Ahad, 30 November 2014

Hantu terbang kekatil (My life)


Ini bukan cerita yang aku reka-reka. Kalau ada orang  kata Hantu tidak Wujud, aku pun mahu setuju. Tapi bila menginagatkan peristiwa yang pernah aku alami, Aku jadi was-was dan bila  ada orang yang  lain berkata pernah melihat hantu. Aku menjawap Ya, aku pun pernah lihat hantu.

Aku rasa aku saorang yang kuat bekerja(Bagi mencari rezeki) Dari awal subuh aku sudah bangun menyiapkan juadah untuk jualan bagi sarapan pagi. Lewat malam baru aku menutup permis perniagaan selepas siap berkemas baru aku masuk kebilik tidur.

Suatu seperti biasa, aku menutup permis perniagaan lewat malam, mengemas bahagian kedai dan kamudian mengemas dalam rumah.Suami dan anak-anak telah lama tidur.Bilik anak-anak bersebelahan bilik ku.Waktu itu rumah ku ada tiga bilik. Dua bilik besar  digunakan untuk bilik tidur. Satu bilik kecil dekat Permis perniagaan untuk berehat ketika siang hari.

Malam itu, sewaktu aku berbaring, Aku melihat sesuatu benda hitam melayang-layang diruang bilik tidur aku. Belum sempat aku amati apakah benda itu. Benda  itu telah hinggap dikatil benar- benar dihujung kaki ku.  Berbentuk kepala manusia  dengan rambut panjang lebat hitam memenuhi ruang pandangan. Aku  dapat lihat bentuk raut  wajahnya yang seperti saorang perempuan, Tidak menampakkan wajah tua, persis seperti wajah manusia,tapi  amat  menakutkan, Mulutnya  merah  melebar sedang mentertawakan aku, macam sedang ketawa  mengejek ku rasanya.Aku dengar jelas bunyi tawanya.

Kepala itu seolah merangkak kearahku berjalan diatas selimut ku.Aku terlalu takut, ini lah kali pertama aku berhadapan dengan pekara seperti ini. Terpaku gamam memandang  kepala  manusia dengan wajah yang mengerikan. Dengan rekahan mulutnya yang melebar, tertawa sinis didepan ku.Benar-benar didepan ku.Dihadapan wajah ku.Berlaku didepan mata ku.


Suara pun tak mampu terkeluar dari kerongkong oleh ketakutan melampau.Aku terlalu amat takut ketikaitu.Aku terpaku tidak mampu berbuat apa. Hilang  fikiran untuk lakukan apa-apa. aku tidak tahu lagi apa yang terjadi pada ku selepas itu. Mungkin aku telah pengsan ketakutan.Aku hanya tersedar keesokan harinya.

Mimpi?.AKu tahu pasti aku tidak bermimpi.Apa yang aku alami malam itu, suatu yang nyata. Satu mahluk/hantu/jin telah masuk kebilik ku dan menampakkan diri didepanku.Pengalaman  ku berhadapan dengan Hantu.

Lama  kamudian baru aku ceritakan pada anak-anak ku. Pekara yang sama juga di alami oleh anak-anak ku dimalam itu. Dua orang anak ku yang kebetulan terjaga malam itu, melihat sendiri , Kepala  berambut panjang berjurai panjang  gentayangan dalam bilik mereka. Benda itu datang  menghampiri mereka  berdua.  Mereka dapat  melihat  rupa wajah yang mengerikan sebagaimana  yang aku lihat. Mereka  hanya menyorok dibawah selimut  kerana takut.

Dilawati  hantu  berupa Kepala  terbang berambut panjang berjurai, bergentayangan dibilik rumah menjadi pekara ngeri  untuk diingati dan misteri yang tidak terungkai.


Sepihan Batu Nesan Dalam Badan (My life)

Sepihan batu Nesan dibadan (My life)
Aku diberitahu  oleh sepupu ku. Ada saorang pengamal Perubatan yang  handal di suatu tempat. Aku disarankan untuk pergi mencuba.Tanpa  banyak persoalan aku pergi ditemani suami,adik-adik dan ipar. Mula-mula kerumah sepupuku dan kamudian barulah  kami dan keluarga sepupu saya pergi kerumah Pengamal perubatan itu.
Kami sampai dirumah Pengamal Perubatan tersebut pada tengahari.Sepupu ku yang mengenali orang tersebut mengenalkan kami dan menerangkan tujuan kami kerumahnya. Kami diberitahu dia hanya akan menjalankan  carapengubatan selepas waktu zohor. Kami terpaksa menunggu lewat satu jam.
Kami menghabiskan masa lebih satu jam dengan berbual-bual dihalaman rumah Pengamal Perubatan tersebut. Pemandangan sekitar rumah nya menarik perhatian. Pokok buah-buahan  tumbuh membesar bertemu daun/pucuk. Tanaman subur sesaujana mata memandang.Halaman berhias dedaun pepokok yang gugur. Disudut halaman  dibuatkan bangku, sesuai untuk berehat. Masa lebih satu jam terasa singkat. Maklumlah telah lama tidak berjumpa sepupu, banyak cerita yang nak disampaikan.
Rasanya selepas waktu zohor baru kami panggil masuk kerumah.Dalam rumah kami dipersilakan duduk dan dihidangkan minuman.Setelah sama-sama memperkenalkan diri dan bercerita sedikit-sebanyak.Kami menceritakan tujuan kami yang datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan hikmatnya, membuang sakit misteri yang diidapi.
Aku diminta datang hampir dengan dia. Aku duduk dihadapan nya dan dikeliling adik-beradik,Ipar dan keluarga sepupu. Aku lihat dia mengeluarkan pisau lipat sepanjang angaran  tiga atau empat inci panjangnya dan hujungnya tersangat runcing/ tajam.
“Dimana awak rasa sakit?”Aku menunjukkan bahagian badan ku yang terasa sakit.Bahagian kepala dikawasan tengah dahi.Sebaik aku tunjukkan bahagian yang sakit.Ku lihat dia membaca sesuatu dan menghembus arah dari ku. Dia mengarahkan mata pisau yang tajam tiu kearah yang ku tunjukkan. Dia toreh kulit ku. Aku yang  melihat menjerit takut, ngeri dan seolah dia yang merasa sakiti.
Sedang aku tidak merasa apa-apa.Bekas yang ditoreh dengan pisau tutup kuat dengan jari dan kamudian di menggunakan  paip air anggaran  sejengkal panjangnya diletakkan diatas tempat yang ditorek dengan pisau.
Pengamal Perubatan tersebut menyedut sesuatu.Serpihan batu kecil ditunjukkan pada ku.Katanya itu serpihan dari Batu Nesan.Aku beritahu tujuh tempat dibadan ku yang aku sering rasa sakit. Dia melakukan pekara yang sama. Melukakan kulit,menahan darah dari keluar, menyedut keluar sesuatu dari dalam badan (dikatakan serpihan batu nesan) dan menyembuhkan luka. Tujuh sepihan batu nesan  yang kecil dan tajam diambil dari tubuh ku.
Pengamal perubat ini tidak banyak bercakap dengan kami.Cara rawatannya ringkas dan cepat.Tiada syarat dikenakan.Tiada ketetapan bayaran diminta.Tiada pantang larang.Setelah mengucapkan terima kasih dan bersalaman, kami bergerak pulang.
Aku masih lemah, tapi rasanya agak lega kerana bahagian yang selalu ku rasa sakit   seperti tiada, agak ringan.Dalam perjalanan pulang aku banyak menghabiskan masa dengan tidur sahaja.Aku mahu berehat.
Aku ingatkan setelah mendapat  rawatan aku akan sihat, setapi sebaliknya aku menjadi terlalu lemah dan tak berdaya, rasanya tiga empat hari aku terlantar dibilik tidur. Bahagian dada arah jantung  terasa panas seakan terbakar.
Aku dibawa kehospital  oleh suami. Aku dimasukkan kewad kecemasan.Diperiksa oleh doctor, dimasukkan air kedalam badan. Aku perasan waktu tu saorang demi saorang  Doktor/ jururawat  cuba merasa denyutan nadi ku tangan, seperti ada sesuatu yang tidak kena.  Aku disambungkan kepada  mesin  pemeriksaan jantung. Keputusan yang dilihat dari kertas yang keluar dari mesin mengelirukan merekan.
Sekali lagi aku disambungkan kemesin pemeriksaan jantung.Kali ini lebih lama.Kertas berjela-jela keluar dari mesin menjadi perhati semua yang ada disitu. Ku lihat beberapa  orang Doctor dan jururawat datang berkumpul  memerhati kertas yang keluar dari mesin tersebut sambal membincangkan sesuatu.
Lebih tiga minggu aku terlantar dihospital.Sebagaimana  yang aku diberitahu aku  sakit kerana  “Jantung Rosak”. Menjalani rawatan dihospital,menjalani pemeriksaan moden, aku beransur sihat dan dibenarkan pulang. Tapi dinasihatkan tidak melakukan kerja berat.Sebotol ubat “Sakit Jantung” dibekalkan pada aku.Dinasihatkan sentiasa membawanya kemana pergi. Jika terasa sakit dibahagian  jantung, Ubat itu perlu diambil dan letakkan dibawah lidah.
Aku diberitahu, Jantung ku rosak, dalam tempuh tertentu Jantung ku akan berhenti berdenyut sebentar. Ini yang menghairan. Berhenti berdenyut  seperti tanda orang mati.
Sepulang dari hospital aku masih lemah, masih banyak menghabiskan masa dengan tidur dan berehat dikatil. Teringat akan kata-kata Pengamal Perubatan “Jika apa yang dituju masuk keJantung orang itu akan mati.” Aku teringat kali terakhir aku mendapat rawatan mistik/mesteri Pengamal Perubatan itu. Bahagian luar jantung ditoreh dan dikeluarkan sepihan batu tajam .
Satu pekara anih yang ku alami waktu itu. Rasanya sebutir  benda (mungkin juga sepihan batu, ianya lebih besar dari pasir) Aku boleh rasa dan pegangnya berada dalam salur darah bahagian lengan kanan ku. Lama baru hilang.
Untuk sekian lama aku dalam gelisah oleh sakit jantung.Aku berhati-hati dalam melakukan kerja harian.Aku sentiasa berbekalkan ubat “Sakit Jantung”.Secepat mungkin mendapatkan rawatan seandai sakit.Aku  penat  merasa  seolah-olah maut bila-bila masa saja  akan menjemputku.  Hati sering merasa teramat hiba, sayu ,sedih, pilu seolah-olah  aku  akan meninggalkan anak-anak ku dan mereka akan jadi anak Yatim. Sudahlah ayah mereka  tidak diketahui dimana duduknya dan tidak pernah menghulurkan belanja, selepas itu Ibu pula tiada. Benar-benar menyedihkan aku.
Dan akhirnya  dalam  satu bulan itu aku dinasihatkan untuk  mendapat rawatan dihospital. Minggu pertama hasil pemeriksaan, jantung ku masih rosak,minggu kedua juga masih  begitu dan beberapa hari selepas itu, aku kehospital lagi untuk mendapat rawatan (Sakit yang tiada kaitan dengan jantung). Doktor mengesahkan  dengupan Jantung ku kembali Normal.Menghairankan.Keajaiban yang aku alami dalam perjalanan hidup.
Pengalaman hidup dengan Pengamal Perubatan yang menyedut keluar Penyakit  dalam badan  yang keluar terlihat  seperti sepihan batu nesan. Sepihan batu  boleh dirasa berada dalam salur darah bahagian lengan. Dengupan jantung yang berhenti-henti kembali  dan kerosakan  Jantung  yang baik  tiba-tiba.

Keajaiban yang tak tergapai fikiran ku.

Jarum terbang


Aku pergi lagi mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan yang aku pergi dahulu.Ini kali yang ketiga aku mengulang rawatan ku. Seperti sebelumnya kamu merancang  perjalanan  agar  sampai disana  anggaran jam Sembilan.
Seperti sebelumnya  cara rawatan yang ku terima sama saja.Pengamal perubatan itu  menggunakan  limau nipis. Limau nipis  yang kami bawa kamudian dimasukkan kedalam mangkuk. Dia  membacakan sesuatu  dan menghembus-henbus kedalam mangkuk berisi Limau itu. Dia  menggenggam limau nipis dan kamudian meletakkan  limau diarah ubun-ubun ku dan menggolek-golek limau itu dengan  cara menurun dan diulang. Rasannya  semasa melakukan itu, dia membaca sesuatu meniup-niup kearah kepala ku.
Aku disuruh berbaring. Dan kamudian  dia  meminta suamiku menggerakkan buah limau dengan mengoles-goleskan keseluruh badan ku secara menurun dari kepala, kamudian kebahu, tangan, badan hinggalah  kehujung  kekaki. Suami ku melakukan sebagaimana  yang diberitahu. Setelah selesai limau diletakkan didalam mangkuk lain. Cara pengubatan itu diulangi beberapa kali dan dengan menggunakan beberapa biji limau.
Setelah selesai .Pengamal perubatan itu ambil mangkuk yang berisi limau nipis yang telah dioleskan ketubuhku. Dia keluarkan pisau lipat  kecil. “ Saya mahu potong limau ni, kamu semua  lihat apa yang ada didalamnya.”  Minta  Pengamal perubatan Tradisonal tersebut.  Dan  kamudiannya  dia menghiris nipis limau tersebut didepan mata kami. Ada jarum dalam buah limau yang  kami bawa.
“Yang menghantar ni dari tempat yang sama.”Beritahu Pengamal Perubatan tersebut. “Dia tahu barang dia telah dibuang,tu dia buat lagi” kata nya. “Saya ambil barang tu .“Pengamal Perubatan  itu melakar sesuatu diatas kain putih. Ia minta ditutupi tangannya dengan selembar kain. Dia juga minta disediakan bantal sebagai sebagai penahan kepala.
Proses mengambil  Barang yang tertanam dirumah tidak lama. Sebentar kamudian  ada, Selepas Pengamal Perubatan itu seolah-olah menyentap sesuatu(Mungkin boleh dikatakan seperti mengambil sesuatu secara paksa ) menyebabkan terdorong kebelakang. Magik sebiji botol kecil (bentuk botol yang tidak asing bagi ku, kerana botol itu adalah botol minuman bertonik, penambah tenaga  yang aku jual dikedai ku).
“Ni orang tu baru buat lagi.”Pengamal Perubatan itu beritahu ku.“Dia buat balik, apa yang dia buat.” tambah nya.“Macamana? Awak nak biarkan atau nak pulang balik ?” “Kalau  tak pulang  mungkin dia buat lagi.”Lebih kurang begitulah rasanya pekara yang diberitahu kepada ku.
Aku tidak tahu langsung tentang pekara-pekara mistik/misteri ni. Sebelumnya aku tidak pernah mahu ambil tahu.Tidak mampu memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Aku tidak dapat membayangkan apa keburukan atau kebaikan yang akan berlaku  disetiap pilihan yang akan aku buat.Tidak terlintas akan menemui atau mengalami pekara sebegini.
“ Kita pulang apa yang dia tuju kekita lah, Kalau  barang ni  boleh buat kita sakit,dia sakit lah, Kalau barang ni boleh buat/diniatkan untuk mati. Mati lah dia.” Sebegitu lah kata-kata Pengamal Perubatan itu  pada ku.
“Betul ke ?”Bisik hati ku.Betulkah boleh jadi begitu.Ini kali ketiga aku menjalani rawatan sebegini. Sama seperti waktu  kali  pertama dan kedua dulu masih terdapat jarum dalam limau nipis yang dihiris. Aku dikatakan  terusmejadikan sasaran tuju ilmu hitam.  Niat orang yang menghantar Ilmu hitam sebelum itu tidak  kesampaian maka dia mengulangi  sekali lagi.                                      
Keputusan yang aku buat mengikut kata hati.Masa tu,akuterlalu jahil dan tak fikir banyak. Tidak mengerti dan tidak terbayang apa-apa pekara buruk jika aku memutuskan untuk “Memulang”.Aku  yang minta “Dipulang” kepada tuan. Kata hati “Biar dia pula merasa apa yang aku rasa, biar dia tahu  apa dia buat menyakitkan.”
Proses misteri memulang barang dibuat juga didepan mata kami. Barang dari dalam botol yang diambil secara mistik/misteri dari rumah ku dikeluarkan isi-isinya. Bermacam barang didalam botol tersebut,diisi dengan amat padat sekali. Semua barang diiletakkan diatas hamparan kain putih.Kapas, lembaran tepi kain, jarum da nada lagi barang yang tidak diketahui bendanya.
Aku tidak pasti dan rasanya  mungkin aku sebenarnya tidakmahu  perduli atau ambil tahu apa yang dibacakan oleh Pengamal Perubatan itu keatas barang dihamparan kain. Sebelum proses “Memulang barang” Pengamal perubatan itu  Kata “Jarum ini akan terbang mencari tuannya.”sebelum itu juga  dia minta dibukaknan tingkap dibelakangnya.  Itu yang aku tunggu dan ingin lihat.Aku ingin lihat jarum terbang.
Semasa Pengamal itu asyik membacakan sesuatu , Terkilas pandang oleh ku, benda putih  terbang laju keluar tingkap dan hilang dalam kegelapan malam. Aku lihat arah tempat longgok jarum tadi.Tiada.Jarum yang tadinya dilonggokkan diatas kain tiada lagi.
Selesailah  semua. Sebelum pulang Kami berbual-bual. Kami dibertahu ada harta karun berupa permata tertanam dihadapan rumah ku. Dia boleh membantu aku untuk mendapatkannya dan harga upahdiminta  bagi mengambil setiap satu batu permata. Jika aku mahu. Pengamal perubatan itu rupanya juga boleh mengambil harta karun.
Keanihan yang tak terjangkau fikiran ku.Setelah diberitahu peta rumah ku. Dia tahubagaimanakeadaan dan rupa rumah ku  dan apa yang ada disekitar rumah. Pokok Jambu,Pokok durian, kedai ku,tanah pasir depan rumah  dan longkang sebelah kiri rumah.
Pengamal perubatan tersebut  membuka satu bungkusan dan menunjukkan berbagai jenis batu permata. Katanya, itu sebahagian batu permata yang diambil dari rumah pesakit  diberi kepadanya sebagai saguhati. Katanya ada dikalangan pesakitnya mendapat jumlah wang yang banyak  setelah menjual batu permata yang dia tolong ambilkan.
Aku melepaskan peluang  bagi mendapatkan harta  karun berbentuk permata  yang  katanya tertanam dihadapan rumah ku.Aku pulang dengan harapan sakit yang aku alami akan sembuh. Aku boleh bergerak cergas  mencari rezeki seperti sebelumnya.

Apa yang dijangkakan/diramal oleh Pengamal Perubatan itu benar-benar  berlaku. Tapi, aku rasa  macam perkara  yang terjadi  itu tak mungkin disebabkan keputusan ku . Ia nya hanya kebetulan. Allah yang merencanakan.Selepas hari itu aku tidak pernah lagi mengunjungi Pengamal perubatan tersebut.Apa yang ku tahu menjadi rahsia peribadi ku.

Selasa, 25 November 2014

apa itu bekam?
Bekam ialah satu kaedah perubatan yang dilakukan sejak 4,000 tahun sebelum masehi.
Bekam dalam bahasa arap disebut Hijamah dan dalam bahasa inggeris di sebut cupping.
Bekam satu proses mengeluarkan darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya kepada tubuh badan melalui kulit.                                                                                                                           Kaedah bekam mampu menembuhkan lebih dari 72 jenis penyakit ringan                                                Kaedah penyembuhan penyakit yang tanpa kesan sampingan.BEKAM
kenapa perlu tahu atau baca
Kesihatan suatu yang amat penting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, manusia tidak dapat menjalankan kehidupan dengan baik.
Bekam satu kaedah penyembuhan penyakit yang terbaik dan tiada kesan sampingan jika mengikut aturan dan tatacara yang betul.
Bekam penyembuhan dengan kaedah menyedut keluar darah,Toksin, racun, bisa, angin yang menyebabkan penyakit.
Sunnah berbekam bagi umat Islam.Sekurang-kurang sekali seumur hidup dan kerap kali bagi yang berpenyakit.
Bekam kaedah penyembuhan lebih 72 jenis penyakit juga pesakit kronik.
Bekam mengeluarkan toksin,darah kotor dan racun dalam tubuh.

kenapa perlu berbekam
Sunnah berbekam. 
Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.                                                                                           Mencegah dari mendapat sakit kronik.                                                                                 Membuang darah kotor,toksin,sel darah rosak/mati yang tidak diperlukan oleh darah,bisa,racun  dalam tubuh manusia                                                                                                                   Kaedah penyembuhan penyakit dari Bekam tidak mengundang kesan sampingan                      Dari buku Dr Wadda’ A Umar Bekam terbukti boleh menyembuhkan 100 penyakit.

siapa yang perlu berbekam                                                                                                            Semua umat Islam kerana berbekam adalah Sunnah.                                                                          
Orang yang tidak sakit.Walaupuun tidak sakit tidak bererti tiada darah kotor/sel darah rosak/toksin/racun/bias dalam darah. Kehidupan dn cara pemakanan membuatkan toksin boleh berada dalam badan.
 Orang Sakit kronik
 Orang sakit  biasa.


fungsi bekam
Keluar darah kotor,bertiksin dan beracun dan rosak yang tidak diperlukan oleh tubuh yang mampu menyebabkan penyakit
Merangsang, memperbaiki system organ tubuh manusia.
Meningkatkan system antibody
Tubuh sihat.













lembaga hitam (my life)

 
Lembaga hitam (My life)
Jika ku katakan aku sering dapat melihat  wajah-wajah misteri. Bolehkah orang percaya? Sepanjang  perjalanan hidupku yang melewati setengah abad. Aku telah melalui banyak pekara misteri dan sering diserempakkan  dengan berbagai wajah yang aku tahu pasti bukan wajah manusia biarpun ianya seakan sama.
Sewaktu tinggal diasrama puteri semasa bersekolah menengah beberapa kali aku melihat lembaga hitam seakan bentuk tubuh manusia. Pertama kali diwaktu malam. Menjadi kebiasaan diasrama lampu bilik ditutup. Lampu korido( kaki lima) terpasang. Jika ada orang berjalan akan nampak jelas bayang dari dalam bilik kerana tingkap bilik dari kaca( Tingkap Naco).
 Aku tidur disebelah atas  katil ku hanya angaran sekaki dari  dinding. Tengah malam aku tiba-tiba tersedar, sebaik aku membuka mata aku terlihat lembaga berbentuk saorang lelaki besar dan hitam sedang berdiri dikaki lima mengadap kearah ku. Lembaga hitam membuka  tingkap  naco berdiri seolah-olah sedang memerhatikan aku.
Tidak dapat ku gambarkan bertapa takutnya aku waktu itu.  Aku gagahkan diri bergerak perlahan menjauh kearah tepi katil. Aku tahu pasti jika aku berada disisi katil  arah tingkap aku    tubuh ku dapat digapai  oleh orang yang berdiri diluar tingkap(dikaki lima asrama). Entah dengan  alasan apa,aku tidak pasti.Aku seolah-olah berpura-pura aku yang tidak nampak lembaga tersebut. Aku pejamkan mata , namun dari celahan kelopak yang hamper tertutup aku terus memandang arah tubuh hitam gelap diluar bilik.
 Sekiranya  lembaga itu berjaya membuka tingkap dan Cuma menyentuh aku. Aku akan menjerit  dan terjun dari katil, biar semua kekawan sebilik ku yang lain tersedar. Aku diam kaku dalam selimut nipis.  Aku pejam mata.Berdoa agar lembga hitam itu pergi. Biar terlalu takut aku masih mahu melihat lembaga hitam.
Apa yang aku lihat ialah seolah bayang  susuk tubuh manusia lelaki  badan hitam pekat.Jelas susuk tubuh badan yang tidak disaluti oleh pakaian. Kepala bulatnya tidak menampakkan bayangan  kepala orang  yang ada rambut.
Bilik ku berada ditingkat  tiga bangunan asrama puteri. Dikaki lima asrama diterangi oleh lampu Kalimantan panjang. Rasanya cahaya itu cukup terang. Dari dalam bilik masih boleh melihat jelas wajah orang yang berada diluar. Sebelum tingkap ditutup waktu malam, Dari atas katil ku, aku  boleh melihat wajah pelajar lain  yang lalu lalang dikaki lima dimana lembaga hitam itu berdiri.
Aku terus mendiamkan diri diatas katil dan memejamkan mata. Aku tersedar  suasana bilik asrama telah riuh rendah oleh suara  pelajar-pelajar lain yang sedang  menyiapkan diri untuk kesekolah. Aku bangun  dan terus  pandang  kearah tingkap dimana aku melihat lembaga hitam malam tadi. Tingkap naco  terbuka luas sedang yang lain masih tertutup rapat dan berkunci.

Jumaat, 21 November 2014

Ular

Ketika leka memerhatikan pokok heleconia tumbuh meliar  ditinggalkan tanpa jagaan, aku  terperanjat  dan jadi kaku sebentar... mata ku  tertumpu pada saekor ulau tedung  diatas  dahan  menjulurkan kepalan kearah ku... angaran  tiga meter dihadapan ku. 
Rasa nya ular itu memandang tepat kearah ku seolah sedang bersedia untuk menyerang. Kepala ular tidak bergerak, jelas  mata nya  merenung tepat kerah ku.
Maut itu lah yang terfikir oleh ku. Aku undur beberapa tapak kebelakan dan bergerak perlahan meninggalkan  tempat.
Bersyukur kerana tidak ditakdirkan dicederakan oleh ular berbisa. Bersyukur kerana digerakkan hati untuk memandang  pokok yang didiami ular tedung itu. Allamdullillah. 




Selasa, 18 November 2014

Adat resam perkahwinan Janda Baik



Bertempa emas membuat gelang
bunga sejuntai disanggul goyang,               
Sayang kerdil ilmunya kurang,                                                                                            
mohon dibelas diberi ruang.

Lebar sutera benang tenunan,                                                                                             
lembut beralun jadi pakaian,                                                                      
Ilham tercurah sekadar  tulisan,                                                                 
jadi tatapan, jadi panduan.

alun lembut selendang dibahu,                                                                                   
bertekat emas hiasan cindai,                                                                                                     
bukan terasa serba tahu,                                                                                                     
bukan juga memandai mandai.

Berkilau-kilau cahaya permata,   
indah lagi busana dewangga,     
Mohon maaf terlancar kata, 
Mohon didoa yang baik juga.

Kurung Pahang ternunan lingga,                                                                                          
jadi pakaian  puteri raja,                                                                                                       
terima kasih tidak terhingga,                                                                                                  
moga ilham dijunjung jaya.





Pengenalan:
Tak tumbuh tak melata,                                                                                                                          Dihembus angin jauh melayang,                                                                                                                  Tak kenal maka tak cinta,                                                                                                       
semakin dekat semakin sayang.

Biar beremas dari bergangsa,                                                                                                                    cahaya bersinar sepanjang zaman                                                                                                           seni budaya warisan bangsa,                                                                                                                       Islamagama dijadi pedoman

Janda Baik sabuah perkampunganyang agak jauh terpisah dari kampung yang lain didaerah Bentong. Penduduk yang berhijrah ke Janda Baik  dari  kampung  didaerah Bentong dan keluarga dari tanah Seberang menjadi satu kelompok masyarakat dan kamudian percantuman dua budaya menjadi satu. Seni budaya dari tanah seberang meninggalkan pengaruh kepada adat istiadat perkahwinan diJanda Baik daisamping budaya setempat daerah Bentong.
Budaya adat resam Perkahwinan Janda Baik  merupakan  warisan budaya yang unik, indah dan tersendiri.Adat resam majlis perkahwinan Janda Baik  masih menjadi ikutan masyarakat setempat  terutama keluarga asal kampung.
Warisan adat resam  perkahwinan Janda Baik
Merisik atau bertanya (“adat betanyo” dalam Bahasa kampung)                                                               Masyuarat  keluarga atau kampung                                                                                                     Meminang dan bertunang                                                                                                                      Syarat/janji  Bertunang                                                                                                                                     Hantar belanja                                                                                                                                              Persiapan kenduri                                                                                                                                       Masyuarat keluarga/kampung                                                                                                                          Berbalai/sabak Meminjam                                                                                                                           Hari buat kerisik dan kueh                                                                                                                            Hari membantai   Hari kerja                                                                                                    Berpawang                                                                                                                                                     Majlis tahlil/doa selamat/hajat                                                                                                                      Berandam /berinai pengantin perempuan                                                                                               Nikah                                                                                                                                                            Malam berinai                                                                                                                                                      Adat bersanding malam berinai                                                                                                                     Tari piring                                                                                                                                          Potong Jambul  pengantin                                                                                                              Berarak                                                                                                                                                Berjulang                                                                                                                
silat                                                                                                                                                         Beras   kunyit                               
Bersanding                                                                                                        
 Makan beradap                                                                                                      
Mandi sampat                                                                                                                                              
Hari memulang                                                                                                                                
Menyambut menanti                                                                                                                          
 Menyalang
Merisik  atau bertanya (“ adat Bertanyo” sebuatan logat JandaBaik)
Merisik merupakan langkah pertama usaha  pihak lelaki untuk bertemu jodoh. Merisik selalunya diwakilkan kepada  keluarga terdekat atau orang yang boleh dipercayai, (Tidak Ibubapa)untuk pergi bertanya kepada keluarga perempuan sama ada perempuan itu sudah berpunya dan  apakah sudi  dia dijodohkan dengan yang berhajat.
Biasanya orang yang diwakilkan untuk merisik  akan bertandang kerumah pihak perempuan. Memperkenalkan diri, memberitahu hajat dan memberitahu seba sedikit latarbelakang lelaki “cincin tanda” kepada pihak perempuan.
“Cincin Tanda” “cincin Bertanya” Dalam adat merisik. Sebentuk cincin emas,biasanya cincin yang digunakan cincin  yang dipanggil  “belah rotan” disedikan oleh pihak lelaki.  Cincin ini diserahkan kepada ibubapa pihak perempuan sebagai tanda pihak lelaki telah datang merisik gadis yang dihajati.Cincin belah rotan yang sebentuk itu disebut juga sebagai “Cincin merisik”.
Tempuh akan diberikan kepada  pihak perempuan untuk membuat keputusan. Wakil pihak lelaki akan mensyaratkan jika pihak perempuan bersetuju cincin itu akan diberikan  kepada gadis yang dihajati. Jika sebaliknya cincin itu perlu dikembalikan.
Dalam tempuh yang ditetapkan itulah digunakan oleh pihak perempuan untuk menyiasat latarbelakang lelaki dan keluarganya.Kalau ibubapa dan keluarga berkenan dengan pihak lelaki dan tiada halangan gadis yang dirisik cincin akan diberikan kepada gadis  sebagai tanda telah dirisik. Jika sebaliknya cincin akan disimpan dan  dikembalikan kepada wakil pihak lelaki sebagai kata tidak setuju.
Ditempuh yang ditetapkan sekali lagi wakil pihak lelaki akan datang bertandang  kerumah pihak perempuan untuk menjapatkan jawapan. Jika pihak perempuan tidak setuju, “Cincin merisik” akan dikembalikan kepada wakil pihak lelaki.
Jika keluarga pihak perempuan bersetuju menerima  risikan pihak lelaki. Tiada halangan untuk menjodohkan lelaki yang berhajat dengan anak gadis mereka. Wakil pihak lelaki akan mengkhabarkan pekara tersebut kepada keluarga  lelaki dan langkah selanjutnya adalah Meminang dan Bertunang.
Menerima “Cincin Merisik” tanda setuju untuk bertunang.

Masyuarat keluarga/kampung. Untuk langkah selanjutnya selepas  keputusan bersetuju menerima risikan dari pihak lelaki akan mengkhabarkan kepada ahli keluarga ,jiran dan orang kampung yang bekenaan.Orang-orang yang berkenaan,jiran-jiran terutama ahli keluarga pepermpuan akan berkumpul dan berbincang tentang pekara-pekara yang perlu dilakukan seterusnya.
Dulu penglibatan orang kampung sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan majlis kenduri kawin.Tenaga kerja yang banyak diperlukan untuk menyediakan berbagai pekara dari sebelum hingga selepas majlis. Semuanya akandibuat secara gotong-royong oleh masyarakat setempat.
Peralatan untuk majlis biasanya dipinjam dari jiran atau saudara mara. Masyarakat setempat saling bantu-membantu dalam menjayakan majlis. Begitu juga dengan bahan untuk juadah, telah menjadi kebiasaan masyarakat setempat, kalau ada majlis, yang bertandang akan membawa gula,kopi ,susu, kueh mueh dan sebagainya. Hasil kebun misalnya buah kelapa  biasa dijadikan sumbangan untuk yang membuat majlis kawin.
“Bilik tidur “. Perhiasan untuk bilik perempuan juga akan diambil kira. Dahulu gadis yang dipinang menunggu didalam bilik semasa majlis berlangsung dan keluarga pihak lelaki akan masuk kebilik untuk menyarungkan cincin kejari gadis yang bertunang.
Tapi sekarang jauh lebih mudahdan ringkas. Mini pelamin disewa dibuat  diruang tamu tempat majlis berlangsung dan  perempuan bertunang boleh menyaksikan majlis. Makanan untuk jamuan boleh ditempah secara catering dan peralatan bertunang boleh ditempah dan dibeli dari kedai. Upacara majlis juga lebih ringkas.
Dalam perbincangan pekara utama yang diputuskan adalah 
Melantik wakil  pihak  perempuan  (sebagai jurucakap pada hari majlis)                                                  menentukan tenaga kerja dan bahagian-bahagiannya          
tarikh untuk majlis dipinang dan bertunang,                                                                        
cara dan aturcara majlis,                                                                                                          
 Nilai wang belanja hangus                                                                                              
 ketetapan cara memberi wang                                                                                                                    nilai maskawin                                                                                                         
 Barang hantaran (biasanya ditetapkan oleh pihak lelaki jumlahnya)                                                                      
Jangka masa tempuh pertunangan 
Syarat pembatalan bertunang                                                                                
perbincangan keperluan  untuk majlis seterusnya                                                                               Keperluan peralatan memasak  dan bahan untuk juadah hari majlis                                                               Kelengkapan peralatan adat  majlis
Pekara seperti diatas mudah untuk mendapat persetujuan kerana dalam masyarakat dan keluarga telah ada pengatahuan dan pengalaman  kerana semua  pekara telah menjadi adat resam budaya kampung Janda Baik.
Adat resam dan budaya perkahwinan biar tidak bertulis atau ditetapkan secara undang-undang,namun  menjadi ikutan dan fahaman  yang membawa kesepakatan kepada masyarakat setempat. Memudahkan  urusan yang besar dan perlukan banyak tenaga.

Wakil pihak perempuan yang dilantik dari kalangan yang mengenali keluarga pihak perempuan dan kemahami dengan jelas kehendak keluarga tersebut agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.
Sementara menunggu hari ditetapkan yang diberi tugas akan merancang dan melaksanakan tugas masing-masing. Yang  menguruskan alat-alat memasak  akan menyiapkan peralatan. Yang menguruskan juadah akan menyediakan bahan diperlukan dan pekara berkaitan.Begitu juga yang lain-lainnya.

Majlis-majlis keraian Janda Baik menjadi meriah dan menggambarkan sikap kekeluargaan kerana  dibuat secara sepakat dengan bergotong-royong dan mengikut budaya adat resam setempat.                                  
Peredaran masa dan penghijrahan ramai orang keJanda Baik mempengaruhi   berbagai pekara dalam kehidupan dan adat resam masyarakat Janda Baik. Biar cara pengendalian majlis  mula berubah namun  budaya adat istiadat Meninang dan bertunang msih menjadi ikutan.

Meminang dan bertunang
Meminang dan Bertunang biasa diadakan dalam satu majlis keraian.   Tidak timbul  pinangan akan ditolak kerana persetujuan menerima pinangan seperti telah diputuskan sewaktu menerima risikan dan tidak memulangkan “cincin merisik”.

Mengikut adat meminang, Pihak lelaki akan  memabawa rombongan meminang kerumah pihak perempuan  pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Perkhabaran tentang tarikh dan segala syarat  disampaikan kepada keluarga  pihak lelaki  sebelum majlis. Pekara yang berkaitan hal meminang dan bertunang telah ditetapkan sebelum majlia berlangsung.

Rombongan keliarga lelaki  dan keluarga pihak perempuan akan berkumpul. Barangan hantaran yang dibawa lelaki akan diletakkan ditengah ruang. Wakil yang bercakap bagi pihak lelaki dan wakil bagi pihak perempuan akan duduk berdekat  bagi mempermudah percakapan.

Pihak keluarga lelaki akan  menyiapkan barang hantaran dengan bilangan lebih dua dari yang diberikan oleh pihak lelaki. Tepak Sireh yang siap berisi pinang,gambir,kapur sireh dan peralatan Dibungkus dengan kain songket disediakan oleh pihak perempuan. Tepak yang berbungkus diletak diantara dua wakil.

Pantun(dari pihak perempuan)
Hendak basah mandi disungai,                                                                                                                      biar tak panas ditengahari                                                                                                               membawa barang datang beramai                                                                                                            apa lah hajat datang kemari

Balas
Sudah gerahu cendana pula,                                                                               
nyaring sungguh bunyi reriang                                                                                                                      sudah tahu bertanya pula                                                                                                                          kami datang hendak meminang 
              
Pantun (dari pihak lelaki)
sayup bergema  alun gemesik,                                                                                                                    tersebar jauh seluruh ruang,                                                                                                                
Sudah disimpan cincin merisik,                                                                                                      
janji dituntut untuk di tunang

Balas (dari pihak pengantin perempuan)
Warna pelangi berawalarat,                                                                                                                            batil emas namanya baldi,                                                                                                                          Janji diputus  dibentang syarat,
syarat  ditunai baru lah jadi

Pantun (dari p[ihak perempuan)
Raja sehari berhias sarat,                                                                                                                          berandam lulur, celak bertaji                                                                                                                        Jika setuju memenuhi syarat,                                                                                                                       
sedia juga menunai janji

Pantun (dari pihak lelaki)
Urat sireh tidak berduri,                                                                                                                         bukan tempatnya   didalam peti,                                                                                                                                                        Syarat diberi sedia penuhi,                                                                                                                     asalkan dapat hajat dihati.

Wakil pihak pengantin lelaki akan menghulurkan bungkusan berisi tepak sireh kepada wakil pihak lelaki perempuan dan wakil pihak perempuan akan membuka bungkusan tersebut sebagai acara meminang dipersetujui. Kedua wakil akan makan sireh dari tepak sirih. Tepak sireh akan diedar kepada semua tetamu.
Sireh ini dipangil “Sireh tunang”.Dahulu  tetamu yang ada dimajlis tidak melepaskan peluang untuk makan “Sireh tunang”, perihal  untuk mendapat berkat agar cepat mendapat jodoh bagi anak-anak gadis dan menyerikan wajah bagi yang telah berkahwin.
Selesai adat meminang dengan kata setuju dari pihak keluarga perempuan dan bermuala lah pula adat seterusnya bertunang.

Adat bertunang. Dalam majlis bertunang, Wakil pihak perempuan dan wakil pihak lelaki yangdilantiklah akan  berbicara bagi menyampaikan apa yang dihajati sedua belah pihak. Syarat tertentu semasa melangsungkan  majlis bertunang dan hal-hal berkait sebenarnya biasanya telah dibincang dan ditetapkan sebelum majlis dan diumunkan pada hari majlis. Terdapat syarat yang mengikut  budaya adat resam dan ada syarat yang mengikut kemahuan keluarga perempuan itu sendiri.
“Hantaran” sebutan  bagi barang hadiah kepada gadis yang dipinang dan kamudian apa yang diberi akan dibalas dengan bilangan lebih dua. Misalnya lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan pihak perempuan pula kena membalas Sembilan dulang. Tiada had bilangan hantaran. Biasanya  mengikut kehendak dan kemampuan kedua belah pihak.

Barang hantaran. Mengikut adat istiadat barang yang  mesti ada sebagai  hantaran tunang  ialah “Sirih junjung”, bunga rampai, kain pasang, yang lain biasanya yang menjadi barang hantaran ialah, manisan (gula-gula, kueh. Coklat dll), tuala, Kek, buah-buahan dan berbagai barang keperluan peribadi mengikut kemampuan dan kehendak kedua belah pihak. 

“Cincin Tunang”Mengikut budaya adat resam  alat yang sentiasa digunakan sebagai symbol dalam mengikat janji tali pertungan adalah cincin emas. Pihak lelaki perlu menyediakan sebentuk cincin (bentuk mengikut kemahuan dan kemampuan sendiri).Cincin ini akan disarungkankejari manis perempuan sebagai tanda dia telah ditunangkan.

Belanja hangus biasanya ditentukan oleh ahli keluarga mengikut keperluan, taraf kehidupan dan keadaan semasa Pembincangan tentang syarat pertunangan, hantaran, belanja hangus, hantaran dan lain-lain berkaitan biasanya diperbincangkan sebelum hari tunang. Bila dan bagaiman cara penyerahannya  diumumkan oleh pihak pada hari bertunang supaya  yang hadir menjadi saksi. Biasanya wang belanja hangus diserahkan kepada keluarga pengantin perempuan berbulan sebelum majlis akad nikah. Duit belanja hangus digunakan untuk majlis kenduri kawin pasangan.sebahagian wang diberikan kepada pihak perempuan  pada waktu majlis bertunang (mengikut budi bicara kedua belah pihak).

Wakil pihak lelaki akan  menunjukkan barang hantaran   seperti yang dikehendaki. Pihak   perempuan juga akan menunjukkan barang balasan kepada hantaran yang diberikan. Setelah kedua pihak berpuas hati.  Barang yang dibawa akan ditunjukkan kepada tetamu sebagai tanda telah menyasikan.

Pihak lelaki akan menunjukkan cincin “Cincin Tunang” yang disediakan. Cincin tersebut akan diedar kepada tetamu yang mahu melihatnya. Ibu, saudara terdekat  lelaki  diiring keluarga perempuan  untuk masuk kebilik dan menemui  gadis pilihan. “Cincin Tunang” akan disarung kejari manis  gadis sebagai tanda gadis itu telah bertunang dan mengikat janji untuk dijodohkan dengan lelaki yang datang meminang.

Adat resam budaya  masa bertunang. Tempuh masa bertunang memberi peluang kepada gadis mengenali pasangan. JIka tiada keserasian  atau  berubah hati kedua-dua nya boleh memutuskan tali pertunangan degan sepertimana  syarat yang telah diberitahu sewaktu bertunang. Ia itu jika pihak lelaki yang membuat keputusan  untuk memutuskan pertunangan. Segala pemberian yang telah diberi kepada pihak perempuan dikira hangus. Tidak diminta semula. Sebaliknya jika pihak perempuan yang minta diputuskan pertunangan. Pihak perempuan perlu memulangkan semua yang diberi semasa bertunang dengan berganda. Misalnya wang hantaran telah diberi RM 10,000.00 maka pihak perempua perlu memulangkan sebanyak RM20,000.00. Apa-apa pun tertakluk pada budi bicara dan perbincangan antara kedua keluarga dan pasangan.

“Adat menghantar belanja hangus” Kebiasaannya belanja  hangus diberikan sebahagian (mengikut budi bicara kedua belah pihak) pada hari bertunang dan selebihnya sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis dilangsungkan. (Mengikut budi bicara kedua belah pihak). Wakil kedua belah pihak perlu menjadi saksi tentang pemberian ini. Atau sekurang-kurang diberitahu, wang belanja hangus telah diterima.
Biasanya jika wang belanja hangus tidak dilunaskan kepada pengantin perempuan, majlis seterusnya akad nikah tidak akan dilangsungkan. (Mengikut  budi bicara kedua belah pihak untuk menentukan  keputusan). Wang belanja hangus biasanya yang digunakan untuk membeli kelengkapan dan membuat kenduri kawin dirumah pengantin perempuan. 

“Mengajak”.Adat resam mengundang atau mengajak kekenduri. Tuan rumah perlu bertandang kerumah orang yang ingin diajak kemajlis kendurinya. Cara cakap dan ayat mengajak ada adap yang tersendiri. Ajakan seperti akad sebenarnya mengajak atau meminta. Ayat yang biasa digunakan. “Saya anak beranak mengajak (sebut nama yang di undang/ajak) anak beranak datang kemajlis kenduri  mengawinkan anak pada (hari dan Tarik ditetapkan) dan sekiranya mengajak untuk membuat kerja gotong royong, perlu dijelaskan apa, hari dan waktu. “Saya mengajak ( nama yang diundang) menolong saya buat Balai/meminjam/buat kerisik  pada (hari,tarikah dan waktu). Biasa juga disambung .

Akad mengajak. Setiap ajakan  perlu dilafaz  akad  seperti ayat diatas. Jika tidak dilafaz akad  mengajak. Perasaan syak akan timbul dan yang diajak mungkin tidak datang.  Melafazkan  akad  mengajak masih jadi ikutan hingga kini disamping undangan melalui kad, telepon atau Enternet.
“Kena”. Kata-kata yang bermakna diajak  kemajlis kenduri. Biasanya Bila pertanyaan berkenaan ajakan kekenduri kawin. Perkataan “kena” maksudnya diajak  tapi jika sebaliknya disebut “Tak kena”.Maksudnya tidak dijemput.

Untuk mengadakan majlis seterusnya, kesepakatan antara keluarga, jiran dan penduduk setempat diperlukan bagi menjayakan majlis. Biasanya Berbulan sebelum kenduri nikah kawin persiapan telah mula  dibuat. Berbagai aktiviti  persiapan dilakukan untuk hari majlis.

Berbalai/sabak  Satu majlis gotong royong diadakan untuk membuat “balai”. “Balai” ialah  Ruang untuk menempatkan para tetamu. Penduduk kampung akan bergotong royong membina “Balai” yang keluasan dan bentuk  bersesuaian dengan  keadaan  dan kehendak tuan rumah.

Dulu Balai dibina dari Buluh. Buluh ditebang dan dibawa kekawasan yang hendak dibuat balai. Tiang Balai dibuat dari buluh besar bulat dan lurus. Gelegar dari susunan buluh dibelah dua. Penyokong dan tiang lantai dari buluh sebatang. Lantai dari belahan  buluh yang dicincing tanpa putus. Atap nya dari Zink. Dihari berbalai tuan rumah akan mengadakan jamuan makan untuk pekerja gotong royong.

“Sabak”tempat  khas memasak didirikan. “Sabak”  pondok yang hanya beratap  tanpa dinding. Akan dibuatkan beberapa tungku  untuk memasak dengan kawah. Dahulu tungku untuk kawah dibuat dari tin minyak kelapa. Tin minyak akan ditebuk atasnya,kamudian diisi tanah dengan padat. Tiga tin diperlukan untuk membuat tunggu sabuah kawah. Jika hendak memasak dengan tiga kawah, Sembilan tin diisi tanah padat digunakan.

Tak lengkap binaan  sabak tampa pangkin  untuk meletak barang-barang memasak. Pangkin dibina pada satu bahagian tepi sabak dengan ketinggian aras pinggang. Diatas pangkin itu nanti tempat meletak bahan masakan  dan juga tempat orang-orang sabak berehat.

Tempat membasuk pinggan mangkok. Balai tak sempurna tanpa membina satu tempat khas untuk tujuan membasuh pinggan mangkok atau bahan masakan. Tempak basuh pinggan mangkok biasa dibuat hampir dengan Sabak dan dibahagia hujung balai. Asas tiang dan lantai dari buluh sebatang. Buluh bulat dijadikan gelegar. Disusun pula diatasnya kepingan buluh yang belah empat ukuran dua ke tiga inci lebar, diletak melentang dengan buluh sebatang dengan jarak anggaran satu kaki. Diatasnya pula disusunkan belahan buluh anggaran dua ke tiga inci lebar dan dijalin menggunakan  rotan yang telah dibelah dan diraut.  Jalinan dibuat jarang-jarang. Tujuan supaya air mudah mengalir.

Pangkin tempat letak pinggan mangkok juga di bina  dan lantainya sama teknik buatannya dengan lantai tempat basuh pinggan. Cuma keluasannya jauh lebih kecil dan dibuat bertingkat-tingkat . Pinggan mangkok kegunaan kenduri akan diletakkan setempat.

Sekarang, mengikut kemajuan dan perubahan cara hidup, walau pekara diatas masih dilakukan tapi  cara dan peralatan berbeza. Kerja-kerja pembuatannya lebih mudah  dengan peralatan moden dan  peralatan siap yang dijual dikedai. Buluh diganti dengan  kayu.Lantai dari papan. Pangkin-pangkin boleh dibeli siap. Begitu juga tungku boleh dibeli siap yang dibuat dari besi.

Hari meminjam. Pada masa dahulu hari meminjam diadakan setiap kali hendak kenduri kahwin. Masyarakat kampung diajak untuk datang membantu tuan rumah bagi membawa dan mendapatkan barang  keperluan   dengan meminjam  dari  orang-orang kampung. Di hari meminjam akan diadakan jamuan  untuk orang-orang yang datang membantu. Masyarakat kampung biasa melakukan dengan relahati.

Hari Buat kerisik. Kerisik merupakan salah satu bahan utama dalam menu masakan  kenduri kawin. Tuan rumah akan mengajak jiran tetangga bagi menyiapkan kerisik. Himpunan kelapa akan dikopek dengan tangan. Kamudian di parut dengan kukur, digoreng dan kamudian ditumbuk dengan lesung tangan. Prosesnya  memakan  masa dan tenaga. Jamuan akan diadakan  oleh tuan rumah. Agaknya sebagai tanda terima kasih atau sagu hati. Diwaktu  masyarakat kampung juga bersama-sama menyediakan juadah untuk hari  kenduri seperti wajik “pulut manis”.

Pada masa kini. Kerisik boleh dibeli terus dari pasar. Kueh mueh juga boleh dibeli. Gotong royong  membelah kelapa dan membuat kerisik sudah tiada lagi. Malah lesung tangan  yang digunakan suatu masa dulu sudah tiada lagi didalam kampung.

“Berpawang”. Adat yang satu masa dulu satu kemestian  bagi tuan rumah yang mahu mengadakan  kenduri. Tok Pawang perlu dipanggil untuk “membela” rumah bagi mengelak gangguan  yang tidak dijangkakan. Pawang kampung akan menggunakan kemahirannya. Bahan yang biasa dilihat dalam adat berbawang, kemenyan dibakar dalam bekas, bertih beras air tepung tawar dll. Ada sumber mengatakan ketokan gong  sebagai petanda mula dan akhir adat berpawang.

Menyerah kerja. Maufakat  menetapkan tugas-tugas yang patut dilakukan pada hari kenduri. Contohnya Tuan rumah menyerah tugas untuk memasak kepada Rahman. Rahman akan menguruskan tugas. Tuan rumah boleh lepas tangan. Semua tugas dan urusan memasak menjadi tangjungjawap Rahman.  Rahman juga perlu mengusahakan sendiri mencari pembantunya dan bertanggung menangani segala masaalah bekenaan tugas. Apa-apa pun masih merujuk budi bicara.

Ketua kerja biasa dipilih dari orang yang berpengalaman dalam bidang dan mampu  mencari pembantu nya, disamping orang lain yang akan menolong secara suka rela. Ketua memasak di panggil juga sebagai “ketua Sabak”. Ketua yang menjaga tetamu  dipanggil “ketua Balai”. Yang menguruskan pengantin perempuan Mak Andam. Bahagian tugasan lain seperti  pengatur acara, pemuzik berarak, pemuzik tari piring dan penari dan lain-lain.

Selepas menyerahan tugas tuan. Kerja-kerja  untuk majlis kenduri diselenggarakan  oleh orang lain. Tuan rumah tidak boleh campur tangan.  Tuan rumah tidak dibenarkan turun kedapur atau kesabak atau membuat sebarang kerja.  Tuan rumah  hanya perlu menyambut kedatangan dan melayan  tetamu yang hadir sahaja.
Majlis tahlil dan doa. Majlis Tahlil dan doa biasa diadakan pada malam jumaat terakhir sebelum majlis besar. Orang-orang kampung akan dijumput untuk menjayakan Majlis Tahlil dan doa. Tuan rumah akan mengadakan satu  jamuan untuk orang-orang yang bertahlil,jiran-jiran, keluarga dan yang datang membantu. Semua kerja-kerja dibuat secra gotong-royong.

Berandam. Dahulu bakal pengantin akan berlangir dan  dimandikan “mandi bunga” bagi menaikkan seri pengantin oleh Mak Andam. Berandam, bentuk bulu kening,cukur anak rambut dan cukur bulu roma diwajahdilakukan oleh Mak Andam,  supaya  pengantin kelihatan kemas,rapi  dan lebih menyerlah kecantikannya.

“Sireh jampi”. Biasanya, Mak Andam dahulu  akan menyediakan sireh sekapur yang telah dijampi kepada bakal pengantin, tujuannya supaya  wajahnya pengantin perempuan akan  kelihatan cantik dan berseri-seri wajah  dihari menjadi raja sehari.

Mak Andam. Mak Andam orang penting dalam menjalankan adat istiadat majlis perkahwinan. Tugas Mak andam bukan menghias dan mencantikkan pengantin. Mak Andam dianggap sebagai penyambung adat istiadat perkahwianan. Mak Andam biasanya yang mengawal perihal adat istiadat, mengatur majlis perkahwinan, menyiapkan dan menyusun peralatan untuk majlis dan lain-lain lagi.

Peredaran  zaman,kemajuan, perkembangan fikiran dan kecanggihan peralatan cara mengandam pengantin mengalami perubahan.Kalau dulu mengandam pengantin dengan alatan semula jadi kini berbagai pealatan moden digunakan malah terdapat banyak pusat kecantikan dengan tenaga kerja yang bertauliah menyediakan hikmad mencantikkan badan dan wajah untuk bakal pengantin.

Kalau dulu menghias wajah pengantin dengan celak dan gincu. Tapi sekarang berbagai pekara dan benda dicipta untuk memudahkan dan menambahkan cantikkan wajah pengantin. Kalau tahun tujuh puluhan mak andam hanya  menggunakan tangan untuk menyolek pengantin tapi sekarang    make up “air brush” teknik semburan  menjadi trand
.
Berinai. Berinai menjadi adat resam perkahwinan sejak dahulu lagi. Sebelum majlis pengantin perempuan akan di inai jari. Bahan  untuk membuat Inai pengantin, bahan utamanya daun inai. Daun Inai dileraikan dari ranting dan ditumbuk atau digiling halus. Sedikit nasi dilumatkan  bersama daun inai. Nasi bertindak sebagai gam. Untuk mendapatkan warna yang lebih cantik dicampurkan sedikit dengan air asam jawa.

Bentuk Inai. Semua  hujung jari pengantin perempuan akan ditepeknya (Dilekatkan) inai hingga kesendi pertama jari anggaran satu inci. Disendi  jari seterusnya juga dilepekkan inai dalam bentuk bulat atau membujur mengikut kesesuaian.Di bahagian tapak tangan pula. Biasanya inai akan dibentukkan  bulatansebesar duit dua puluh sen dan bentuk bulat kecil memenuhi ruang tapak tangan. Kesepuluh hujung jari kaki diinai. Biasa nya  satu garisan inai akan dibuat mengeliling tapak kaki.

Pengantin lelaki juga juga akan diinaikan. Tapi tiga jari sahaja setiap sebelah tangan. Biasa nya hanya jari kelingking, jari manis dan jari hantu saja yang diinai. Tidak ketahui kenapa, tapai telah menjadi kebiasaan penduduk setempat berbuat demikian kepada pengantin lelaki.

Bekembangnya pengaruh Inai dari Negara luar ke Malaysia. Cara  berinai  pengantin masa kini mengalami perubahan. Kalau dulu bahan utamanya dari daun inai yang pokoknya tumbuh disekitar kampung, ditumbuk atau digiling lumat. Sekarang Inai siap boleh didapati dikedai.Lakaran bentuk juga boleh dibeli acuan nya. Bentuk dan cara berinai Nampak perubahannya. Malah jalan ringkas ,mudah dan cantik untuk berinai hanya  pergi kekedai atau butik yang menyediakan hikmat berinai. 

“Hari  membantai” dan “hari kerja” dilakukan serentak. Penduduk  setempat memainkan peranan menjayakan hari tersebut. “Hari membantai” memberi maksud hari menyembelih,   mengorbankan ternakan lembu atau kerbau untuk tujuan masjis kenduri kawin.   Pada “Hari kerja” penduduk kampung akan datang bergotong royong menyiang, memotong daging, menyiapkan bahan untuk dimasak. Tuan rumah akan menyiapkan juadah untuk mereka yang datang bergotong royong. Biasanya dibuat disebelah pagi sehari sebelum kenduri.
Akad Nikah. Menjadi kebiasaan penduduk Janda Baik menetapkan Nikah dibuat pada petang hari Membantai atau hari kerja. Pada waktu ini tidak terlalu ramai tetamu. Sekali lagi pihak lelaki akan datang dengan barang hantaran dan sebentuk cincin emas“Cincin nikah”, yang berkemampuan akan menggantikan “cincin nikah” dengan “ emas” atau  “rantai emas”. Pihak perempuan akan membalasan hantaran pihak lelaki dengan lebihan dua.

Hantaran Nikah .Barang yang biasa menjadi hantaran ialah baju pasang, peralatan wanita seperti barang makeup, beg, kasut, tuala barang  yang  dihantar  oleh lelaki kepada pihak perempuan.  Kain pelekat/samping , songkok, kasut, barang peribadi seperti bedak, minyak wangi dan lain-lain di beri oleh pihak perempuan untuk lelaki. Barang makan, kek, buah-buahan, bunga rampai, sirih junjung  menjadi kebiasaan untuk dijadikan hantaran kedua belah pihak. Kesemua barang hantaran dihias dengan bunga-bunga dan diletak atas dulang tembaga.

Kekereatifan  orang-orang  sekarang dan kemudahan  yang ada dalam berbagai macam bentuk,warna, kreativiti kraf tereka khas untuk keperluan hiasan hantaran. Bunga-bunga tiruan dan peralatan moden mencantik dan memudahkan urusan membuat hantaran. Malah banyak kedai pengantin yang  menjual pakej untuk barang perhiasan hantaran. Segalanya lebih baik dan lebih mudah diwaktu kini.

Mas kawin.Pihak lelaki wajib menyediakan wang “Mas kawin”. Wang mas kawin ini akan diserah pada pengantin perempuan selepas akad nikah (Ijap Kabul). Nilai mas kawin negeri Pahang ada lah dua puluh dua ringgit lima puluh sen. Sagu hati biasanya akan diberi pada saksi dan Tok Kadi.

Adat  Akad nikah mengikut rukun nikah  dalam undang-undang islam. Bapa pengantin perempuan adalah  Wali untuk menikahkan pengantin. Ayah pengantin perempuan juga boleh melantik  jurunikah sebagai wakil Wali. Adat budaya nikah mengikut rukun nikah agama islam. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan, juru nikah dan dua orang saksi. Wali minta izin menikahkan anaknya perempuannya. Selepas selesai Ijap Kabul (Qabul),  bacaan doa,Pengantin disarankan sembayang sunat Nikah. Kamudian

Membatal air sembahyang .Dahulu pengantin perempuan  hanya duduk didalam bilik ketika ajab kabul dan lafaz taklik di buat. Pengantin lelaki akan masuk kebilik pengantin perempuan untuk menyarungkan  “cincin nikah” kejari pengantin perempuan sebagai simbolik tanda batal air sembahyang.

“Bilik pengantin”. Menjadi kemestian sabuah bilik khas akan disediakan untuk pasangan pengantin baru. Sejak dulu  lagi menyediakan  perabut baru untuk bilik pengantin seperti  suatu kemestian. Katil akan dihias cantik dengan cadar dan sarung bantal  baru. Dihias bunga-bungaan. Diletakkankan wangi-wangian.

“Bunga tekat”.Dulu set  Cadar  pengantin biasanya dibuat dari kain baldu yang coraknya bunganya berhias sulam  tekat  dari benang emas. Set cadar akan dibuat sedondon dengan lapik nikah dan kipas.

“Salam” selesai  acara batal air sembahyang. Menjadi kemestian  Pengapit  membawa Pengantin permpuan  dan pengantin lelaki untuk bersalaman dengan tetamu yang hadir. Waktu ini pengantin saling diperkenalkan ahli keluarga masing-masing. Selesai berkenalan dan bersalaman  tetamu dan keluarga pengantin akan dijamu makan.

“Alas nikah atau bantal nikah”. Alas nikah adalah tempat duduk pengantin lelaki sewaktu membaca nikah. Angaran ukuran tiga kali tiga kaki diperbuat dari kain baldu dengan sulam bunga tekat disetiap penju. Sepasang dengan dua bantal kecil dan  dua kipas kecil yang sama corak bunga tekat dan warna. Alas nikah barang yang mesti ada untuk majlis akad nikah.

Corak dan bentuk “bantal nikah”banyak  berubah. Kalau dulu hanya satu yang digunakan. sekarang  kedua pengantin lelaki dan  perempuan didudukkan diatas alas nikah berasingan bebeza dari dahulu. Bahan yang digunakan, Bentuk, cara pembuatan dan penggunaannya juga berbeza. Adat duduk diatas alas nikah masih diamalkan hinggan kini.

Mini pelamin. Sekarang pengantin perempuan berpeluang menyaksikan upacara adat Ijab dan lafaz taklik yang dibuat oleh  oleh wali dan pihak lelaki. Mini pelamin akan dibuat disudut rumah  sebagai tempat pengantin perempuan  bersemayam. Acara membatal air sembahyang, Menyarung cincin dilakukan diruang tamu dan disaksikan oleh  sanak saudara  dan tetamu yang hadir.

Pelamin. Pelamin akan dibuat setiap kali majlis kawin. Satu eleman penting dalam adat istiadat perkahwinan. Pelamin dijadikan tempat semayam pengantin . Tiada bentuk khas untuk buat pelamin. Menjadi kebiasaan  pelamin perlu  ada pentas,tempat duduk untuk kedua pengantin, sama ada beralas lapik khas atau sepasang kerusi kerus.  Tabir untuk hiasan belakang dan bunga-bunga. Dahulu pelamin dibuat sendiri oleh keluarga pengantin perempuan dan hiasan seadanya.

Pelamin sekarang sarat dengan hiasan ditambah dengan lampu-lampu dan deco yang berbagai mengikut trand. Mudah. Tempah  mengikut tema dan kehendak deco pilihan dari butik-butik pengantin.Akan siap dipasang sebelum majlis.

“Alat merenjis”. Peralatan merenjis  benda  penting  dalam adat istiadat perkahwinan. Bekas alat merenjis  lazim nya dibuat dari tempaga.  Biasanya  menggunakan tiga atau empat bekas tembaga  bertutup  untuk memuatkan Bunga  rampai , Ait tepung tawar (air dari tepung beras) Sehelai daun sireh untuk merenjis air tepung tawar. dan inai yang telah digiling. (untuk majlis malam berinai) dan “ beras basuh”(beras yang direndam semalaman dengan sebuk kunyit, dibasuh dan dikeringkan). Bekas air mawar. Semua bahan dan peralatan  diletakkan didepan pelamin.

Bergambar satu pekara mesti. Pengantin dan keluarga biasanya mahu mengabadikan kenangan dimajlis  perkahwinan dalam bentuk gambar. Jurugambar akan  ditempah khas untuk mengambil gambar, menyiapkan gambar  dan segala urusan berkaitan. Juru gambar perlu kreatif   bagi  memperindah  gambar yang terhasil untuk  dijadikan koleksi  tatapan dan kenang-kenangan.

Majlis malam berinai/bertari piring. Salah satu adat resam  budaya majlis perkahwinan Janda Baik. Majlis  Malam biasanya dibuat pada malam hari selepas majlis akad nikah dan sebelum majlis bersanding. Jamuan makan malam disediakan oleh Tuan rumah. Selepas jamuan makan. Ketua Balai “Tok Balai” akan mengetok gong sebagai tanda acara akan bermula. Pengantin lelaki akan dibawa naik kepelamin dan disemayamkan diatas pelamin saorang diri.

Muzik tradisonal kampung. Alunan Muzik tari piring dimainkan oleh penduduk yang berkemahiran. Muzik kampung hanya terdiri dari tiga jenis alat muzik sahaja. Rebana ibu dan anak dan gong. Gong yang diperbuat dari  besi dikatakan lebih sesuai.  Gabungan tiga alat muzik ini membunyikan rentak tari piring.

Tari Piring. Bertari piring dimajlis malam berinai merupakan salah satu adat perkahwinan Janda Baik yang masih menjadi ikutan hingga kini. Seni budaya Tari  piring  tercipta oleh gabungan pengaruh tempat asal penduduk yang berhijrah ke Janda Baik. Tarian Piring untuk pengantin biasanya di tarikan bersaorangan dan berpasangan.

“Rantai Jala” Alat yang perlua ada untuk tarian piring. Rantai jala yang tak digunakan lagi  dipotong dijadikan cincin dilekatkan dihujung jari telunjuk. Rantai jala ini, fungsi nya  untuk menghasilkan bunyi apabila diketuk pada piring. Bunyi ketukan diselaraskan dengan bunyi muzik tari piring. Ianya sebagai  tambahan bunyi-bunyian  kepada muzik yang dimainkan.

Penari tari piring akan mengadakan tarian piring dihadapan pengantin. Penari akan memegang sepasang piring ditapak tangan dan memakai rantai jala sebagai cincin. Sebelum menari penari terlebih dahulu memberi sembah pada pengantin. Ada sumber  menyatakan angkat sembah pengantin dibuat tiga kali sebelum tarian dimulakan.

Gerak tari tarian piring pertama  perlu duduk berlutut mengadap pengantin. Mengangkat sembah  dan kamudian akan melakukan gerak tanpa menggunakan piring. Selesai gerak tangan tanpa piring  sekali lagi penari akan  mengangkat sembah disebut “sembah pengantin”. Baru lah penari akan menari  menggunakan piring dan mengetuk piring yang dipegang dengan rantai jala.

Bunga tari  menggambarkan pegerakan tertentu.  Seperti gerak “Minta sikit” kedua tangan  duluruskan kesebelah kanan  digerakkan dari hadapan ke belakan. Gerak “Senduk nasi”  tangan kiri  memegang pinggan dalam keadaan telentang dan tangan kanan di digerakkan  kearah tangan kiri tadi. “lenggang mak dara”, “burung camar”, dan berbagai lagi. Dikatakan ada enam belas lebih jenis gerakan ber tari piring.
Cara tari piring pengantin. Penari akan menari bergilir melakukan gerak tari dari enam belas gerak bunga tari tarian piring. Jika petama melakukan  enam gerak, penari kedua akan menarikan lagi enam gerak tari yang belum di lakukan begitu lah seterusnya penari ketiga akan menarikan gerak tari yang belum digayakan oleh penari sebelumnya. Jika semuanya sudah barulah diulang semula. Bertari piring dijadian hiburan kepada tetamu yang hadir.
“Menginai”. Setelah berpuas hati dengan pertunjukan tarian untuk pengantin lelaki, tarian piring dihentikan. Pengantin perempuan akan dibawa keluar kepelamin. Sebelum duduk dipelamin, pengantin perempuan akan melakukan adat    ‘menginai pengantin”. Dimula dengan bismillah. Pengantin  perempuan akan menabur “beras basuh”, menyerak bunga rampai, mencalit air tepung tawar ke pengantin lelaki, merenjis air mawar dan meletakkan sedikit inai ditapak tangan pengantin lelaki sebagai simbolik menginai. Setelah selesai pengantin lelaki akan turun dari pelamin. Pengantin perempuan akan naik dan duduk di pelamin. Pengantin lelaki pula akan membuat pekara yang sama  kepada pengantin perempuan. Pengantin bersalaman.

“Menginai pengantin” dimalam  berinai  bukan lah maksudnya menepeklan daun inai untuk memerakkan  jari. Ianyanya lebih kepada upacara merenjis, memberi  restu. Semasa merenjis, sedikit Inai diletakkan  ditapak tangan pengantin, sebagai simbolik  menginnai. Pengapit pengantin biasanya akan cepat-cepat mengalihkan atau  menyapukan inai tersebut supaya tidak meninggalkan warna pada tangan. Supaya tidak mencacatkan warna  inai  yang telah dibuat sebelumnya.

Ibubapa  pengantin  keluarga kedua belah pihak dan tetamu malam itu diberi peluang  untuk “menginai” pengantin. Oleh kerana  pengantin tidak disandingkan sekali. Menjadi kebiasaan keluarga pengantin lelaki akan diminta “ menginai”  pengantin perempuan dan sebaliknya  keluarga pengantin perempuan akan menginai  pengatin lelaki. Tetamu diberi peluang  untuk menginai  sesiapa sahaja. Bunga telur biasanya akan diberi  sebagai saguhati  kepada yang “menginai”

Pengantin lelaki akan ditempatkan disatu sudut. Pengantin perempuan akan duduk diatas pelamin. Tarian piring akan ditarikan sekali lagi. Biasanya setiap orang yang menarikan tarian piring  dengan gaya nya yang tersendiri. Kadang-kala gaya tarian  dilakukan dalam keadaan melawak bagi menghibur tetamu dan pekerja  yang bertugas pada malam tersebut.

“Bubur cucur jambul”. “Bubur tepung beras”  Masakan tradisonal masyarakat Janda Baik akan dibuat secara gotong royong pada malam berinai. Bubur dari bancuhan  Air panas,tepung beras dicampur sedikit kapur makan. Tepung diadun lembut. Santan kelapa dimasak dalam kawah. Santan dimasak bersama gula dan daun pandan hingga menggelegak. Tepung akan ditekan diatas Acuan Khas (dibuat sendiri oleh penduduk kampung) dan adunan akan jatuh kedalam santan menggelegak  dalam kawah.  Bubur menjadi hidangan malam.

“Sop kawah”. Menjadi kebiasaan diJanda Baik setiap majlis kenduri kawin tuan rumah  akan menyembelih kerbau atau lembu. Bahagian tulang akan di buat sop. Dimasak didalam kawah dalam jangka masa melebihi lima sehingga tulang dan daging hampir bercerai. Sop kawah menjadi hidangan tengah malam, malam berinai.

Biar malam berinai pengantin dan bertari piring telah selesai suasana rumah  pengantin perempuan masih meriah. Disabak ramai orang bergotong royong memasak juadah untuk hari sanding. Memasak daging berkawah-kawah memakan masa yang agak lama.Masyarakat setempat bergilir-gilir mengacau dan menjaga masakan yang sedang dimasak. Biasanya hingga keawal pagi baru siap.

Menumasakan bagi  majlis kenduri  janda Baik selalunya terdiri dari rendang danging,kari daging dengan kentang, Rendang kuning perut. Acar mentah. Kerabu umbut kelapa. Kenduri biasanya mewah dengan danging. Semua masakan dibuat dan dimasak secara gotong royong dengan diketuai oleh sesaorang yang berpelaman.

“Hari besar”. Dalam istilah kenduri kawin “hari besar” bermaksud hari melansungkan majlis bersanding hari dimana paling ramai tetamu diajak untuk merai pengantin. Berbagai acara diadakan pada majlis “Hari Besar”.
“ Majlis Potong Jambul”.nama yang  diberi pada majlis . Yang  dipotong bukanlah jambul atau rambut seperti adat “ potong jambul bayi”. Sebagai simbolik  potong jambul. “Potong Jambul” merupakan salah satu adat istiadat perkahwinan. Kedua pengantin dan  kedua belah pihak keluarga pengantin  terlibat   mengambil bahagian dalam aturcara “Potong Jambul”. 

“marhaban” akan didendangkan  beramai-ramai sepanang  pagi  diikuti berselawat . Dijanda Baik  ramai orang-orang asal yang  amat mahir dan merdu suaranya dalam mengalunkan  bacaan Marhaban. Mereka –mereka  lah yang sering menjayakan majlis “Potong Jambul”. Sekarang   terdapat  kumpulan  yang bergerak iktif untuk aktiviti Marhaban,selawat dan aktiviti agama islam.
Pengantin yang telah disolek dan dipakaian pakaian pengantin akan dibawa keluar kedepan pelamin. Pengantin dan pasangan akan berdiri bersama-sama orang yang berselawat. Semua yang hadir akan sama-sama berselawat pada pengantin.

“Pengapit” adalah orang yang akan menemani pengantin, tugasnya memberi keselesaan pada pengantin, tuklang kipas dan menjaga Pengantin. Pengapit bertanggungjawa menjaga pengantin supaya terus kelihatan cantik dan selesa. Sekiranya  pengantin berpeluh, pengapit perlu mengesat peluh pengantin. Jika rantai pengantin kelihatan senget. Pengapit perlu membetulkannya.

“Cincin emas” akan dikat  dengan benang hitam  dalam kiraan ganjil dan diikat pula pada  kain hitam untuk diikatkan di kepala pengantin. Cincin emas akan berjuntaian di hadadapan wajah pengantin. Dalam adat “potong Jambul” pengantin. Cincin yang di ikat bujuntai di depan wajah akan pengantin akan dipotong, simbolik memotong rambut. Cincin akan dimasukkan kedalam buah kelapa. Kebiasaannya cincin dipinjam dari ahli keluarga atau tetamu yang ada. Bilangan juntaian cincin hendaklah ganjil.

Buah kelapa putih dipotong ziz zaz dan dibuang airnya. Air tepung tawar dan sehelai daun sireh, Alat merenjis air mawar, beras basuh dan bunga rampai akan diletakkan diatas dulang dipegang oleh salah saorang lagi pengapit pengantin. Bahan-bahan tersebut alat yang perlu ada dalam upacra potong jambul.Disamping gunting tajam berhias dan bereben, akan diguna untuk memotong benang cincin. Setelah dipotong dimasukkan kedalam buah kelapa.

“Potong jambul”Cincin cincin akan dimulakan oleh bapa pengantin lelaki dan kamudian bapa pengantin perempuan diikuti oleh ibu kedua belah pihak dan  kamudian keluarga terdekat, barulah  teman-teman dan tetamu yang hadir.Sebelum potong jambul (cincin yang digantung), terlebih dahulu menabur beras basuh, mencalikkan sedikit air tepung tawar pada pengantin, tabur bunga rampai, merenjis dengan bekas renjis air mawar .
“Bunga telur” dihadiahkan Bungan telur kepada yang melakukan “potong jambul” kepada pengatin. Bunga telur biasanya dibuat dari kertas  bunga akan dibentuk menjadi kelopak  bunga.  Biasanya bunga ros. Buluh racik kecil  sepanjang  satu kaki akan dibuat batang. Bentuk bunga kudup, Bunga kembang,  daun  dan tampuk untuk didilekatkan telor  dilekatkan pada batang dengan melilit dengan kertas bunga hijau dan digam. Telur akan dilekatkan pada tampuk.
“Batang pisang”dijadikan asas untuk meletakkan bunga telur. Batang pisang  diambil bahagian tengah yang agak lembut. Dibalut dengan kertas bunga. Diikat kemas pada pahar. Pulut kuning akan diletakkan pada pangkal batang pisang. Bunga telur yang telah siap akan dicucukkan  disekeliling  batang pisang  menjadi  jambak bunga pahar.

“Ibu Bunga” atau “ Bunga atas” dibuat bagi  mencantikkan puncak “bunga telur”yang dicacakkan dibatang pisang. Bentuk bunganya sama dengan bunga telur yang dibuat. Tetapi dicubah dengan menggunakan banyak bunga. Sekuntum bunga akan dijadikan puncak dan beberapa kuntum bunga digubah mengikut kesesuai mengelilingi bunga puncak. “Ibu bunga” tidak dilekatkan telur . Selalunya Ibu bunga menjadi rebutan kerana ia digubah cantik .

“Bunga pahar” disebut untuk bunga telur yang telah digubah diatas pahar. Bunga pahar  satu eleman penting dalam majlis perkahwinan. Majlis tidak lengkap tanpa bunga Pahar.  Bunga pahar biasanya dibuat sepasang. Diletakkan di kiri kanan pelamin. Menjadi satu kemestian juga Bunga pahar  sebagai  salah satu barang hantaran Nikah. Sewaktu nikah pihak pengantin lelaki akan membawa sejambak “bunga pahar”.

Doa akan dibacakan setelah tamat acara potong jambul. Pengantin akan dibawa bersalaman dengan mereka yang mengambil bahagian dan tetamu yang hadir pada masa itu. Sebagai tanda terima kasih dari tuan rumah pengantin akan memberi bunga telur sebagai cenderahati.

“Cenderahati” seperti bunga telur, wang atau makan  akan diberi kepada yang terlibat dalam upacara “Potong Jambul”.  Kebanyakan orang  dahulu mahir  bermarhaban, Ianya merupakan  salah satu aktiviti keagamaan dalam kampung. Jika ada majlis “potong Jambul” orang-orang kampung dengan sendirinya akan bersama-sama  melibatkan diri. Upacara berselawat juga dilakukan untuk upacara “berendoi” “ majlis  naik buai bayi” dan majlis keagamaan.
Selesai adat “Potong Jambul” Tetamu akan dijamu dengan  kueh mueh.  Pengantin perempuan akan dibawa masuk kebilik untuk bersiap bagi majlis berikutnya. Selepas menikmati juadah Pengantin lelaki  dan rombongan akan balik kerumah semula kerumah singgah  yang disedikakan oleh  pihak pengantin perempuan.
“Rumah singgah” sebagai tempat rombongan keluarga lelaki  berehat, berkumpul  dan bersiap  sebelum  pergi kerumah pengantin perempuan. Biasanya “Rumah singgah” rumah yang berdekatan rumah pengantin perempuan. Keluarga atau jiran terdekat  dipelawa untuk menompangkan rombongan pengantin lelaki menginap dirumah mereka  semasa majlis berlansung. Biasanya nya majlis perkahwinan Janda Baik diadakan  dua hari satu malam.
“Dua hari satu malam”majlis berlangsung, Akan tetapi keluarga dan jiran pengantin perempuan telah berkumpul lebih awal. Kadangkala lebih berminggu-minggu bagi menyiapkan berbagai keperluan untuk majlis  “hari besar”.Pelamin  dibuat dan dihias dengan berbagai eleman, bilik tidur dibentangkan  kelambu  berhias. Telur dilekatkan pada bunga telur, menyiapkan bunga pahar dan sebagainya.  Pemuzik dan penari piring akan berlatih sebelum hari majlis.

“Bunga mangga” alat  yang perlu dalam istiadat perkahwinan Janda Baik. Cara membuat “Bunga mangga”,  Lidi kelapa dipisahkan dari daunnya. Kertas bunga dipotong  lebih kurang satu inci lebar, diracik halus tidak putus. Kertas tadi akan digulung dari hujung lidi kelapa  hingga kepanggal lidi. Bahagian  hujung dan pangkal lidi akan digam agar tidak terbuka.  Batang buluh kecil anggaran lebih enam kaki sebagai  batang pemegang . Betik muda digunakan sebagai tempat  mencucuk  lidi yang telah berbalut kertas bunga. Jambangan  gubahan cacakan  lidi berkertas bunga dibuah bertik dan berbatang dipanggil “bunga mangga”.

“Berarak”Jika kedua belah pihak telah bersedia. Gong  akan dibunyikan menandakan adat  berarak akan dimulakan. Orang yang terlibat akan segera berkumpul. Pengantin akan ditemani oleh “pengapit” mengipas dan membantu pengantin . sepasang  bunga mangga   dipegang disebelah kiri dan kanan pengantin. Telah menjadi kebiasaan Sejambak sepahar bunga telur akan di bawa seiring pengantin berarak.

“Payung  Penagantin” Biasanya payung  pengantin  dibuat  dari payung kuning dan dihiaskan dengan juntaian manik atau kepingan  besi yang  berwarna emas . sepasang  payung  pengantin digunakan  dalam majlis berarak satu untuk pengantin lelaki dan satu lagi untuk pengantin perempuan. Seorang pengiring pengantin ditugaskan untuk memayungkan pengantin sepanjang acara berarak.

“Kipas pengantin” kipas direka khas untuk kegunaan majlis perkahwinan. Biasanya kipas ini dahulu diluarnya kain baldu yang bertekat benang emas. Sekarang  kipas yang digunakan direka dengan berbagai bentuk material,berbagai potongan dan saiz. Fungsinya sama untuk menjadi alat dalam adat budaya perkahwinan .

“Muzik berarak” akan dimainkan  mengiringi rombongan pengantin lelaki. Alat muzik yang digunakan ialah “gendang panjang”ibu dan anak. Gendang Ibu dan anak  akan digantung  dengan tali  khas  kebahu. Gendang tergantung diparas perus di palu mengikut rentak. “Gendang ibu dan anak  menjadi irama  bunyi-bunyian  sewaktu  berarak membawa pengantin.

“Songket” jenis kain  bersesuaian  untuk dijadikan pakaian pengantin. Baju kebaya atau kurung  Pahang  potongan baju pengantin dan disiapkan dengan selendang songket dan layak untuk hiasan kepala. Pengantin juga di kenakan hiasan Tiara dipanggil juga dengan  nama “mahkota”,rantai,gelang, gelang kaki besar, cincn dan kerongsang bersesuaian dengan baju.

“Cucuk sanggul” biasanya akan menjadikan hiasan dirambut pengantin. Terdapat berbagai jenis dan corak  cucuk sanggul. Ada yang berbentuk sekeping dan tapaknya berukir halus awalarat, gambar daun atau bunga. Ada yang dibuat berbentuk kelopak bunga dan batang digulung dan akan bergoyang  bila digerakkan dipanggil “cucuk sanggu goyang” . Ada yang dibuat  berjuraian “sanggul jurai”.

Rambut pengantin akan diikat dibahagian belakang  kepala untuk diletakkan sanggul palsu. (bagi yang rambutnya pendek) Rambut yang di bahagia atas dan depan akan disikat kemas kearah ikatan. Jika rambut pengantin sedikit. Teknik mengusutkan rambut   dan merapikan dilapisan atasnya sahaja dapat menampakkan rambut  lebih gebu dan tebal. Cucuk sanggul akan diselitkan atau dicucukkan antara sanggul dan rambut sebenar.

Hiasan kepala direka bentuk berbagai rupa dari berbagai material dan olahan yang boleh disesesuaikan  dengan apa jua tema, pakaian dan kehendak pengantin. Terlalu banyak pilihan dan gaya untuk  hiasan kepala dan mudah  untuk mendapatkan. Peredaran masa dan kecanggihan  kemodenan membawa  perubahan yang ketara dalam dunia perhiasan dan peralatan untuk majlis perkahwinan.
Pengantin perempuan yang telah siap berhias dan berpakaian pengantin akan di bawa keluar rumah. Biasanya dihujung simpang rumah, menunggu  pengantin lelaki diarak datang. Mengikut adat membawa pengantin, Pengantin perlu dipayungkan diiring. wajah pengantin perempuan ditutup dengan kipas semasa menunggu pengantin lelaki sampai. Pengantin perempuan dilarang memandang pengantin lelaki  sebelum  berarak bersama.

“Bunga pegang” atau “Bunga Tangan”, Telah menjadi adat sejak dahulu lagi. Tidak lengkap pengantin perempuan  ketika adat berarak tanpa membawa  bunga sejambak . “Bunga tangan” ialah cantuman  bunga digubah sejambak mengikut kesesuaian.. Bunga tangan  digubah bersesuaian untuk digenggam dengan tangan.

“Bunga Pangku” dulu disebut sebagai bunga Pangku,
“Bunga Lat lat”. “ SIreh Lat Lat” Adat resam dahulu pengantin lelaki akan membawa sejambak bunga tangan kecil. Bunga itu dipanggil bunga “Lat Lat”. Jambangan kecil bunga dengan setangkai daun sireh dan bunga-bunga hidup. Jambangan ini dijampi menterakan.  Ketika pengantin perempuan yang duduk dipelamin. Bunga tersebut akan dipusingkan kewajah pengantin perempuan tiga kali dan dijatuhkan keribanya. Khabarnya  Kedudukan tangkai sireh  dianggap dapat menentukan gadis yang dinikahi masih dara atau tidak.Adat ini sudah tidak dipakai lagi. Ada pun ianya sebagai menurut adat sahaja.

“Berjulang”. Merupakan salah satu adat yang menjadi ikutan masyarakat Janda Baik. Dua orang  lelaki biasanya saudara terdekat pengantin yang kuat dan tegap akan ditugaskan untuk mengusung pengantin. Tangan kiri pengusung dalam keadaan  mengenggam lengan kanan dan tangan kanan  menggenggam lengan kiri pasangan dan pasangan akan membuat pekara yang sama. Kedua pengantin akan dijulang dilengan  hingga ketengah  lama.

Ditengah laman akan disiapkan sepasang kerusi. Dahulu biasanya kerusi dialas dengan kain batik. Pengantin disandingkan ditengah laman.  Bunga pahar yang dibawa lelaki akan diletak ditengah-tengah. Pemayung terus memayung dan pengapit pengantin terus mengipas pengantin agar pengantin selesa. Pemegang bunga mangga akan berdiri ditepi pengantin. Tikar benkuang akan dibentang  untuk upacara untuk upacara Silat.
“Silat pengantin”. Pengantin akan dipersembahkan dengan  pencak Silat. Banyak cara  pesilat mempersembahkan kebolehan silat. Banyak kumpulan silat yang bergerak Aktif sekitar Janda Baik. Silat yang paling populor dan biasa dipersembahkan untuk pengantin di panggil “silat pengantin”  pertunjukkan bunga silat dan perlawanan olok-olok sahaja. Sebagai penglipur lara. Selesai acara pencak silat pengantinakan di iring  kepelamin.

“Beras kunyit” akan ditaburkan  sebaik pengantin dan rombongan sampai didepan pintu. Pekara  itu merupakan salah satu adat sebagai merai  kehadiran  pengantin. Beras kunyit ini biasanya akan  ditabur kearah  pengantin dan tetamu oleh ibu pengantin  perempuan  dan saudara terdekat. Kamudian barulah  pasangan  pengantin dan rombongan lelaki dibawa kepelain.

Dahulu, Pengantin perempuan akan duduk dibelamain dahulu. Pengantin perempuan ditempatkan disebelah kiri  pengantin lelaki.  Semasa  pengantin  perempuan  duduk dipelamin, Pengantin lelaki akan membuat tiga pusingan bunga lat lat diwajah pengantin perempuan dan menjatuhkan bunga lat-lat diatas riba pengantin perempuan. Tetapi sekarang pekara tersebut  sudah tidak diamatkan lagi.

“Bersanding”. Adat istiadat bersanding yang dinantikan oleh semua orang. Biasanya semua tetamu  tidak akan melepaskan  peluang untuk melihat pengatin bersanding.”bersanding” seperti upacara  kemuncak   dalam adat istiadak perkahwinan. Bagi kedua pengantin adat  bersanding  menjadi sejarah kehidupan. Hari kegembiran pengantin dan seluruh keluarga dalam adat istiadat menemukan jodoh.

“Doa”  dibacakan  bagi memberkati hari bersejarah pengantin dan agar kedua pengantin berbahagia berpanjangan dan dimermudahkan kehidupan hingga keanak cucu. Biasanya akan dibacakan sebaik kedua pengantin duduk dipelamin  atau pun Imam, lebai dan sesiapa yang berkebolehan.

Semasa bersanding Kata-kata usikan menjadi bekara biasa dan juga menjadi bahan hiburan ketika pengantin bersanding. Suasana  dipenuhi dengan kegembiraan dan gelak tawa tetamu dan keluarga yang menyaksikan  pengantin bersanding.

“Merenjis”. Adat perkahwinan yang masih menjadi ikutan hingga masa kini. Bapa pengantin lelaki biasanya akan diminta memulakan majlis. Beras kunyit ditabur, air mawar direnjis, bunga rampai ditabur dan air tepung tawar dioles kewajah pengantin. Bersalaman dengan pengantin tanda memberi restu. Keluarga kedua belah pihak dantetamu tidak melepaskan peluang untuk merenjis dan bersalaman dengan pengantin. Bunga telur akan diberi pada yang melakukan upacara merenjis dan bersalaman dengan pengantin.

“Makan beradap”, dibuat didepan pelamin pada masa dahulu. Pengantin akan duduk berganding diatas lantai. Pengantin lelaki duduk bersila dan pengantin perempuan duduk bersimpul. Adat istiadat makan beradap sedikit sebanyak untuk menggambarkan sikap baik bagaimana melayang suami atau istei ketika menjamu selera. Hidangan pengantin akan dibawa dan disusun didepan pengantin.

“Lauk pengantin” dibuat agak istimewa. Memasak dan menghias lauk penantin seperti satu kemestian dalam majlis perkahwinan. Saprah cantik akan dibentang depan pengantin. Nasi dan lauk akan dihidang dalam bekas, pinggan mangkok yang cantik disusun diatas saprah. Lauk-pauknya berhias. Air minuman juga diletakkan dalam bekas yang istimewa. Pendek kata semuanya dibuat supaya kelihatan cantik, bergaya dan istimewa.

Menu lauk pengantin. Kebiasaannya menu lauk pengantin yang utama “ayam golek”. Tak lengkap lauk pengantin tanpa ayam golek. “Udang panjat”. Ikan masak masam manis.  Menjadi kebiasaan di Janda Baik setiap majlis kawin akan menyembelih   kerbau atau lembu. Paru akan digoreng buat Jambak paru, hati/limpa masak hitam. Lauk pauk yang sama dengan tetamu dihidang sama tetapi dihias cantik dengan sayur-sayur,limau nipis, tomato,cili merah hijau dan lain. Buah-buahan, buah tembikai biasa akan dibuat bentuk bakul dan buah-buah lain akan dipotong berbagai bentuk menari bersesuaian untuk diletakkan daam bakul buah tembikai. Hidangan lauk pengantin dibuat sangat istimewa.

Dalam setiap majlis kenduri, sesaorang akan dilantik sebagai ketua  lauk pengantin. Tugas  menyiapkan hidangan pengantin dianggap penting kerana  makan pengantin telah menjadi adat resam perkahwinan yang akan jadi tonton ramai. Cara memasak, menghias dan menghidang  biasanya dlakukan oleh orang berpengalaman.

“Doa makan” akan dibacakan. Mak andam akan mengatur cara bagaimana adat makan beradap dilakukan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan diminta bekerjasama dalam masa menyendukkan lauk dan nasi dengan pasangan. Kedua pengantin akan  menyuapkan makanan kemulut pasangan.

“Berhidang”. Dahulu makan ditempat kenduri kawin berhidang seperti dirumah sendiri. Seperti menghidang nasi pada ayah ibu. Gulai akan diletak dalam mangkok. Rendang dalam pinggan lauk, sambal dam piring, kamudian setiap satu lauk diletak dalam satu dulang. Dulang diangkat kepada tetamu yang sedang duduk.
“penanggah” Saorang  ketua penanggah akan dilantik bagi mengumpul tenaga kerja dan mengelenggara kerja-kerja penanggah. Biasanya kerja-kerja penaggah dilakukan oleh anak anak muda kampung.Mungkin masa ini pemuda-pemudi kampung  dapat menonjolkan diri berjasa kepada tuan rumah dan majlis. Tugas penanggah menghidang dan melayan tetamu. Sekiranya lauk habis, penggah akan disuruh menambahnya.
“Buffet” menggantikan sistem hidang makan dalam majlis kenduri pada waktu ini.  Dalam system buffet  Nasi dan lauk pauk diletakkan dalam bekar besar. Bekas-bekas lauk akan  diletak bersusun diatas meja yang  berhias berscallop Bermacam bentuk dan  peralatan buffet  yang  ada digunakan pada waktu  kini.  Tenaga kerja penanggah tidak lagi diperlukan.

Selesai upacara makan beradap, Pengantin akan beramah mesra dengan tetamu dan keluarga. Pengantin akan  kesabak, tempat basuh pinggan balai untuk menemui Pekerja-pekerja dimajlis  untuk bersalaman, mengucapkan terima kasih ,memperkenalkan suami kepada tenaga kerja dan memberi bunga telur sebagai cenderahati.

Disebelah petang. Sungguhpun  acara potong kek, bukan adat resam dan budaya melayu Janda Baik. Akan tetapi setiap pengantin tidak akan melepaskan peluang untuk mengenakan gaun dan lelaki pula memakai kot atau blazer.  Anak-anak kecil akan dipakaikan gaun putih dan aksesori sebagai “flower girls” mengiring  pengantin .Dengan pakaian ala barat pengantin akan sekali lagi berarak kepelamin.  Sebelum naik kepelamin pengantin menaburkan gula-gula.“Kek Pengantin” akan ditempah khas untuk upacara ini.  Biasanya Kek berhias berbagai corak dan warna aising dibuat, sekurang-kurang dua tingkat akan dipamer diatas meja bulat berscallop. Kedua pengantin akan sama-sama memotong kek dan saling menyuapkan kek kepada pasangan. Kek yang dipotong kamudian akan diberi kepada tetamu.

“Mandi Sampat” Hari besar dah sampai dipenghujung. Kerja memasak telah lama siap.Pinggan mangkok dan peralatan telah siap tersusun ditempatnya. Tiba masa bergurau senda. Air basuhan disimbah-simbah kepada kenkawan  saudara mara dan tetamu akan saling mengelak dan membasahkan kenkawan.Salin kejar mengejar . Suasana  akan jadi riuh rendah dengan hilai tawa. Ada yang terpaksa pulang kerumah dalam keadaan basah kuyup.

“Jamu pekerja”. Malam selepas hari besar menjadi adat mengadakan jamuan  kecil untuk semua tenaga keja sebagai tanda terima kasih tuan rumah kepada yang telah membantu menjayakan majlis nikah kawin. Biasanya semua tenaga kerja akan hadir memeriakan keadaan dan berbincang untuk acara “menghantar”.
“Menghantar” dalam istilah perkahwinan Janda Baik ialah membawa penagantin perempuan kerumah/majlis “menyambut menantu” dirumah pengantin lelaki. Keluarga pengantin perempuan akan membuat persiapan untuk membawa pengantin perempuan. Biasanya pengantin perempuan akan pergi kemajlis tersebut bersama rombongan. Barang yang akan dibawa bunga pahar sebagai cenderahati.

 Biasanya pada malam jamuan. Sudah berkira-kira siapa yang akan pergi, apa yang hendak dibawa dan bagaimana. Kata sepakat sememang mudah kerana masyarakat setempat telah tahu pekara-pekara berkenaan adat istiadat. Sikap kekeluargaan dan nilai murni masyarakat membawa kesepakatan. Mempermudahkan segala urusan majlis perkahwinan.

“Menyambut menantu”.Telah menjadi adat istiadat masyarakat Janda Baik majlis “menyambut menantu “ dibuat sama seperti kenduri  dirumah pengantin perempuan. Apa yang diadakan dimajlis pengantin perempuan Janda Baik itu lah juga yang didadakan untuk Upacara “menyambut Menantu”. Cuma tiada adat berandam untuk pengantin perempuan.

“Menyalang”satu adat semasa majlis “menyambut menantu”. Diakhir majlis kedua ibubapa pengantin  dan keluarga akan berkumpul. Kedua pengantin ada sama.Bapa pengantin perempuan memainkan peranan penting dalam adat ini. Bapa pengantin perempuan akan memperkenalkan tentang anaknya kepada keluarga pengantin lelaki. Bapa pengantin perempuan akan  melafazkan  penyerahkan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki. Juga penyerahan tanggungjawap yang laksanakan selama membesarkan anaknya.  Contoh Ayat seperti “Sekarang ni mulai saat ini Saya wali (sebut nama anak) menyerakkan anak saya  kepada (nama pengantin lelaki). Mulai saat ini terlerailah tanggjungjawap saya menjaga (nama anak), Beban tanggungjawap  akan menjadi tanggungjawap suami(sebut nama pengantin). Berharap (nama pengantin lelaki) akan menjaga keperluan dan membimbing (nama pengantin perempuan) hingga keakhir hayat”.

Biasanya  ahli-ahli keluarga yang tua tidak akan melepaskan peluang memberi nasihat, pedoman, petua dan kata-kata semangat untuk kedua pengantin memulakan penghidupan baru. Saling mengucap taniah, saling mengucap terima kasih. Saling berjanji untk kebaikan. Keluarga pengantin lelaki gembira kerana mendapat orang baru menambah ahli keluarga. Biasanya  keluarga pengantin perempuan agak bersedih kerana  berpisah dengan anak perempuan yang akan mengikut suami.

“Hari memulang”Esoknya sehari setelah selesai majlis kenduri kawin, Selepas “hari besar”, sekali lagi jiran teman dan saudara dekat akan berkumpul dirumah pengantin. Telah menjadi adat dan kebiasaan, keesokan harinya selepas kenduri hari besar. Tuan rumah akan  memulangkan barang-barang yang dipinjam kepada tuannya. JIran tetangga, saudara terdekat dan teman-teman akan sama-sama membantu untuk melaksanakan tugas memulangkan barang-barang yang dipinjam. Tuan rumah akan mengadakan jamuan kecil untuk tetamu yang datang membantu.



  mengalir cetek dari gunung,                                                                                                                        dicelahan  batu alur aliran                                                                                                                        Seni dikelek, budaya digendong,                                                                                                                  Islam teguhjadi pedoman
sendat perahu berisi muatan,                                                                                                                     tasik jingga hendak diseberang                                                                                             
istiadat melayu jadi warisan,                                                                                                                    
dari merisik hingga menyalang
beralunan  tinggi air tasik,
tergenang  sampai kedataran                                            
berkenan  dihati terus  merisik,                                                                                        meminang,bertunang berhantaran
aliran sungai tak tersekat,                                                                       
 benteng lurus jalur empangan.                                                                                             
cincin pengikat, janji sapakat,                                                                             
belanja hangus bertukar tangan
terjunan air tingkat bertingkat,                                                                                         
mengalir jauh     sampai kebarat                                                                          
sekampung bulat kata sepakat,                                                                                                      
ringan dijinjing berat diangkat
lata cerum tempat mandian,                                                                                       
berserak batu sampai kedarat,                                                                                                     I
jab dan Qabul jadi tuntuan.                                                                                                         
Simpul ikatan hingga akhirat
limpahan  air tak tersukat,                                                                    
selebar lubuk airnya dalam                                                                                                   
merai pengantin pusaka adat,                                                                                             
berambi tingkah ikut resam
Danau tenang airnya biru, 
 berserak kiambang hijau-hijauan,                                                                                        
 berandam seri pengantin baru,                                                                         
bersarung songket emas hiasan.
Kuala sungai pinggir lautan,                                                                                             
 sayup seluas jauh pandangan,                                                                                             
berhias takta, berhidang santapan,    
  raja sehari pangkat gelaran
Kehilir mengalir  kehulu tidak,                                                                                                   
 laju mengilir kalah yang lari                                                                      
Berjulang,bersilat, bermuzik bertandak,                                                                           
menglibur lara  raja permaisuri.
Arus deras nak diseberang,                                                                                                           
Tak padan dengan pendeknya titi
Adatnya anak, suaminya orang,                                                                                                   
 berpisahlah badan berindulah hati. 
Mata air dicelaan batu,                                                                                                              
perigi dalam  tidak berbucu,                                                                                           
Berbesar hati terima menantu,                                                                  
berharap cepat menimang cucu.

Bertempa emas membuat gelang
bunga sejuntai disanggul goyang,               
Sayang kerdil ilmunya kurang,                                                                                            
mohon dibelas diberi ruang.

Lebar sutera benang tenunan,                                                                                             
lembut beralun jadi pakaian,                                                                      
Ilham tercurah sekadar  tulisan,                                                                 
jadi tatapan, jadi panduan.

alun lembut selendang dibahu,                                                                                   
bertekat emas hiasan cindai,                                                                                                     
bukan terasa serba tahu,                                                                                                     
bukan juga memandai mandai.

Berkilau-kilau cahaya permata,   
indah lagi busana dewangga,     
Mohon maaf terlancar kata, 
Mohon didoa yang baik juga.

Kurung Pahang ternunan lingga,                                                                                          
jadi pakaian  puteri raja,                                                                                                       
terima kasih tidak terhingga,                                                                                                  
moga ilham dijunjung jaya.