik,
bergaya dan istimewa.
Menu lauk
pengantin. Kebiasaannya menu lauk pengantin yang utama “ayam golek”. Tak
lengkap lauk pengantin tanpa ayam golek. “Udang panjat”. Ikan masak masam
manis. Menjadi kebiasaan di Janda Baik
setiap majlis kawin akan menyembelih
kerbau atau lembu. Paru akan digoreng buat Jambak paru, hati/limpa masak
hitam. Lauk pauk yang sama dengan tetamu dihidang sama tetapi dihias cantik
dengan sayur-sayur,limau nipis, tomato,cili merah hijau dan lain. Buah-buahan,
buah tembikai biasa akan dibuat bentuk bakul dan buah-buah lain akan dipotong berbagai
bentuk menari bersesuaian untuk diletakkan daam bakul buah tembikai. Hidangan
lauk pengantin dibuat sangat istimewa.
Dalam
setiap majlis kenduri, sesaorang akan dilantik sebagai ketua lauk pengantin. Tugas menyiapkan hidangan pengantin dianggap
penting kerana makan pengantin telah
menjadi adat resam perkahwinan yang akan jadi tonton ramai. Cara memasak,
menghias dan menghidang biasanya
dlakukan oleh orang berpengalaman.
“Doa makan”
akan dibacakan. Mak andam akan mengatur cara bagaimana adat makan beradap
dilakukan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan diminta bekerjasama
dalam masa menyendukkan lauk dan nasi dengan pasangan. Kedua pengantin
akan menyuapkan makanan kemulut
pasangan.
“Berhidang”.
Dahulu makan ditempat kenduri kawin berhidang seperti dirumah sendiri. Seperti
menghidang nasi pada ayah ibu. Gulai akan diletak dalam mangkok. Rendang dalam
pinggan lauk, sambal dam piring, kamudian setiap satu lauk diletak dalam satu
dulang. Dulang diangkat kepada tetamu yang sedang duduk.
“penanggah”
Saorang ketua penanggah akan dilantik
bagi mengumpul tenaga kerja dan mengelenggara kerja-kerja penanggah. Biasanya
kerja-kerja penaggah dilakukan oleh anak anak muda kampung.Mungkin masa ini
pemuda-pemudi kampung dapat menonjolkan
diri berjasa kepada tuan rumah dan majlis. Tugas penanggah menghidang dan
melayan tetamu. Sekiranya lauk habis, penggah akan disuruh menambahnya.
“Buffet”
menggantikan sistem hidang makan dalam majlis kenduri pada waktu ini. Dalam system buffet Nasi dan lauk pauk diletakkan dalam bekar
besar. Bekas-bekas lauk akan diletak
bersusun diatas meja yang berhias
berscallop Bermacam bentuk dan peralatan
buffet yang ada digunakan pada waktu kini.
Tenaga kerja penanggah tidak lagi diperlukan.
Selesai
upacara makan beradap, Pengantin akan beramah mesra dengan tetamu dan keluarga.
Pengantin akan kesabak, tempat basuh
pinggan balai untuk menemui Pekerja-pekerja dimajlis untuk bersalaman, mengucapkan terima kasih ,memperkenalkan
suami kepada tenaga kerja dan memberi bunga telur sebagai cenderahati.
Disebelah
petang. Sungguhpun acara potong kek,
bukan adat resam dan budaya melayu Janda Baik. Akan tetapi setiap pengantin
tidak akan melepaskan peluang untuk mengenakan gaun dan lelaki pula memakai kot
atau blazer. Anak-anak kecil akan
dipakaikan gaun putih dan aksesori sebagai “flower girls” mengiring pengantin .Dengan pakaian ala barat pengantin
akan sekali lagi berarak kepelamin.
Sebelum naik kepelamin pengantin menaburkan gula-gula.“Kek Pengantin”
akan ditempah khas untuk upacara ini.
Biasanya Kek berhias berbagai corak dan warna aising dibuat,
sekurang-kurang dua tingkat akan dipamer diatas meja bulat berscallop. Kedua
pengantin akan sama-sama memotong kek dan saling menyuapkan kek kepada
pasangan. Kek yang dipotong kamudian akan diberi kepada tetamu.
“Mandi
Sampat” Hari besar dah sampai dipenghujung. Kerja memasak telah lama
siap.Pinggan mangkok dan peralatan telah siap tersusun ditempatnya. Tiba masa
bergurau senda. Air basuhan disimbah-simbah kepada kenkawan saudara mara dan tetamu akan saling mengelak
dan membasahkan kenkawan.Salin kejar mengejar . Suasana akan jadi riuh rendah dengan hilai tawa. Ada
yang terpaksa pulang kerumah dalam keadaan basah kuyup.
“Jamu
pekerja”. Malam selepas hari besar menjadi adat mengadakan jamuan kecil untuk semua tenaga keja sebagai tanda
terima kasih tuan rumah kepada yang telah membantu menjayakan majlis nikah
kawin. Biasanya semua tenaga kerja akan hadir memeriakan keadaan dan berbincang
untuk acara “menghantar”.
“Menghantar”
dalam istilah perkahwinan Janda Baik ialah membawa penagantin perempuan
kerumah/majlis “menyambut menantu” dirumah pengantin lelaki. Keluarga pengantin
perempuan akan membuat persiapan untuk membawa pengantin perempuan. Biasanya
pengantin perempuan akan pergi kemajlis tersebut bersama rombongan. Barang yang
akan dibawa bunga pahar sebagai cenderahati.
Biasanya pada malam jamuan. Sudah berkira-kira
siapa yang akan pergi, apa yang hendak dibawa dan bagaimana. Kata sepakat
sememang mudah kerana masyarakat setempat telah tahu pekara-pekara berkenaan
adat istiadat. Sikap kekeluargaan dan nilai murni masyarakat membawa
kesepakatan. Mempermudahkan segala urusan majlis perkahwinan.
“Menyambut
menantu”.Telah menjadi adat istiadat masyarakat Janda Baik majlis “menyambut
menantu “ dibuat sama seperti kenduri
dirumah pengantin perempuan. Apa yang diadakan dimajlis pengantin
perempuan Janda Baik itu lah juga yang didadakan untuk Upacara “menyambut
Menantu”. Cuma tiada adat berandam untuk pengantin perempuan.
“Menyalang”satu
adat semasa majlis “menyambut menantu”. Diakhir majlis kedua ibubapa
pengantin dan keluarga akan berkumpul.
Kedua pengantin ada sama.Bapa pengantin perempuan memainkan peranan penting
dalam adat ini. Bapa pengantin perempuan akan memperkenalkan tentang anaknya
kepada keluarga pengantin lelaki. Bapa pengantin perempuan akan melafazkan
penyerahkan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Juga penyerahan
tanggungjawap yang laksanakan selama membesarkan anaknya. Contoh Ayat seperti “Sekarang ni mulai saat
ini Saya wali (sebut nama anak) menyerakkan anak saya kepada (nama pengantin lelaki). Mulai saat
ini terlerailah tanggjungjawap saya menjaga (nama anak), Beban
tanggungjawap akan menjadi tanggungjawap
suami(sebut nama pengantin). Berharap (nama pengantin lelaki) akan menjaga
keperluan dan membimbing (nama pengantin perempuan) hingga keakhir hayat”.
Biasanya ahli-ahli keluarga yang tua tidak akan
melepaskan peluang memberi nasihat, pedoman, petua dan kata-kata semangat untuk
kedua pengantin memulakan penghidupan baru. Saling mengucap taniah, saling
mengucap terima kasih. Saling berjanji untk kebaikan. Keluarga pengantin lelaki
gembira kerana mendapat orang baru menambah ahli keluarga. Biasanya keluarga pengantin perempuan agak bersedih
kerana berpisah dengan anak perempuan
yang akan mengikut suami.
“Hari
memulang”Esoknya sehari setelah selesai majlis kenduri kawin, Selepas “hari
besar”, sekali lagi jiran teman dan saudara dekat akan berkumpul dirumah
pengantin. Telah menjadi adat dan kebiasaan, keesokan harinya selepas kenduri
hari besar. Tuan rumah akan memulangkan
barang-barang yang dipinjam kepada tuannya. JIran tetangga, saudara terdekat
dan teman-teman akan sama-sama membantu untuk melaksanakan tugas memulangkan
barang-barang yang dipinjam. Tuan rumah akan mengadakan jamuan kecil untuk
tetamu yang datang membantu.
mengalir
cetek dari gunung, dicelahan batu alur
aliran Seni dikelek, budaya
digendong, Islam teguhjadi pedoman
sendat
perahu berisi muatan, tasik jingga hendak diseberang
istiadat melayu jadi warisan,
dari merisik hingga menyalang
beralunan tinggi air tasik,
tergenang sampai kedataran
berkenan dihati terus
merisik,
meminang,bertunang berhantaran
aliran
sungai tak tersekat,
benteng lurus jalur
empangan.
cincin pengikat, janji sapakat,
belanja hangus bertukar tangan
terjunan
air tingkat bertingkat,
mengalir jauh sampai kebarat
sekampung bulat kata sepakat,
ringan dijinjing berat diangkat
lata cerum
tempat mandian,
berserak batu sampai kedarat,
I
jab dan Qabul jadi tuntuan.
Simpul ikatan hingga akhirat
limpahan air tak tersukat,
selebar lubuk airnya dalam
merai pengantin pusaka adat,
berambi tingkah ikut resam
Danau
tenang airnya biru,
berserak kiambang
hijau-hijauan,
berandam
seri pengantin baru,
bersarung songket emas hiasan.
Kuala
sungai pinggir lautan,
sayup seluas
jauh pandangan,
berhias takta, berhidang santapan,
raja sehari pangkat gelaran
Kehilir
mengalir kehulu tidak,
laju
mengilir kalah yang lari
Berjulang,bersilat, bermuzik bertandak,
menglibur lara raja permaisuri.
Arus deras
nak diseberang,
Tak padan
dengan pendeknya titi
Adatnya anak, suaminya orang,
berpisahlah
badan berindulah hati.
Mata air
dicelaan batu,
perigi
dalam tidak berbucu,
Berbesar hati terima menantu,
berharap
cepat menimang cucu.
Bertempa
emas membuat gelang
bunga sejuntai disanggul goyang,
Sayang kerdil ilmunya
kurang,
mohon dibelas diberi ruang.
Lebar
sutera benang tenunan,
lembut beralun jadi
pakaian,
Ilham tercurah sekadar tulisan,
jadi tatapan, jadi panduan.
alun lembut
selendang dibahu,
bertekat emas hiasan cindai,
bukan terasa serba tahu,
bukan
juga memandai mandai.
Berkilau-kilau
cahaya permata,
indah lagi busana
dewangga,
Mohon maaf terlancar kata,
Mohon didoa yang baik juga.
Kurung
Pahang ternunan lingga,
jadi pakaian puteri raja,
terima kasih tidak terhingga,
moga ilham dijunjung jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan