Jumaat, 5 Disember 2014

Bau minyak “Attar” dalam kebun getah (My life)


Aku dan suami keluar menoreh getah awal pagi. Aku dan suami menoreh getah mengikut barisan pokok-pokok getah. Masa ini aku sudah pandai dan cekap menoreh getah.  Tiada lagi torehan yang tersasar hingga kebatang getah. Kenipisan kulit getah yang terpotong juga nipis seperti sepatutnya. Aku rasa aku cergas dan biasanya aku lakukan pantas. Aku biasanya akan memikir dan  merancang teknik  agar kerja yang aku lakukan  pantas dan baik(sempurna).

Semasa menoreh adakalanya aku terpisah jauh dari suami.Suami berada disudut lain, aku pula berada disudut lain. Mula-mula dulu kecut perut juga  memikirkan diri terdedah dengan bahaya dihutan. Sesekali bulu tengkuk meremang teringatkan hantu/makluk harus tapi lama-kelamaan tidak lagi. Keadaan kebun getah ditengah hutan  langsung tidak  menakutkan aku  lagi. Biasa saja bagi ku.
Suatu pagi aku menoreh getah seperti biasa. Walau hari  panas, matahari  menyinar terang. Dari bawah pokok getah tak terasa  panasnya. Dahan,ranting dan dedaun pokok getah  yang bertemu diantara satu pokok kesatu pokok menjadikan kawasan  bawah kebun getah  redup dan dalam suasana nyaman.

Aku hati-hati menoreh getah,Mula-mula tarik  getah yang mengeras pada saluran potongan pisau getah semalam, masukkan dalam mangkuk susu getah jika  tiada bahan lain melekat padanya. Jika ada daun,ranting atau sampah melekat padanya, aku buangkan saja. Dengan pisau memotong getah. Aku toreh nipis kulit getah dan pastikan susu yang mengalir terus ke mangkuk nya. Selesai aku kepokok yang lain.

Dalam leka menoreh aku terhidu bau minyak “Attar” . Mula-mula baunya nipis sahaja, kamudian bau itu semakin hampir seolah  orang  yang memakai bau-bauan  itu berada didepan ku. Bau  kuat harum semerbak seperti bau minyak “Attar” orang balik dari Mekah  . Tapi ada kelainan. Rasa lebih wangi dari bau minyak atar yang pernah aku hidu. (Sewaktu berniaga aku juga menjual haruman (minyak wangi) “Attar”, Aku biasa  menghidu bau minyak-minyak “Attar”. Kelainnya  amat terasa ketara.

Bau harum lembut terlalu amat wangi, Seakan aku sedang berhadapan dengan orang yang baru balik dari Mekah. Sekali pun bau haruman itu amat menyenangkan. Tapi tidak kena pada tempat dan keadaan. Bau haruman “Minyak Attar” dalam kebun getah dan dikata tiada kelibat orang pun disana.
Menakutkan. Darah panas menyirap dari kaki hingga kepala. Terasa pergerakan panas dari hujung kaki hingga ku Ubun-ubun dalam gerak pantas. Bulu tengkuk meremang, seram. Gegaran   tubuh terasa hingga kehujung jari. Jari-jari ku kelihatan bergetar. Aku menggigil ketakutan. Aku terpaku ditepi pokok getah yang hendak aku toreh.

Mulut terkunci,tak terkeluar sepatahnya kata apa suara pun. Dari hujung mata aku mencari-cari kalau-kalau ada kelibat suami ku. Nyata tiada. Aku tambah takut. Aku juga mencari-cari dari mana punca bau semerbak itu. Tiada apa yang ku lihat selain pemandangan dalam kebun getah yang setiap hari aku kunjungi.

Terkedu kaku mengalami pekara yang tak terduga. Apa pun aku perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Setelah beberapa ketika aku terpaku. Seperti merasa bau itu tidak membawa bahaya. Aku terus menoreh  pohon getah didepan ku dan akan berjalan kepohon seterusnya. Bau itu seperti mengekori ku.

“Aku ingin mencari rezeki, jangan ganggu aku .“  rasanya itu lah yang aku sebutkan menyedari bau harum itu mengekori ku. Aku teruskan kerja-kerja menoreh dari satu pokok kepada pokok yang lain. Setelah tiga pokok aku menoreh rasa barulah bau itu hilang. Aku meneruskan kerja menoreh getah dikebun yang luasnya melebihi tiga ekar.

Lama menunggu ditempat motorsikal(kenderaan digunakan untuk pergi menoreh). Suami ku tidak juga muncul. Selalunya hampir sama saja waktu yang dihabiskan untuk menoreh bahagian masing-masing. Hari ini dia lambat pula. Lama baru suami muncul dari celah semak samun arah sempadan  kebun getah.  Katanya  di menerangkan/menebas  sempadan. Sebelum Azan zohor kami telah berada dirumah.

Selang beberapa  hari selepas itu aku mengalami pekara yang sama. Semasa aku sedang asyik menoreh getah Bau minyak “attar” itu datang lagi. Semerbak menusuk hidung, menghilangkan  bau getah buku yang aku pegang dan pada baju ku. Bau itu mengekori ku, semasa aku menoreh beberapa pokok getah . dan kamudiannya  hilang. Masa aku tak takut sangat  dan hanya buat-buat tak tahu dan terus saja menoreh.

Selepas tu, rasanya aku kurang sihat dan tidak pergi menoreh. Suami ku pun tidak keluar menoreh. Suatu petang suami kekebun getah itu sendiri mengumpul getah buku untuk dijual keesokan harinya.  Suami ku pulang kerumah ketika hari sudah senja.

Waktu itu aku sedang memasak didapur.  Suami ku pula sedang bersiap-siap untuk kesurau dibelakang rumah. Aku terhidu bau minyak “attar “ yang amat kuat sama  dengan bau  yang aku  hidu semasa dikebun getah. Aku tidak ambil pusing. Aku ingatkan suami ku yang guna minyak “Attar”.
Suami ku telah pergi kesurau, Tapi bau minyak “Attar” masih semerbak, kuat, wangi yang berlain dari minyak  Attar biasa memenuhi ruang rumah. Anak-anak  mula merasa hairan dengan kehadiran bau minyak “Attar” yang sangat kuat dan wanggi.

“Wanginya.. tak pernah pula Abah pakai minyak wanggi  bau ni. Minyak apa ni?”. Tegur salah saorang anak perempuan ku. Dia lalu masuk kebilik Suami mencari-cari botol minyak yang dipakai suami. Kamudian dia keluar dari bilik, “Mana ada minyak wanggi  baru ni kat bilik Abah” katanya.
Baru lah benar-benar sedar dan ingat. Ini adalah bau minyak “Attar” yang terhidu sewaktu aku berada dalam kebun getah. Bau  yang pernah aku hidu semasa menoreh getah telah mengikut suami ku sampai kerumah. Aku tidak ceritakan mengenainya pada anak-anak ku. Apa yang berlaku kepada ku tak terjangkau oleh fikiran.

Sebelum waktu Isyak bau itu hilang. Anak-anak tidak sabar menunggu suami ku pulang dari surau, untuk bertanyakan hal bau wanggi dan minyak yang dipakai suami senja itu. Sebaik pulang dirumah anak-anak terus bertanya suami. Jawapan suami “Abah tak sempat pakai minyak wanggi pun senja tu.” Masing-masing  kehairanan.

Keesokkan harinya,Adik ku yang tinggal disebelah rumah  datang bertanya “Minyak wanggi apa yang Suami ku pakai senja tu, sampai kerumah sebelah dapat terhidu harum  semerbak nya.”  Katanya “Abah ni (Suami ku), nak kesurau ke nak gi ngorat, wanggi sanggat.”

Aku hanya ceritakan tentang bau itu setiba-tiba muncul dalam rumah ku. Seperti ada mahluk ghaib (agaknya) datang melawat kepada  ku.  Suatu yang  memang menghairankan. 

“ Orang bunia lah tu, ada kawasan orang bunian disekitar kampung ni.” Katanya.

“Cuba kau jadi kaya tentu di boleh bagi.”Kata Ibu seakan bergurau.

“Ya ke Mak?” tanya ku.

Ibu hanya senyum.

“Kalau aku jumpa lagi, nanti aku nak minta jadi kaya.” Sambung ku seakan bergurau  dan diringi  tawa yang disengajakan. 

Kalau lah aku tahu... Kalau lah hajat boleh dipenuhi. Aku nak jadi kaya-raya... itu yang terfikir oleh ku ketika itu. Angan-angan pun hadir membayangkan diri  dapat semua yang dihendaki. tak perlu kerja keras  untuk sara kehidupan. seronoknya...

Aku tidak pernah bertembung lagi dengan haruman itu selepas itu. Tak lama selepas kejadian tu, aku telah berhenti dari kerja menoreh getah. Aku mendapat kerja lain.

Peritiwa  bauan wangi dikebun getah jadi himpunan misteri kehidupan ku.



2 ulasan: