Jumaat, 5 Disember 2014

Selendang laluan Ratu (My life)


Ini peristiwa yang aku lalui  ketika aku  bekerja menoreh getah. Semasa menoreh getah dengan suami. Kami bahagian lorong getah secara berselang seli. Jika aku menoreh getah di lorong pertama, suami  aku akan menoreh di lorong dua, seterusnya aku dilorong tiga . suamiku  lorong empat. Oleh sebab  berada dilaluan sendiri. Aku dan suami ku ada masanya terpisah jauh. Di suatu kawasan kebun getah.

Ada satu kawasan dalam kebun getah tempat aku memotong, membuatkan aku merasa agak hairan ketika melaluinya . Jika melintasi  kawasan ini aku akan terbau bauan yang wangi. Sesekali aku terhidu bau yang sama ditempat lain dalam kawasan  aku menoreh getah. Mulanya aku tidak perduli. Fikirku  mungkin ada ada pokok bunga dikawasan situ. Tapi  aku tidak nampak ada sebarang pokok lain disitu selain pokok getah.

Tujuan ku berada dikawasan itu hanya untuk mencari rezeki. Aku buang perasaan takut, sekali pun berada ditempat sebegitu berbahaya. Terdedah kepada serangan binatang. Aku matikan tanggapan negetif. Aku  iklaskan  hati  menerima  dugaan atau apapun yang akan berlaku. Aku tumpu pada tujuan  sebenar ku, bekerja keras  demi  kehidupanan anak-anak ku.

Suatu hari, hari itu seperti biasa aku menoreh dan sebelah petang  pula Aku dan suami mengumpul getah buku untuk dijual keesokan harinya. Ketika itu hari lewat petang, kami belum habis kerja lagi. Suasana dalam kebun getah telah samar-samar,Setelah hampir  gelap, baru Aku dan suami  meninggalkan kebun getah yang terletak jauh dari kawasan rumah orang kampung.

Sampai dirumah aku membersihkan diri dan sediakan makanan untuk keluarga .Aku merasa terlalu penat dan badan ku terasa berat dan mengantuk. Aku masuk kebilik dan  berbaring dikatil. Sebaik aku mahu menutupkan mata, aku terhidu bau  yang wangi yang, biasa aku hidu semasa dikebun getah. Aku terkejut dan membuka mata.

 Waktu in  aku seolah-olah dibawa kekawasan kebun getah tempat aku menoreh siang tadi. Aku telah berada ditengah-tengah kawasan kebun getah. Aku melihat susunan pokok getah dihadapan ku. Aku lihat longgokan getah buku yang ku kumpul siang tadi. Aku benar benar sedang berdiri memandang kawasan kebun getah tempat aku bekerja sehingga lewat petang tadi.

Pandangan ku tertumpu apa gerakan/alunan  selendang/ lembaran kain yang  melayang-layang didepan . Mencari punca nya, mendongak kelangit, aku melihat lima atau mungkin tujuh helai lembaran kain sayup dari atas langit, terbuai turun mencicah bumi. Semua selendang itu dari satu punca/tempat  dan kamudian mengambang  seakan bentuk kipas tangan/ separuh bulatan. Selendang/kain tersebut berwarna kuning, cantik, sedikit menyinar seakan kain sutera dipancar sinar lampu. Beralun lembut  ditiup angin terapung diudara.

 Aku melihat saorang kelibat tubuh wanita yang  cantik menyusur dari punca kain kebumi. Pergerakkannya pelahan sahaja. Dia sedang menghampiri ku. Aku lihat dia memakai pakaian seakan Pakaian Puteri Cina  seperti pakaian dalam gambar-gambar  Puteri Han li Po (dalam sejarah Melaka).

Pakaian nya dari kain yang amat  lembut ,nipis dan berlapis-lapis. Bajunya kembang  seakan dress, labuh dan kembang  berjela-jela, bertali pingggang sederhana.Tangan baju besar berlapis-lapis.  Dikedua lengannya  terjurai  reben panjang,  lebar,  lembut, terbang beralun  ditiup angin. Amat cantik dan mengkagumkan. Terpesona melihat  kecantikan  ajaib didepan mata.

Warna pakaian hampir keseluruhannya  kuning keemasan, hiasan dan kemasan   tepi  kain berwarna hijau. Terpancar sinaran  indah dari busana  yang dipakai. Seakan pantulan  cahaya keatas cermin. Hiasan kepala  sarat dan besar. Aku tidak nampak jelas bagaimana rupa  bentuknya. 

Raut wajah  berseri-seri, cantik ,seakan wanita melayu  yang berusia lewat enam puluhan. Pandangan dan riak wajah seperti saorang Ratu/Permaisuri yang Serius memandang rakyat (seperti dalam filem bangsawan). Benar-benar gaya saorang Raja/ Ratu.

Dari puncak langit yang entah aras mana. Dalam keadaan tangan sebelah mendepa dan sebelah lagi memegang kipas tangan terbuka menutupi bahagian tepi  kanan pinggang. Ratu itu turun menyusur diatas  hamparan selendang/kain berwarna kuning menuju kearah ku. Berhenti benar-benar didepan ku.

Aku tidak pasti perasaan ku ketika itu. Aku tidak pasti sama ada aku aku takut atau tidak. Yang pasti aku rasa kagum. Kagum melihat  keajaiban didepan mata, terpesona melihat kecantikan dan keindahan pakaian saorang Ratu/permaisuri/puteri. Merasa ada sentuhan perasaan, seperti saorang rakyat bertemu Permaisuri/Ratu. Aku terpegun kaku disitu.

Hanya sebentar, dan kamudian aku terasa diterbangkan ketempat lain, Sekelip mata aku berada diatas katil ku sendiri. Permaisuri/Ratu/Puteri tadi sedang berdiri memerhatikan aku dari  hujung katil. Sebentar kamudian ianya hilang. Bau harum yang biasa aku terhidu oleh ku dikebun getah  semakin menipis dan hilang.

Apa kah aku bermimpi?. Rasanya tidak. Sukar untuk ku gambarkan apakah sebenarnya ia nyata atau sebaliknya. Dari logic akal, pekara seperti itu  hanya seperti  khayalan atau hanya berlaku dalam mimpi sahaja. 

Tapi aku rasa aku tidak bermimpi. Aku belum tidur lagi ketika itu. Aku dalam keadaan terjaga dan dalam keadaan separuh duduk  semasa aku melihat lembaga/makluk/jin(Tidak dapat ku gambarkan apa itu) tiba-tiba lenyap dari pandangan ku dan meninggalkan bau harum dibilik ku.

Misteri bertemu “Ratu  Kayangan“(agaknya )  turun kebumi  dengan menyusur diatas selendang/lembaran kain jadi kenangan dalam hidupku.


Bergendang dengan Jin (My life)


Hanya orang yang mengalami sahaja yang  akan percaya.  

Pekara ini berlaku masa aku kerja sebagai penoreh getah.Tempat aku menoreh getah ni dalam kawasan kampung sahaja. Kebung getah ni terletak ditepi jalan kampung. Disekitarnya terdapat banyak rumah. Rumah orang kampung.

Cuma satu bahagian dari sempadan tanah ni menghala hutan. Keadaan  kawasan sempadan ni agak menyeramkan juga. Dihujung sempadan, ada jurang dalam. seakan  kawasan laluan air, macam sungai kering. Batu-batu dibaluti lumut dan ditumbuhi pokok kecil. Suasana disitu agak suram/samar-samar  dan pandangan terhad. Gelap.  Dibawah teduhan pokok-pokok besar.

Pokok-pokok getah subur dan besar, dahan, ranting dan dedaun bertemu, membuatkan kawasan bawahnya  kebun getah tidak terkena matahari dan sentiasa dalam keadaan redup. Suasana  dibawah pepohon getah cepat  gelap. Pukul empat atau lima petang berada dalam kebun getah sudah terasa bagai malam.

Aku dan suami menoreh getah pada waktu pagi hingga tengahari.  Memungut getah buku pula biasa dilakukan pada waktu petang. Untuk menghilangkan rasa takut dan sebagai teknik menakutkan binatang buas, Aku akan mengetuk  batang-batang pokok, batang buluh dan membuat bising seperti memanggil suami ku.

Paling aku suka, mengetuk batang-batang buluh  tak kira, pokok yang sudah tumbang atau yang  hidup. Aku ketuk batang buluh  dengan ketukan secara berlagu.  Bunyi seperti berirama. Ketukan akan bebalas ketukan dari dalam kebun getah. Suami ku akan membalas ketukan ku. Aku tahulah suami berada dimana.

Terbiasa dengan kelaku begitu. Suatu hari aku kekebun dengan anak-anak ku untuk mengutip getah buku. Kami mengutip secara berkumpulan. Anak-anak tidak mahu berpisah kerana tidak biasa berada dalam kebun getah. Hari sudah petang, suasana dalam kebun getah suram  dan samar-samar kerana cahaya banyak menembusi kearah bawa pokok getah.

Aku mengetuk batang-batang buluh yang tumbang dan berirama dan kamudiannya ketukan ku berbalas. Lebih kurang bunyinya seperti ketukan ku. Aku ketuk lagi  ada lagi ketukan seakan ketukan ku sayup-sayup dari arah hutan. Lama kamudian aku ketuk lagi. Aku dengar lagi sayup-sayup dari arah hutan bunyi ketukan seakan bunyi ketukan .

Rasa anak-anak tidak perasan apa yang berlaku. Mereka cepat saja mengutip getah buku,kamudian  dimasukkan dalam beg yang disandang. Bulu roma  ku mula meremang. Mata  ku meliar  memandang sekeliling. Taku kalau ada yang akan mengapa-napakan kami sekeluarga.

Belum habis pun getah buku diambil dari semua pokok yang ditoreh. Aku ajak anak-anak ku pulang. Alasan ku biar suami ku pula melakukannya esok. Aku tidak mahu anak ku tahu apa yang mengganggu ku ketika itu.

Dalam perjalanan, terjumpa batang buluh tumbang. Aku ketuk-ketuk dengan  kuat. Ketukan ku juga berbalas dengan kuat. Anak-anak memandang kearah ku. Kehairanan. 

"Bunyi apa tu mama ?.”tanya nya pada aku.

 “Gema bunyi” kata ku spontan.

“Cuba… cuba”  minta anak ku. Anak ku mengambil parang  dari tangan ku dan mengetuk  batang buluh dengan kuat. Keluarlah bunyi kuat  dan dibalas juga dengan  bunyi yang sama dan  kuat.  

“Ya lah bergema lah!.” Kata anak ku yang mengetuk buluh tumbang tadi.

“Kalau dalam gua, boleh lah bunyi bergema, ini dikawasan terbuka, Biar betul ?.” salah saorang anak ku merasa curiga. Dia memandang sekeliling .

 “Cepat nya gelap tempat nya, baru pukul lima, dah gelap macam malam.” Katanya lagi.

“ Yeaaaaah” anak-anak ku bersorak gembira sebab diajak mandi kesungai.Dirumah aku berbual dengan suami. Aku tanyakan sama ada semasa menoreh disalah satu kebun getah yang dipajak. Tempat dimana aku suka buat bising dengan mengetuk batang-batang  buluh/kayu. Apa kah dia akan membalas jika aku mengetuk kayu/berbuat bising.

Jawapan nya “Iti (nama panggilan ku )yang suruh  Abah buat buat, Abah ketuklah tapi tak lah sampai  macam bunyi gendang perang. Abah ketuk sekali/dua je.”

Aku terdiam sebentar, mengingati kembali pekara-pekara yang aku lalui sewaktu dikebun getah itu. Apa kah aku yang salah dengar atau suami ku tidak bercakap benar. Aku percaya suami sentiasa bercakap benar. Suami ku saorang yang lurus dan jujur.

Misteri ketukkan  bergema tidak jadi misteri,

 Tidak lama selepas itu, Pokok-pokok getah dikawasan tu ditebang dan ditanam getah baru.


Bau minyak “Attar” dalam kebun getah (My life)


Aku dan suami keluar menoreh getah awal pagi. Aku dan suami menoreh getah mengikut barisan pokok-pokok getah. Masa ini aku sudah pandai dan cekap menoreh getah.  Tiada lagi torehan yang tersasar hingga kebatang getah. Kenipisan kulit getah yang terpotong juga nipis seperti sepatutnya. Aku rasa aku cergas dan biasanya aku lakukan pantas. Aku biasanya akan memikir dan  merancang teknik  agar kerja yang aku lakukan  pantas dan baik(sempurna).

Semasa menoreh adakalanya aku terpisah jauh dari suami.Suami berada disudut lain, aku pula berada disudut lain. Mula-mula dulu kecut perut juga  memikirkan diri terdedah dengan bahaya dihutan. Sesekali bulu tengkuk meremang teringatkan hantu/makluk harus tapi lama-kelamaan tidak lagi. Keadaan kebun getah ditengah hutan  langsung tidak  menakutkan aku  lagi. Biasa saja bagi ku.
Suatu pagi aku menoreh getah seperti biasa. Walau hari  panas, matahari  menyinar terang. Dari bawah pokok getah tak terasa  panasnya. Dahan,ranting dan dedaun pokok getah  yang bertemu diantara satu pokok kesatu pokok menjadikan kawasan  bawah kebun getah  redup dan dalam suasana nyaman.

Aku hati-hati menoreh getah,Mula-mula tarik  getah yang mengeras pada saluran potongan pisau getah semalam, masukkan dalam mangkuk susu getah jika  tiada bahan lain melekat padanya. Jika ada daun,ranting atau sampah melekat padanya, aku buangkan saja. Dengan pisau memotong getah. Aku toreh nipis kulit getah dan pastikan susu yang mengalir terus ke mangkuk nya. Selesai aku kepokok yang lain.

Dalam leka menoreh aku terhidu bau minyak “Attar” . Mula-mula baunya nipis sahaja, kamudian bau itu semakin hampir seolah  orang  yang memakai bau-bauan  itu berada didepan ku. Bau  kuat harum semerbak seperti bau minyak “Attar” orang balik dari Mekah  . Tapi ada kelainan. Rasa lebih wangi dari bau minyak atar yang pernah aku hidu. (Sewaktu berniaga aku juga menjual haruman (minyak wangi) “Attar”, Aku biasa  menghidu bau minyak-minyak “Attar”. Kelainnya  amat terasa ketara.

Bau harum lembut terlalu amat wangi, Seakan aku sedang berhadapan dengan orang yang baru balik dari Mekah. Sekali pun bau haruman itu amat menyenangkan. Tapi tidak kena pada tempat dan keadaan. Bau haruman “Minyak Attar” dalam kebun getah dan dikata tiada kelibat orang pun disana.
Menakutkan. Darah panas menyirap dari kaki hingga kepala. Terasa pergerakan panas dari hujung kaki hingga ku Ubun-ubun dalam gerak pantas. Bulu tengkuk meremang, seram. Gegaran   tubuh terasa hingga kehujung jari. Jari-jari ku kelihatan bergetar. Aku menggigil ketakutan. Aku terpaku ditepi pokok getah yang hendak aku toreh.

Mulut terkunci,tak terkeluar sepatahnya kata apa suara pun. Dari hujung mata aku mencari-cari kalau-kalau ada kelibat suami ku. Nyata tiada. Aku tambah takut. Aku juga mencari-cari dari mana punca bau semerbak itu. Tiada apa yang ku lihat selain pemandangan dalam kebun getah yang setiap hari aku kunjungi.

Terkedu kaku mengalami pekara yang tak terduga. Apa pun aku perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Setelah beberapa ketika aku terpaku. Seperti merasa bau itu tidak membawa bahaya. Aku terus menoreh  pohon getah didepan ku dan akan berjalan kepohon seterusnya. Bau itu seperti mengekori ku.

“Aku ingin mencari rezeki, jangan ganggu aku .“  rasanya itu lah yang aku sebutkan menyedari bau harum itu mengekori ku. Aku teruskan kerja-kerja menoreh dari satu pokok kepada pokok yang lain. Setelah tiga pokok aku menoreh rasa barulah bau itu hilang. Aku meneruskan kerja menoreh getah dikebun yang luasnya melebihi tiga ekar.

Lama menunggu ditempat motorsikal(kenderaan digunakan untuk pergi menoreh). Suami ku tidak juga muncul. Selalunya hampir sama saja waktu yang dihabiskan untuk menoreh bahagian masing-masing. Hari ini dia lambat pula. Lama baru suami muncul dari celah semak samun arah sempadan  kebun getah.  Katanya  di menerangkan/menebas  sempadan. Sebelum Azan zohor kami telah berada dirumah.

Selang beberapa  hari selepas itu aku mengalami pekara yang sama. Semasa aku sedang asyik menoreh getah Bau minyak “attar” itu datang lagi. Semerbak menusuk hidung, menghilangkan  bau getah buku yang aku pegang dan pada baju ku. Bau itu mengekori ku, semasa aku menoreh beberapa pokok getah . dan kamudiannya  hilang. Masa aku tak takut sangat  dan hanya buat-buat tak tahu dan terus saja menoreh.

Selepas tu, rasanya aku kurang sihat dan tidak pergi menoreh. Suami ku pun tidak keluar menoreh. Suatu petang suami kekebun getah itu sendiri mengumpul getah buku untuk dijual keesokan harinya.  Suami ku pulang kerumah ketika hari sudah senja.

Waktu itu aku sedang memasak didapur.  Suami ku pula sedang bersiap-siap untuk kesurau dibelakang rumah. Aku terhidu bau minyak “attar “ yang amat kuat sama  dengan bau  yang aku  hidu semasa dikebun getah. Aku tidak ambil pusing. Aku ingatkan suami ku yang guna minyak “Attar”.
Suami ku telah pergi kesurau, Tapi bau minyak “Attar” masih semerbak, kuat, wangi yang berlain dari minyak  Attar biasa memenuhi ruang rumah. Anak-anak  mula merasa hairan dengan kehadiran bau minyak “Attar” yang sangat kuat dan wanggi.

“Wanginya.. tak pernah pula Abah pakai minyak wanggi  bau ni. Minyak apa ni?”. Tegur salah saorang anak perempuan ku. Dia lalu masuk kebilik Suami mencari-cari botol minyak yang dipakai suami. Kamudian dia keluar dari bilik, “Mana ada minyak wanggi  baru ni kat bilik Abah” katanya.
Baru lah benar-benar sedar dan ingat. Ini adalah bau minyak “Attar” yang terhidu sewaktu aku berada dalam kebun getah. Bau  yang pernah aku hidu semasa menoreh getah telah mengikut suami ku sampai kerumah. Aku tidak ceritakan mengenainya pada anak-anak ku. Apa yang berlaku kepada ku tak terjangkau oleh fikiran.

Sebelum waktu Isyak bau itu hilang. Anak-anak tidak sabar menunggu suami ku pulang dari surau, untuk bertanyakan hal bau wanggi dan minyak yang dipakai suami senja itu. Sebaik pulang dirumah anak-anak terus bertanya suami. Jawapan suami “Abah tak sempat pakai minyak wanggi pun senja tu.” Masing-masing  kehairanan.

Keesokkan harinya,Adik ku yang tinggal disebelah rumah  datang bertanya “Minyak wanggi apa yang Suami ku pakai senja tu, sampai kerumah sebelah dapat terhidu harum  semerbak nya.”  Katanya “Abah ni (Suami ku), nak kesurau ke nak gi ngorat, wanggi sanggat.”

Aku hanya ceritakan tentang bau itu setiba-tiba muncul dalam rumah ku. Seperti ada mahluk ghaib (agaknya) datang melawat kepada  ku.  Suatu yang  memang menghairankan. 

“ Orang bunia lah tu, ada kawasan orang bunian disekitar kampung ni.” Katanya.

“Cuba kau jadi kaya tentu di boleh bagi.”Kata Ibu seakan bergurau.

“Ya ke Mak?” tanya ku.

Ibu hanya senyum.

“Kalau aku jumpa lagi, nanti aku nak minta jadi kaya.” Sambung ku seakan bergurau  dan diringi  tawa yang disengajakan. 

Kalau lah aku tahu... Kalau lah hajat boleh dipenuhi. Aku nak jadi kaya-raya... itu yang terfikir oleh ku ketika itu. Angan-angan pun hadir membayangkan diri  dapat semua yang dihendaki. tak perlu kerja keras  untuk sara kehidupan. seronoknya...

Aku tidak pernah bertembung lagi dengan haruman itu selepas itu. Tak lama selepas kejadian tu, aku telah berhenti dari kerja menoreh getah. Aku mendapat kerja lain.

Peritiwa  bauan wangi dikebun getah jadi himpunan misteri kehidupan ku.



Aku jadi Penoreh (My life)


Aku hilang pencarian dari perkerjaan lama.  Pekerjaan  ku yang selama ini yang jadikan aku hidup mewah telah hilang. Aku kena cari kerja lain demi memenuhi keperluan hidup. Aku kena dapatkan wang  secukupnya untuk keperluan  anak-anak. Ada anak yang bersekolah  mahu atau tak mahu, belanja anak kena disedia setiap hari. Misti.

Tinggal dikampung. Kalau ada kerja  pun, kerja kampung lah. Dalam keadaan sekarang, baru aku sedar sebenarnya. Aku orang kampung  yang tak tahu langsung kerja kampung. Seingat aku, aku tidak pernah  bercucuk tanam pun, aku tak pernah menebas pun, Aku tak pernah bantu  ibubapa dalam kerja-kerja bertani. Kalau ada pun, masa kebun ayah banyak pokok kopi. Aku tolong petik. Masa kebuh ayah banyak pokok lada hitam. Aku tolong kutip buahnya. Tolong ayah ibu  punggah dan kumpul tandan-tandan pisang untuk dijual. Musim durian hanya tolong pungut dan jual buahnya.

Aku perlu sumber keawangan dalam kadar segera. Perlu.  Suami ku pernah kerja menorah getah. Waktu  itu  kebetulan  banyak kebun-kebun getah terbiar dikawasan kampung. Tiada pun orang kampung yang buat kerja menorah waktu itu . Aku dan suami  mengambil keputusan  memajak  kebun getah orang kampung dan menjadikan menoreh getah sebagai punca pendapatan.

Bermulalah kehidupan aku sebagai  penoreh getah.  Mula-mula “ Buka Plan”  rasa nya  itu sebutan  ketika  kali pertama  menoreh batang getah.Pasang “sudu”(supaya susu getah mengalir kemangkuk). masa ni juga  memasang dawai  untuk  meletakkan  mangkuk  getah (Mangkuk plastic warna hitam, yang dibahagian bawahnya lebih kecil dari bahagian atas. Mangguk tersebut diletakkan di atas bulatan dawai). Dawai ni direka khas dan digunakan  untuk  meletak mangkuk, ada juga yang memanggil cawan getah.

Selama  ini aku  hanya  melihat sahaja, berbagai bentuk/ jenis parang  yang ayah aku  ada. Hanya sekarang  baru aku tahu  bentuk-bentuk parang itu rupanya direka untuk  kegunaan tertentu . Parang  yang agak pendek untuk menebang batang pokok, parang  panjang  untuk menebas   pokok-pokok   kecil. Waktu ini juga aku belajar cara-cara menebang pokok besar, mencantas  batang-batang buluh dan menebas semak samun.

Aku tidak pernah tahu sedikit pun tentang kerja-kerja menoreh sebelum ini. Aku tidak pernah melihat, apa lagi menoreh. Ada pun seingat aku. Aku pernah mengikut Ibu/bapa ku mengutip susu getah ketika itu umur aku angaran  empat atau lima tahun. Aku ingat suatu hari aku jatuh ketika bawa susu getah. Rambut ku  dipotong kerana getah telah mengeras dikepala ku. Aku suka duduk berenjuk didahan getah dekat pondok  tempat Ayah proses getah. Disitulah aku lihat bagaimana Ayah ku buat getah keping.

Aku dan suamiku pergi  kekebun getah seawal tujuh pagi dan pulang setelah habis menoreh pohon-pohon getah dikebun yang dipajak. Merasa  kerja-kerja menoreh  getah bukan kerja sukar, Aku tambah keluasan tempat menoreh dengan memajak lebih banyak tempat lagi. Aku dan suami telah memajak berbelas-belas ekar tanah kebun getah.

Menjadi rutin harian, pergi kekebun seawal tujuh pagi, pulang sebelum waktu Zohor, jika belum habis pokok getah ditoreh, akan akan disambung sebelah petang. Kalau  dilihat seperti hari mahu  hujan selepas waktu menoreh,  akan diusahakan meletakkan sedikit cuka supaya susu getah cepat beku.

Punca keluarga ku berhijrah kekampung  ini. Kerana getah. Semasa tinggal diutara semenanjung, dikawasan  tanaman padi. Sementara menunggu  padi masak, petani biasanya akan mencari kerja sambilan ditempat lain. Ayah dikhabarkan di kampung ini banyak pokok getah yang boleh dipajak. Ayah terus saja kesini. Ayah sangat bernasib baik  kerana Ketua kampung  masa tu bermurah hati dan membenarkan ayah  memajakkan tanah kebun getahnya. Sejak itu keluarga ku berpindah dan tinggal disini.

Dulu seingat aku. Hari gelap lagi, ayah dah pergi menoreh getah. Sebelum tengahari telah siap semuanya. Dulu, lepas toreh getah, susu getah yang terkumpul dalam mangkuk getah dimasukkan dalam timba/bekas dan dibawa ketempat proses getah.  Susu getah akan ditapis semasa dimasukkan kedalam takung getah. Buih dipermukaan takung dikeluarkan.  Cuka  dicampur dengan  susu getah supaya beku. Satu takung/bekas susu getah dijadikan satu keping. 

Waktu  itu  ayah gunakan satu takung kayu yang besar(Dibuat khas sebagai tempat takungan untuk proses pembekuan getah)  untuk  isi susu getah. Ayah tuang susu getah hingga hampir penuh sambil tapis supaya tiada daun, ranting atau benda asing  dalam susu getah. Campur dengan cuka. Kepingan papan  digunakan ,sebagai pembahagi. Susu getah dalam takungan papan besar itu dijadikan dua puluh bahagian. Setiap bahagian dijadi sekeping getah.

Hasil dari kerja menoreh getah Ayah  menyara keluarga dan dan kamudiannya membeli  sebidang tanah  yang ada rumah yang boleh terus didiami. Kami sekeluarga berpindah dari rumah sewa ke rumah dan tanah ayah baru beli. Ayah berhenti menoreh getah dikebun Ketua Kampung. Dari hasil jualan getah juga  Ayah buka  kedai runcit dan membeli sabuah motorsikal.

Banyak pekara yang aku tempuhi , banyak pekara yang aku pelajari sewaktu memegang jawatan sebagai penoreh getah ni. Biar tempuh tidak selama mana pun, rasanya tak sampai  pun setahun.  Banyak peristiwa yang aku alami. Banyak pekara menjadi ingatan sampai bila-bila.

Masa itu baru pernah lihat  pacat yang besar  dan kenyang,sekenyang-kenyangnya  melekat di kaki. Melihat biawak merangkak  dalam kebun. Melihat himpunan babi mencari cacing. Melihat kumpulan beruk  bising diatas pokok. Bermacam macam jeris serangga. Himpunan ulat gonggok yang banyak dan berbagai.

Sepanjang aku pulang kekampung, waktu ini adalah waktu yang paling sukar bagi aku. Aku tidak dapat sempurnakan keperluan hidup yang aku rasa sepatutnya. Apa yang aku  alami memberi tekanan  berat keatas diri aku. Aku hilang keyakinan diri ,aku hilang kepercayaan pada diri sendiri, aku menyesali apa yang berlaku. Aku rasa amat rendah diri yang amat sangat. Aku rasa bersalah yang amat sangat. Aku sangat sedih melihat dan mengenang keadaan yang terpaksa ditempuhi oleh anak-anak ku.

Semenjak aku tinggal disini, waktu dalam kepayahan ini lah aku mula kenal makanan kampung. Aku mula kenal dan makan  pucuk cemperai, pucuk paku merah, kemahang(Sulur keladi) mula tahu mencari pucuk paku, daun selum, rebung dan berbagai tumbuhan yang tumbuh meliar dikawasan pinggir hutan. Mencari ikan sungai untuk dijadikan lauk. Mula pandai mencari siput sedut. Mula belajar makan dan masak siput gondang (Tak pasti namanya, siput besar itu hidup dalam kolam).

Telah diduga dengan kekecewaan hilang perniagaan, menjadi penoreh getah, menjalani hidup dengan bebanan /tekanan  perasaan, tidak dapat saimbangkan pendapatan dan keperluan. Menjadi bahan hinaan dan sendaan. Dipersalahkan atas apa yang berlaku. Bertambah lagi musibah. Seperti jatuh ditimpa tangga, nasib tidak baik datang bertimpa-timpa.

 Suami  mendapat demam malaria. Ditahan di hospital  dalam tempuh yang  lama dan berulang-ulang. Suami tidak tahan dengan gigitanya nyamuk. Sedangkan ditempat menoreh terlalu banyak  nyamuk. Biarpun ubat nyamuk sentiasa dipasang dan diikatkan dipinggang. Nyamuk masih datang menggigit.

 Setelah keluar dari hospital  suami tidak boleh buat kerja-kerja berat. Sementara menunggu suami sembuh sepenuhnya. Tempat  aku menoreh getah telah diberikan pada orang lain oleh tuannya. Berhentilah aku dari jadi saorang penoreh getah.  Pekerjaan yang banyak memberi pengajar dalam hidup 

Ahad, 30 November 2014

Hantu terbang kekatil (My life)


Ini bukan cerita yang aku reka-reka. Kalau ada orang  kata Hantu tidak Wujud, aku pun mahu setuju. Tapi bila menginagatkan peristiwa yang pernah aku alami, Aku jadi was-was dan bila  ada orang yang  lain berkata pernah melihat hantu. Aku menjawap Ya, aku pun pernah lihat hantu.

Aku rasa aku saorang yang kuat bekerja(Bagi mencari rezeki) Dari awal subuh aku sudah bangun menyiapkan juadah untuk jualan bagi sarapan pagi. Lewat malam baru aku menutup permis perniagaan selepas siap berkemas baru aku masuk kebilik tidur.

Suatu seperti biasa, aku menutup permis perniagaan lewat malam, mengemas bahagian kedai dan kamudian mengemas dalam rumah.Suami dan anak-anak telah lama tidur.Bilik anak-anak bersebelahan bilik ku.Waktu itu rumah ku ada tiga bilik. Dua bilik besar  digunakan untuk bilik tidur. Satu bilik kecil dekat Permis perniagaan untuk berehat ketika siang hari.

Malam itu, sewaktu aku berbaring, Aku melihat sesuatu benda hitam melayang-layang diruang bilik tidur aku. Belum sempat aku amati apakah benda itu. Benda  itu telah hinggap dikatil benar- benar dihujung kaki ku.  Berbentuk kepala manusia  dengan rambut panjang lebat hitam memenuhi ruang pandangan. Aku  dapat lihat bentuk raut  wajahnya yang seperti saorang perempuan, Tidak menampakkan wajah tua, persis seperti wajah manusia,tapi  amat  menakutkan, Mulutnya  merah  melebar sedang mentertawakan aku, macam sedang ketawa  mengejek ku rasanya.Aku dengar jelas bunyi tawanya.

Kepala itu seolah merangkak kearahku berjalan diatas selimut ku.Aku terlalu takut, ini lah kali pertama aku berhadapan dengan pekara seperti ini. Terpaku gamam memandang  kepala  manusia dengan wajah yang mengerikan. Dengan rekahan mulutnya yang melebar, tertawa sinis didepan ku.Benar-benar didepan ku.Dihadapan wajah ku.Berlaku didepan mata ku.


Suara pun tak mampu terkeluar dari kerongkong oleh ketakutan melampau.Aku terlalu amat takut ketikaitu.Aku terpaku tidak mampu berbuat apa. Hilang  fikiran untuk lakukan apa-apa. aku tidak tahu lagi apa yang terjadi pada ku selepas itu. Mungkin aku telah pengsan ketakutan.Aku hanya tersedar keesokan harinya.

Mimpi?.AKu tahu pasti aku tidak bermimpi.Apa yang aku alami malam itu, suatu yang nyata. Satu mahluk/hantu/jin telah masuk kebilik ku dan menampakkan diri didepanku.Pengalaman  ku berhadapan dengan Hantu.

Lama  kamudian baru aku ceritakan pada anak-anak ku. Pekara yang sama juga di alami oleh anak-anak ku dimalam itu. Dua orang anak ku yang kebetulan terjaga malam itu, melihat sendiri , Kepala  berambut panjang berjurai panjang  gentayangan dalam bilik mereka. Benda itu datang  menghampiri mereka  berdua.  Mereka dapat  melihat  rupa wajah yang mengerikan sebagaimana  yang aku lihat. Mereka  hanya menyorok dibawah selimut  kerana takut.

Dilawati  hantu  berupa Kepala  terbang berambut panjang berjurai, bergentayangan dibilik rumah menjadi pekara ngeri  untuk diingati dan misteri yang tidak terungkai.


Sepihan Batu Nesan Dalam Badan (My life)

Sepihan batu Nesan dibadan (My life)
Aku diberitahu  oleh sepupu ku. Ada saorang pengamal Perubatan yang  handal di suatu tempat. Aku disarankan untuk pergi mencuba.Tanpa  banyak persoalan aku pergi ditemani suami,adik-adik dan ipar. Mula-mula kerumah sepupuku dan kamudian barulah  kami dan keluarga sepupu saya pergi kerumah Pengamal perubatan itu.
Kami sampai dirumah Pengamal Perubatan tersebut pada tengahari.Sepupu ku yang mengenali orang tersebut mengenalkan kami dan menerangkan tujuan kami kerumahnya. Kami diberitahu dia hanya akan menjalankan  carapengubatan selepas waktu zohor. Kami terpaksa menunggu lewat satu jam.
Kami menghabiskan masa lebih satu jam dengan berbual-bual dihalaman rumah Pengamal Perubatan tersebut. Pemandangan sekitar rumah nya menarik perhatian. Pokok buah-buahan  tumbuh membesar bertemu daun/pucuk. Tanaman subur sesaujana mata memandang.Halaman berhias dedaun pepokok yang gugur. Disudut halaman  dibuatkan bangku, sesuai untuk berehat. Masa lebih satu jam terasa singkat. Maklumlah telah lama tidak berjumpa sepupu, banyak cerita yang nak disampaikan.
Rasanya selepas waktu zohor baru kami panggil masuk kerumah.Dalam rumah kami dipersilakan duduk dan dihidangkan minuman.Setelah sama-sama memperkenalkan diri dan bercerita sedikit-sebanyak.Kami menceritakan tujuan kami yang datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan hikmatnya, membuang sakit misteri yang diidapi.
Aku diminta datang hampir dengan dia. Aku duduk dihadapan nya dan dikeliling adik-beradik,Ipar dan keluarga sepupu. Aku lihat dia mengeluarkan pisau lipat sepanjang angaran  tiga atau empat inci panjangnya dan hujungnya tersangat runcing/ tajam.
“Dimana awak rasa sakit?”Aku menunjukkan bahagian badan ku yang terasa sakit.Bahagian kepala dikawasan tengah dahi.Sebaik aku tunjukkan bahagian yang sakit.Ku lihat dia membaca sesuatu dan menghembus arah dari ku. Dia mengarahkan mata pisau yang tajam tiu kearah yang ku tunjukkan. Dia toreh kulit ku. Aku yang  melihat menjerit takut, ngeri dan seolah dia yang merasa sakiti.
Sedang aku tidak merasa apa-apa.Bekas yang ditoreh dengan pisau tutup kuat dengan jari dan kamudian di menggunakan  paip air anggaran  sejengkal panjangnya diletakkan diatas tempat yang ditorek dengan pisau.
Pengamal Perubatan tersebut menyedut sesuatu.Serpihan batu kecil ditunjukkan pada ku.Katanya itu serpihan dari Batu Nesan.Aku beritahu tujuh tempat dibadan ku yang aku sering rasa sakit. Dia melakukan pekara yang sama. Melukakan kulit,menahan darah dari keluar, menyedut keluar sesuatu dari dalam badan (dikatakan serpihan batu nesan) dan menyembuhkan luka. Tujuh sepihan batu nesan  yang kecil dan tajam diambil dari tubuh ku.
Pengamal perubat ini tidak banyak bercakap dengan kami.Cara rawatannya ringkas dan cepat.Tiada syarat dikenakan.Tiada ketetapan bayaran diminta.Tiada pantang larang.Setelah mengucapkan terima kasih dan bersalaman, kami bergerak pulang.
Aku masih lemah, tapi rasanya agak lega kerana bahagian yang selalu ku rasa sakit   seperti tiada, agak ringan.Dalam perjalanan pulang aku banyak menghabiskan masa dengan tidur sahaja.Aku mahu berehat.
Aku ingatkan setelah mendapat  rawatan aku akan sihat, setapi sebaliknya aku menjadi terlalu lemah dan tak berdaya, rasanya tiga empat hari aku terlantar dibilik tidur. Bahagian dada arah jantung  terasa panas seakan terbakar.
Aku dibawa kehospital  oleh suami. Aku dimasukkan kewad kecemasan.Diperiksa oleh doctor, dimasukkan air kedalam badan. Aku perasan waktu tu saorang demi saorang  Doktor/ jururawat  cuba merasa denyutan nadi ku tangan, seperti ada sesuatu yang tidak kena.  Aku disambungkan kepada  mesin  pemeriksaan jantung. Keputusan yang dilihat dari kertas yang keluar dari mesin mengelirukan merekan.
Sekali lagi aku disambungkan kemesin pemeriksaan jantung.Kali ini lebih lama.Kertas berjela-jela keluar dari mesin menjadi perhati semua yang ada disitu. Ku lihat beberapa  orang Doctor dan jururawat datang berkumpul  memerhati kertas yang keluar dari mesin tersebut sambal membincangkan sesuatu.
Lebih tiga minggu aku terlantar dihospital.Sebagaimana  yang aku diberitahu aku  sakit kerana  “Jantung Rosak”. Menjalani rawatan dihospital,menjalani pemeriksaan moden, aku beransur sihat dan dibenarkan pulang. Tapi dinasihatkan tidak melakukan kerja berat.Sebotol ubat “Sakit Jantung” dibekalkan pada aku.Dinasihatkan sentiasa membawanya kemana pergi. Jika terasa sakit dibahagian  jantung, Ubat itu perlu diambil dan letakkan dibawah lidah.
Aku diberitahu, Jantung ku rosak, dalam tempuh tertentu Jantung ku akan berhenti berdenyut sebentar. Ini yang menghairan. Berhenti berdenyut  seperti tanda orang mati.
Sepulang dari hospital aku masih lemah, masih banyak menghabiskan masa dengan tidur dan berehat dikatil. Teringat akan kata-kata Pengamal Perubatan “Jika apa yang dituju masuk keJantung orang itu akan mati.” Aku teringat kali terakhir aku mendapat rawatan mistik/mesteri Pengamal Perubatan itu. Bahagian luar jantung ditoreh dan dikeluarkan sepihan batu tajam .
Satu pekara anih yang ku alami waktu itu. Rasanya sebutir  benda (mungkin juga sepihan batu, ianya lebih besar dari pasir) Aku boleh rasa dan pegangnya berada dalam salur darah bahagian lengan kanan ku. Lama baru hilang.
Untuk sekian lama aku dalam gelisah oleh sakit jantung.Aku berhati-hati dalam melakukan kerja harian.Aku sentiasa berbekalkan ubat “Sakit Jantung”.Secepat mungkin mendapatkan rawatan seandai sakit.Aku  penat  merasa  seolah-olah maut bila-bila masa saja  akan menjemputku.  Hati sering merasa teramat hiba, sayu ,sedih, pilu seolah-olah  aku  akan meninggalkan anak-anak ku dan mereka akan jadi anak Yatim. Sudahlah ayah mereka  tidak diketahui dimana duduknya dan tidak pernah menghulurkan belanja, selepas itu Ibu pula tiada. Benar-benar menyedihkan aku.
Dan akhirnya  dalam  satu bulan itu aku dinasihatkan untuk  mendapat rawatan dihospital. Minggu pertama hasil pemeriksaan, jantung ku masih rosak,minggu kedua juga masih  begitu dan beberapa hari selepas itu, aku kehospital lagi untuk mendapat rawatan (Sakit yang tiada kaitan dengan jantung). Doktor mengesahkan  dengupan Jantung ku kembali Normal.Menghairankan.Keajaiban yang aku alami dalam perjalanan hidup.
Pengalaman hidup dengan Pengamal Perubatan yang menyedut keluar Penyakit  dalam badan  yang keluar terlihat  seperti sepihan batu nesan. Sepihan batu  boleh dirasa berada dalam salur darah bahagian lengan. Dengupan jantung yang berhenti-henti kembali  dan kerosakan  Jantung  yang baik  tiba-tiba.

Keajaiban yang tak tergapai fikiran ku.

Jarum terbang


Aku pergi lagi mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan yang aku pergi dahulu.Ini kali yang ketiga aku mengulang rawatan ku. Seperti sebelumnya kamu merancang  perjalanan  agar  sampai disana  anggaran jam Sembilan.
Seperti sebelumnya  cara rawatan yang ku terima sama saja.Pengamal perubatan itu  menggunakan  limau nipis. Limau nipis  yang kami bawa kamudian dimasukkan kedalam mangkuk. Dia  membacakan sesuatu  dan menghembus-henbus kedalam mangkuk berisi Limau itu. Dia  menggenggam limau nipis dan kamudian meletakkan  limau diarah ubun-ubun ku dan menggolek-golek limau itu dengan  cara menurun dan diulang. Rasannya  semasa melakukan itu, dia membaca sesuatu meniup-niup kearah kepala ku.
Aku disuruh berbaring. Dan kamudian  dia  meminta suamiku menggerakkan buah limau dengan mengoles-goleskan keseluruh badan ku secara menurun dari kepala, kamudian kebahu, tangan, badan hinggalah  kehujung  kekaki. Suami ku melakukan sebagaimana  yang diberitahu. Setelah selesai limau diletakkan didalam mangkuk lain. Cara pengubatan itu diulangi beberapa kali dan dengan menggunakan beberapa biji limau.
Setelah selesai .Pengamal perubatan itu ambil mangkuk yang berisi limau nipis yang telah dioleskan ketubuhku. Dia keluarkan pisau lipat  kecil. “ Saya mahu potong limau ni, kamu semua  lihat apa yang ada didalamnya.”  Minta  Pengamal perubatan Tradisonal tersebut.  Dan  kamudiannya  dia menghiris nipis limau tersebut didepan mata kami. Ada jarum dalam buah limau yang  kami bawa.
“Yang menghantar ni dari tempat yang sama.”Beritahu Pengamal Perubatan tersebut. “Dia tahu barang dia telah dibuang,tu dia buat lagi” kata nya. “Saya ambil barang tu .“Pengamal Perubatan  itu melakar sesuatu diatas kain putih. Ia minta ditutupi tangannya dengan selembar kain. Dia juga minta disediakan bantal sebagai sebagai penahan kepala.
Proses mengambil  Barang yang tertanam dirumah tidak lama. Sebentar kamudian  ada, Selepas Pengamal Perubatan itu seolah-olah menyentap sesuatu(Mungkin boleh dikatakan seperti mengambil sesuatu secara paksa ) menyebabkan terdorong kebelakang. Magik sebiji botol kecil (bentuk botol yang tidak asing bagi ku, kerana botol itu adalah botol minuman bertonik, penambah tenaga  yang aku jual dikedai ku).
“Ni orang tu baru buat lagi.”Pengamal Perubatan itu beritahu ku.“Dia buat balik, apa yang dia buat.” tambah nya.“Macamana? Awak nak biarkan atau nak pulang balik ?” “Kalau  tak pulang  mungkin dia buat lagi.”Lebih kurang begitulah rasanya pekara yang diberitahu kepada ku.
Aku tidak tahu langsung tentang pekara-pekara mistik/misteri ni. Sebelumnya aku tidak pernah mahu ambil tahu.Tidak mampu memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Aku tidak dapat membayangkan apa keburukan atau kebaikan yang akan berlaku  disetiap pilihan yang akan aku buat.Tidak terlintas akan menemui atau mengalami pekara sebegini.
“ Kita pulang apa yang dia tuju kekita lah, Kalau  barang ni  boleh buat kita sakit,dia sakit lah, Kalau barang ni boleh buat/diniatkan untuk mati. Mati lah dia.” Sebegitu lah kata-kata Pengamal Perubatan itu  pada ku.
“Betul ke ?”Bisik hati ku.Betulkah boleh jadi begitu.Ini kali ketiga aku menjalani rawatan sebegini. Sama seperti waktu  kali  pertama dan kedua dulu masih terdapat jarum dalam limau nipis yang dihiris. Aku dikatakan  terusmejadikan sasaran tuju ilmu hitam.  Niat orang yang menghantar Ilmu hitam sebelum itu tidak  kesampaian maka dia mengulangi  sekali lagi.                                      
Keputusan yang aku buat mengikut kata hati.Masa tu,akuterlalu jahil dan tak fikir banyak. Tidak mengerti dan tidak terbayang apa-apa pekara buruk jika aku memutuskan untuk “Memulang”.Aku  yang minta “Dipulang” kepada tuan. Kata hati “Biar dia pula merasa apa yang aku rasa, biar dia tahu  apa dia buat menyakitkan.”
Proses misteri memulang barang dibuat juga didepan mata kami. Barang dari dalam botol yang diambil secara mistik/misteri dari rumah ku dikeluarkan isi-isinya. Bermacam barang didalam botol tersebut,diisi dengan amat padat sekali. Semua barang diiletakkan diatas hamparan kain putih.Kapas, lembaran tepi kain, jarum da nada lagi barang yang tidak diketahui bendanya.
Aku tidak pasti dan rasanya  mungkin aku sebenarnya tidakmahu  perduli atau ambil tahu apa yang dibacakan oleh Pengamal Perubatan itu keatas barang dihamparan kain. Sebelum proses “Memulang barang” Pengamal perubatan itu  Kata “Jarum ini akan terbang mencari tuannya.”sebelum itu juga  dia minta dibukaknan tingkap dibelakangnya.  Itu yang aku tunggu dan ingin lihat.Aku ingin lihat jarum terbang.
Semasa Pengamal itu asyik membacakan sesuatu , Terkilas pandang oleh ku, benda putih  terbang laju keluar tingkap dan hilang dalam kegelapan malam. Aku lihat arah tempat longgok jarum tadi.Tiada.Jarum yang tadinya dilonggokkan diatas kain tiada lagi.
Selesailah  semua. Sebelum pulang Kami berbual-bual. Kami dibertahu ada harta karun berupa permata tertanam dihadapan rumah ku. Dia boleh membantu aku untuk mendapatkannya dan harga upahdiminta  bagi mengambil setiap satu batu permata. Jika aku mahu. Pengamal perubatan itu rupanya juga boleh mengambil harta karun.
Keanihan yang tak terjangkau fikiran ku.Setelah diberitahu peta rumah ku. Dia tahubagaimanakeadaan dan rupa rumah ku  dan apa yang ada disekitar rumah. Pokok Jambu,Pokok durian, kedai ku,tanah pasir depan rumah  dan longkang sebelah kiri rumah.
Pengamal perubatan tersebut  membuka satu bungkusan dan menunjukkan berbagai jenis batu permata. Katanya, itu sebahagian batu permata yang diambil dari rumah pesakit  diberi kepadanya sebagai saguhati. Katanya ada dikalangan pesakitnya mendapat jumlah wang yang banyak  setelah menjual batu permata yang dia tolong ambilkan.
Aku melepaskan peluang  bagi mendapatkan harta  karun berbentuk permata  yang  katanya tertanam dihadapan rumah ku.Aku pulang dengan harapan sakit yang aku alami akan sembuh. Aku boleh bergerak cergas  mencari rezeki seperti sebelumnya.

Apa yang dijangkakan/diramal oleh Pengamal Perubatan itu benar-benar  berlaku. Tapi, aku rasa  macam perkara  yang terjadi  itu tak mungkin disebabkan keputusan ku . Ia nya hanya kebetulan. Allah yang merencanakan.Selepas hari itu aku tidak pernah lagi mengunjungi Pengamal perubatan tersebut.Apa yang ku tahu menjadi rahsia peribadi ku.