Ini peristiwa yang aku lalui
ketika aku bekerja menoreh getah.
Semasa menoreh getah dengan suami. Kami bahagian lorong getah secara berselang
seli. Jika aku menoreh getah di lorong pertama, suami aku akan menoreh di lorong dua, seterusnya
aku dilorong tiga . suamiku lorong empat.
Oleh sebab berada dilaluan sendiri. Aku
dan suami ku ada masanya terpisah jauh. Di suatu kawasan kebun getah.
Ada satu kawasan dalam kebun getah tempat aku memotong,
membuatkan aku merasa agak hairan ketika melaluinya . Jika melintasi kawasan ini aku akan terbau bauan yang wangi.
Sesekali aku terhidu bau yang sama ditempat lain dalam kawasan aku menoreh getah. Mulanya aku tidak perduli.
Fikirku mungkin ada ada pokok bunga
dikawasan situ. Tapi aku tidak nampak
ada sebarang pokok lain disitu selain pokok getah.
Tujuan ku berada dikawasan itu hanya untuk mencari rezeki.
Aku buang perasaan takut, sekali pun berada ditempat sebegitu berbahaya.
Terdedah kepada serangan binatang. Aku matikan tanggapan negetif. Aku iklaskan hati
menerima dugaan atau apapun yang
akan berlaku. Aku tumpu pada tujuan
sebenar ku, bekerja keras demi kehidupanan
anak-anak ku.
Suatu hari, hari itu seperti biasa aku menoreh dan sebelah
petang pula Aku dan suami mengumpul
getah buku untuk dijual keesokan harinya. Ketika itu hari lewat petang, kami
belum habis kerja lagi. Suasana dalam kebun getah telah samar-samar,Setelah
hampir gelap, baru Aku dan suami meninggalkan kebun getah yang terletak jauh
dari kawasan rumah orang kampung.
Sampai dirumah aku membersihkan diri dan sediakan makanan
untuk keluarga .Aku merasa terlalu penat dan badan ku terasa berat dan
mengantuk. Aku masuk kebilik dan berbaring dikatil. Sebaik aku mahu menutupkan
mata, aku terhidu bau yang wangi yang,
biasa aku hidu semasa dikebun getah. Aku terkejut dan membuka mata.
Waktu in aku seolah-olah dibawa kekawasan kebun getah
tempat aku menoreh siang tadi. Aku telah berada ditengah-tengah kawasan kebun getah.
Aku melihat susunan pokok getah dihadapan ku. Aku lihat longgokan getah buku
yang ku kumpul siang tadi. Aku benar benar sedang berdiri memandang kawasan
kebun getah tempat aku bekerja sehingga lewat petang tadi.
Pandangan ku tertumpu apa gerakan/alunan selendang/ lembaran kain yang melayang-layang didepan . Mencari punca nya,
mendongak kelangit, aku melihat lima atau mungkin tujuh helai lembaran kain
sayup dari atas langit, terbuai turun mencicah bumi. Semua selendang itu dari
satu punca/tempat dan kamudian
mengambang seakan bentuk kipas tangan/
separuh bulatan. Selendang/kain tersebut berwarna kuning, cantik, sedikit
menyinar seakan kain sutera dipancar sinar lampu. Beralun lembut ditiup angin terapung diudara.
Aku melihat saorang kelibat
tubuh wanita yang cantik menyusur dari
punca kain kebumi. Pergerakkannya pelahan sahaja. Dia sedang menghampiri ku.
Aku lihat dia memakai pakaian seakan Pakaian
Puteri Cina seperti pakaian dalam
gambar-gambar Puteri Han li Po (dalam
sejarah Melaka).
Pakaian nya dari kain yang amat lembut ,nipis dan berlapis-lapis. Bajunya
kembang seakan dress, labuh dan
kembang berjela-jela, bertali pingggang
sederhana.Tangan baju besar berlapis-lapis. Dikedua lengannya terjurai
reben panjang, lebar, lembut, terbang beralun ditiup angin. Amat cantik dan mengkagumkan.
Terpesona melihat kecantikan ajaib didepan mata.
Warna pakaian hampir keseluruhannya kuning keemasan, hiasan dan kemasan tepi kain berwarna hijau. Terpancar sinaran indah dari busana yang dipakai. Seakan pantulan cahaya keatas cermin. Hiasan kepala sarat dan besar. Aku tidak nampak jelas
bagaimana rupa bentuknya.
Raut wajah berseri-seri, cantik ,seakan wanita melayu yang berusia
lewat enam puluhan. Pandangan dan riak wajah seperti saorang Ratu/Permaisuri
yang Serius memandang rakyat (seperti dalam filem bangsawan). Benar-benar gaya saorang Raja/ Ratu.
Dari puncak langit yang entah aras mana. Dalam keadaan
tangan sebelah mendepa dan sebelah lagi memegang kipas tangan terbuka menutupi
bahagian tepi kanan pinggang. Ratu itu
turun menyusur diatas hamparan
selendang/kain berwarna kuning menuju kearah ku. Berhenti benar-benar didepan
ku.
Aku tidak pasti perasaan ku ketika itu. Aku tidak pasti sama
ada aku aku takut atau tidak. Yang pasti aku rasa kagum. Kagum melihat keajaiban didepan mata, terpesona melihat
kecantikan dan keindahan pakaian saorang Ratu/permaisuri/puteri. Merasa ada
sentuhan perasaan, seperti saorang rakyat bertemu Permaisuri/Ratu. Aku terpegun
kaku disitu.
Hanya sebentar, dan kamudian aku terasa diterbangkan
ketempat lain, Sekelip mata aku berada diatas katil ku sendiri.
Permaisuri/Ratu/Puteri tadi sedang berdiri memerhatikan aku dari hujung katil. Sebentar kamudian ianya hilang.
Bau harum yang biasa aku terhidu oleh ku dikebun getah semakin menipis dan hilang.
Apa kah aku bermimpi?. Rasanya tidak. Sukar untuk ku
gambarkan apakah sebenarnya ia nyata atau sebaliknya. Dari logic akal, pekara seperti
itu hanya seperti khayalan atau hanya berlaku dalam mimpi
sahaja.
Tapi aku rasa aku tidak bermimpi. Aku belum tidur lagi ketika itu. Aku
dalam keadaan terjaga dan dalam keadaan separuh duduk semasa aku melihat lembaga/makluk/jin(Tidak
dapat ku gambarkan apa itu) tiba-tiba lenyap dari pandangan ku dan meninggalkan
bau harum dibilik ku.
Misteri bertemu “Ratu
Kayangan“(agaknya ) turun
kebumi dengan menyusur diatas
selendang/lembaran kain jadi kenangan dalam hidupku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan